Benitez belum mengaku kalah
LONDON - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez tetap berkeyakinan pasukannya mampu untuk memburu slot terakhir ke Liga Juara-Juara musim depan.Baginya, pencabar mereka seperti Tottehnam Hotspur, Aston Villa dan Manchester City pasti akan tercicir mata pada baki perlawanan Liga Perdanan England musim ini. (nasib Man Ciy tewas & Aston Villa seri pagi ini...)
"Memang ia sesuatu yang sukar tetapi kami masih ada tujuh baki perlawanan dan perjalanan masih jauh.
"Kami tahu yang kami perlu beraksi baik dan menang baki perlawanan kami tetapi pasukan lain juga pasti akan tercicir mata.
"Kami tetap yakin akan menamatkan saingan di tangga keempat," tegas Benitez.
Sementara itu, peluang Ryan Babel untuk beraksi pada kempen Piala Dunia 2010 kembali cerah setelah dia berjaya menampilkan aksi yang baik bersama Liverpool sejak kebelakangan ini.Sebelum ini, karier pemain antarabangsa Belanda itu tampak hampir berkubur dua bulan lalu setelah dia bertelagah dengan Benitez.Namun dia telah diturunkan dalam semua 12 perlawanan terakhir Liverpool, sekali gus menghidupkan semula peluang untuk disenaraikan dalam skuad Belanda ke Piala Dunia, Jun depan.
"Setiap pemain mahu mendapatkan aksi perlawanan untuk menunjukkan kemampuannya dan saya sendiri berharap dapat berterusan melakukannya.
"Secara perlahan saya sudah bertambah yakin. Saya tahu, jika saya banyak beraksi, peluang saya untuk ke Piala Dunia semakin cerah," kata Babel. - Agensi
No comments:
Post a Comment