Akhirnya setelah sekian lama mencari pemain hebat disebelah pertahanan kiri, Liverpool amat bertuah apabila berjaya membeli pemain hebat dengan harga diskaun dari Newcastle. Kita dah buang masa dengan Dossena, Konchesky, Insua, malah Aurelio (kerap cedera walaupun bagus) untuk menjadi bek kiri yang boleh diharap, tapi mereka semua memang tak mencapai tahap yang diinginkan.
Walaupun Lucas Leiva dapat anugerah pemain terbaik semasa lawan Toffees, tapi ramai peminat amat teruja dengan aksi Enrique yang kebal bertahan dan mantap menyerang. Boleh dikatakan dia jaga 2 orang pemain Everton sekaligus. Hibbert dan Coleman tak dapat nak asak disebelah kiri kita yang selalunya jadi lubuk banyak musim sebelum ini. Harap Enrique meneruskan persembahan konsistan dan memberi tunjuk ajar kepada Robinson yang menjadi pembantu beliau musim ini. Layan klip dibawah.
gua sokong kata kata lu .
ReplyDeletemamat ni punya tumpuan yang agak baik...kalau kelly sentiasa fit masksudnya pasukan lawan sukar menyerang dari sayap...bagus ni...harap terus konsisten
ReplyDeletegua pn sokong gak..pembelian yg teramat brbaloi.kedua2 bek kiri/kanan memang mantop..keep it up..YNWA
ReplyDelete