Sejak semalam, keputusan Liverpool dan Man U, masih jadi topik hangat dan modal borak beberapa teman rapat ketika sedang BBQ dirumah sorang kenalan. Sambil dok ratah kambing bakar, ramai Anti-MU yang puji Liverpool itulah inilah dan macam-macam. Itu nasib baek Liverpool menang, banyak komen sedap, kalau bungkuih silap-silap saya pula jadi macam lauk kambing kena bakar dengan diorang.
Apa yang diperhatikan ialah pasukan kita macam senang makan pasukan elitis, tapi macam nak mampus bila lawan pasukan cikai cap ayam. Tren ini dah jadi warisan sejak zaman berzaman. Apa sebabnya. Mungkin pasukan kita tak cukup sombong dan berlagak serta membuli macam pasukan elitis lain. Ataupun juga main sambil lewa dan suka pandang remeh kebolehan lawan juga punca kegagalan tersebut.
Jawapan dari soalan tersebut akan kita dapati esok malam. Bertandang ke Stadium Moulinux adalah bukan perkara enteng bagi kita. Mungkin pasukan tuan rumah Wolves dapat inspirasi dari Bolton dan tengok ulangsiar bagaimana selok belok nak kincaikan Liverpool dan cari kelemahan pasukan kita. Apa yang saya jangka Mick McCarthy akan buat macam Owen Coyle, cuma pasukn mereka lebih mengancam dari Bolton.
Dipihak Liverpool, momentum kemenangan dengan Man U adalah ubat terbaik, namun ianya bukan untuk buat lalok macam ubat batuk. Apa yang saya nampak impak pemain tengah bertahan memang diperlukan untuk jadi pendinding serangan dan juga mengasak pemain tengah lawan. Bab serangan saya sikit gusar jika Carroll main tak tahu kenapa. Mungkin prasangka buruk dari saya tapi dah nak buat macamana dia yang berikan persembhan sebegitu sebelum ni. Tapi dalam hati selagimana Kenny tak jual Carroll saya harap pemain tocang itu lakukan terbaik.
Bellamy wajib main kerana dia dah buat ramai peminat obses dengan pemain mulut murai ini. Dia dah jadi hero baru sejak Suarez kena gam oleh FA. Downing dan Kuyt juga telah kembali dapat tempat untuk posisi sayap. Cuma sekarang adalah perebutan posisi tengah antara Adam, Henderson dan Spearing kerana Kapten Gerrard pilihan otomatik juri. Bek berempat dan goli tak payah nak kacau memang tak tergugat jika tak cedera.
Untuk memang dengan Wolves tak mudah yang disangka. Namun nak tewas macam kena dengan Bolton juga mungkin tidak. Kerja keras dan permainan berpasukan seperti yang ditujukkan lawan Man U adalah contoh bagaimana nak bagi keputusan berpihak untuk kita. Kenny memang tak pandai nak bertaktikal macam Rafa, tapi dia punyai trik tersendiri macamana nak naikkan semangat pemain dan bagi mereka main elok. Untuk itu dengan semangat baru dan keazaman baru dari pemain setelah dibambu Kenny, saya pasti keputusan berpihak kepada kita. Saya tak mahu nak tengok gol banyak cukup sekadar 2-0 pun dah kira ok.
Harap momentum kemenangan mengalahkan dua beradik Manchester menjadi sumber kejayaan berterusan...
ReplyDeleteLiverpool gigit Wolves 2-0. :YNWA!
ReplyDelete2-0
ReplyDeleteliverpool/wolves
ntah la...kdg2 sakit ati team bile team kite lwn team average ni...lau ngn team yg kuat,kite jd kuat..pape pon,aku hrapkan kemenangan jek..1-0 ke 2-1 ke...jnji menang...skang ni xleh tercicir point lau nk sure ke eropah season dpn...tol x..pape pon,gud luck to our team...YNWA// (jfkberger)
ReplyDeleteWolverhampton 1 - 3 Liverpool
ReplyDeleteLiverpool 3-1 Wolverhampton
ReplyDeleteNak post blog sendirik xde masa, jd post la kt sini..haha
ReplyDeleteAk rase boleh menang nie.
Kuyt ngn Bellamy kat atas memang cun. Kuyt boleh bg pressure kat bahagian defender lawan yg tngh bawak bola, x mcm Carrol malas sket.Carrol boleh bwk masuk time terdesak nk gol minit2 last.
Spearing ngn Gerrard lagi ok kot tengah. Kalo tengok bhgn midfield Wolves x berapa nk bg pressure boleh la masukkan C.Adam kt tengah.
go go Liverpool.
-pokdin
owh lupe, score 3-1 liver menang.
ReplyDeletescore 3-0...liverpool mng
ReplyDeletemenjadi predictionku...huhu
Deletewolves 0-3 Liverpool
ReplyDeletePremier League - Adidas end Liverpool ties over 'poor results'-uk.eurosport.yahoo.com
ReplyDeletekhali, jelani & shauqi..
ReplyDeletepeneka tepat minggu ini
p/s: bz giler x sempat update
bardzo ciekawy post, ale nie widzę żadnych stosunków cokolwiek witht he obraz maskotka kota z Liverpool, możesz proszę wyjaśnić mi, będę naprawdę wdzięczny, dzięki tak dużym wyprzedzeniem!
ReplyDelete