
"Dengan Stoke pun tak boleh makan, apa barang bro?" Senda rakan saya seorang peminat tegar Setan Merah. Tambah dia lagi dengan nada sedikit juah. "Beli Pemain macam nak gah tapi habuk pun tadak"
Itulah ayat cilaka dari pembanter kelab lawan yang memang akan ambik peluang jika pasukan kita dalam keadaan tak stabil. Jenuh saya alih topik dan alasan namun serangan bertubi-tubi tak dapat nak elak, sebab memang realitinya apa yang mereka hamburkan ada benar jugak dan apa yang dirancang tak semestinya tak seindah seperti bermain FM2012 yang kita boleh main semula jika percaturan tak menjadi.
Alkisah kemandulan serangan dengan Stoke menjadi trauma fobia kepada Kenny rupanya. Sampaikan Liverpool telah dikaitkan kalau boleh dengan semua pemain penyerang yang ada dimuka bumi Allah ini. Tak apa itu depa punya kerja biar scout risik mana yang cun, tapi buat masa sekarang kena guna apa yang ada. Setakat ini Carroll adalah penyerang utama dan Bellamy dan Kuyt sebagai pembantu.
Sementara tunggu Suarez bebas dan penyerang baru sampai, molek jika kena ikhtiar taktik apa cara untuk menajamkan serangan dan bubuh gol masuk kejaring lawan. Apa yang saya nampak ialah Liverpool perlukan pemain sayap yang boleh membantu rakan penyerang buat gol dan sambil juga buat gol untuk ringankan beban penyerang. Setakat ini Bellamy saja yang bertokoh yang lain sangat mengecewakan terutamnya Downing. Dia bagus tapi mungkin taktik Kenny belum lagi dia faham.
Lawan kali ini Bolton saya anggap ujian mudah. Setelah jual Cahill ke Chelsea, apa lagi yang hebat untuk pasukan mereka. Oleh itu saya anngap tak ada masalah untuk kita balun anak buah Owen Coyle ini. Bukan cakap besar atau terlalu optimis, tapi ini bukan djaman Sam "perut besar" Allardyce. Kalau zaman itu memang saya agak respek kebolehan taktik mereka yang ampuh dan agresif. Hinggakan budak tadika Wenger pun balik menangis kena dibuli dengan mereka. Mungkin kali ini saya rasa pasukan kita boleh menang tipis kerana prestasi penyerang kita, tapi nak bolos jangan mimpi kerana Agger akan kembali bergandingan dengan Skrtel. 3 mata adalah angpau Kong Xi Fa Cai untuk peminat Liverpool berbangsa Tiong Hua.
Liv 2- Bolton 0
ReplyDelete2-0
ReplyDeleteliverpool/bolton
Bolton 1 - 2 Liverpool
ReplyDeleteliverpool 2-0 bolton
ReplyDeletebolton 1-2 liverpool
ReplyDeleteBolton 0-2 Liverpool
ReplyDeleteseri 1-1 kot...
ReplyDeleteSaya fikir perlawanan itu, jika itu adalah permainan saya memikirkan, membalas dendam untuk Liverpool dan bahawa mereka akan untuk menewaskan Bolton Wanderers, tetapi saya sedih salah
ReplyDelete