Perlawanan ini macam ulangan perlawanan pembukaan lawan Sunderland, peluang banyak tapi masih tak boleh menang. Banyak iktibar yang perlu diambil terutamanya oleh Kenny dan Clarke. Terutamanya krisis ketidakupayaan barisan hadapan menghasilkan gol. Saya tidak menunding jari kepada Suarez. Walaupun kerana beliau terlepas banyak peluang untuk menjaringkan gol, namun bagi saya Suarez amat penting untuk menjadi pemangkin serangan bukannya perobek gawang kerana itu tugas Carroll.
Gol Bellamy bagi saya amat baik namun ianya hasil kelicikan taktik kotor Suarez yang menghalang bek Norwich dari mengejar Bellamy. Saya amat mengkagumi Suarez kerana beliau akan melakukan apa sahaja termasuk menjatuhkan badan walaupun asakan minimal dari lawan. Sebab itulah pengadil sukar buat keputusan jika Suarez dikasari. Lagipun lumrah hidup di EPL, kalau nak main macam pondan kena sikit meraung baik main kat La Liga.
Gol penyamaan Norwich bagi saya adalah nasib dan kerjakeras mereka. Tapi apa yang sedih ialah 3 pemain kita meluru untuk memenangi bola itu, tapi yang berjaya ialah pemain Norwich. Saya tak boleh nak salah Reina kerana dia hanya boleh menepis bola itu tapi ianya kesalahan pertahanan kita yang tak mampu menjaga dan berada diposisi terbaik untuk mematahkan serangan udara. Teringat masa Hyppia ada, bola sebegitu ibarat kacang goreng bagi beliau. Diharap Coates akan dibentuk menjadi Hyypia versi baru.
Yang berlalu biarlah berlalu, namun iktibar perlu diambil ialah pasukan kita perlu bunuh perlawanan awal-awal lagi. Jangan harap 1-0 itu boleh selamat sampai akhir perlawanan. Walaupun nampak pasukan kita tak bernasib baik kerana banyak peluang kena tiang dan diselalmatkan lawan, namun pemain kena lebih cermat dan tak pentingkan diri. Lagi satu saya tengok pemain tengah kita juga perlu buat cubaan luar kotak untuk mempelbagaikan cara untuk dapatkan gol. Apa pun kita cuba lagi minggu depan.
aku benci giler charlie adam.. mmg lembap giler.. ade hati nk pegang bola lame2.. may be sbb dia scottish sbb 2 kenny bg dia main.. downing plak mcm kurang idea.. sedey ar kalo slalu cm ni.. ntah la..
ReplyDeleteoverall game aku tak puas hati.dari defend sampai lah ke foward.jahanam...patut nye dalglish dah kena fikir kombinasi lain untuk defend.asyik nak harapkan carragher.dah bape banyak mistake die buat sebelum nie.dalglish patut cari defensive leader yang lain.yang tengah pulak kombinasi gerrard dengan adam tak menjadi.mungkin blum serasi kot.tapi nak jadi ape kalau dah dua2 nye nak attacking 24jam.aku tengok gerrard pun dah terpaksa jadi holding midfielder.nak kate nyampah tengok suarez tak jugak.tak tau nak kate ape dengan ayam serama nie.nie cume pendapat aku je.sebab aku nie bukan profesional sangat.cuma amatuuurrrrr....
ReplyDelete