Jun 26, 2012
SENYAP SUNYI
Jun 22, 2012
JERSI KETIGA YANG ORI ???
1) Jersi Utama - begitu sederhana tetapi kemas.
2) Jersi Lawatan - macam baju skuba, iras-iras Reebok 2002/03
3) Jersi Alternatif - macam baju latihan biasa, namun kurang jelik dari yang diwar-warkan sebelum ini.
Jun 20, 2012
SHREK DAN TERRY HERO PASUKAN SINGA
Sebenarnya penyelamat England adalah Terry bukannya Shrek. Namun Kapten Gerarrd adalah hero sekalian hero dalam skuad England. Tak mau ulas banyak layan video dibawah.
Jun 19, 2012
ADAKAH INI JERSI KETIGA
Adakah ini rekaan sebenar jersi alternatif untuk musim 2012/13. Ianya dikatakan telah dibocorkan oleh hackers atau staff Warrior. Malah ada yang mengatakan bahawa perkara terakhir yang dibuat oleh Kenny ialah mengesahkan rekaan biol ini dan akibatnya beliau dipecat, bukan kerana mendapat no.8 di Liga. Mari kita tengok adakah ini realti atau fantasi.
Jun 18, 2012
JADUAL PERLAWANAN MUSIM 2012/2013
Jadual perlawanan dah keluar. Liverpool akan bertembung dengan West Brom yang diuruskan oleh bekas staff yakni Encik Steve Clarke. 5 perlawanan pertama boleh dikatakan selang seli susah dan senang dan 5 perlawanan lepas itu kira kacang Ngan Yin juga. Namun oleh kerana kita belum tahu siapa pemain utama dan siapa masuk dan keluar saya takkan memberikan sasaran apakah yang realistik untuk musim baru ini.
August 18 West Brom (A)
September 1 Arsenal (H)
September 15 Sunderland (A)
September 22 Man Utd (H)
September 29 Norwich (A)
October 6 Stoke (H)
October 20 Reading (H)
October 27 Everton (A)
November 3 Newcastle (H)
November 10 Chelsea (A)
November 17 Wigan (H)
November 24 Swansea (A)
November 27 Tottenham (A)
December 1 Southampton (H)
December 8 West Ham (A)
December 15 Aston Villa (H)
December 22 Fulham (H)
December 26 Stoke (A)
December 29 QPR (A)
January 1 Sunderland (H)
January 12 Man Utd (A)
January 19 Norwich (H)
January 29 Arsenal (A)
February 2 Man City (A)
February 9 West Brom (H)
February 23 Swansea (H)
March 2 Wigan (A)
March 9 Tottenham (H)
March 16 Southampton (A)
March 30 Aston Villa (A)
April 6 West Ham (H)
April 13 Reading (A)
April 20 Chelsea (H)
April 27 Newcastle (A)
May 4 Everton (H)
May 12 Fulham (A)
May 19 QPR (H)
AGGER PULANG AWAL BAWA BEKAL DURIAN BELANDA SEKALI
Sebenarnya saya sangat berterima kasih kepada Anon yang telah menyedarkan saya mengenai undang-undang baru mata dalam kejohanan Euro edisi ini. Apataknya mangsa pertama idea sempoi Platini ini ialah pasukan Russia. Kalau ikut kiraan lama mereka layak sebab jaringkan gol lebih dari Greece tapi dek kerana Greece telah menapau mereka jadi otomatik Greece berjaya mencilok tempat kesuku akhir.
Perlawanan grup maut ini amat rumit macam yang diterangkan oleh Abam Anon sebelum ini. Yalah ianya rumit dan amat merumitkan pasukan faberet ramai Belanda. Mereka perlu menang lebih dua gol namun kena pastikan Denmark juga bungkus. Namun apakan daya, pasukan yang mempunyai pemain dari Kelab besar tetapi mempunyai ego yang teramat besar telah dimalukan oleh pasukan yang kurang feberet macam Portugal.
Amat malang bagi Agger kerana Jerman tak kasi can kerana menurunkan skuad utama untuk perlawanan yang hanya pelengkap bagi mereka. Tapi menurut statistik Agger telah melakukan 10 kali pintasan dan 7 kali mengeluarkan bola dalam keadaan bahaya. Statistik inilah bakal membuatkan Agger amat diperlukan dan menjadi nadi kekebalan pasukan kita musim lalu. Paling saya seronok ialah Agger tak cedera langsung dan harap dia akan memulakan kempen 2012/13 dengan Liverpool bukan dengan Man Citeh atau Real Madrid.
Jun 16, 2012
CARROLL PERKOSA BAPOK SWEDEN
Tajuk kat atas memang sengaja disensasikan macam akhbar Harian Metro. Harap jangan tersentap sebab itulah cara wartawan sengal nak tarik pembaca. Sepatutnya skema tajuk ialah England hantar Sweden pulang awal. Tapi takut jap lagi ada anon mana plak buat kira-kira yang Sweden masih mampu macam Belanda.
Kenapa Carroll yang jadi modal cerita bukan Gerrard atau Walcott atau penjaring osem macam Welbeck. Ini kerana gol pembukaan ialah gol keramat. Tandukan padu Carroll memang marbeles namun kredit juga kepada Kapten Gerrard yang melakukan hantaran dari tengah memang sempoi mencari kedudukan Mat Tocang macam ada ada signal GPS untuk bola dinavigasi tepat dan terpinga-pinga Sweden terkena serangan Udara British.
Sweden bukan kamjad yang disangka. Melberg membalas kealpaan pertahanan England dengan sepakan deras tapi Johnson berkerja keras untuk menepis telah dapt menjadi penjaring gol Sweden. Sekali lagi bek England buat sewel dengan membiarkan Melberg meniru gaya Carroll dengan menanduk masuk gol pendahuluan Sweden.
Tapi otak Abah Roy memang jalan. Penukaran Milner dengan Walcott menjadi, apabila pemain Arsenal taua bakal pemain Chelsea itu melakukan voli untuk menyamakan kedudukan. Namun sekali lagi Walcott menambahkan minat Chelsea terhadapnya bila menjadi penyumbang kepada gol terbaik kejohanan yang dijaringkan oleh Welbeck.
Walaupun kedudukan England nampak kian selesa kerana bakal bertemu Ukraine yang tewas kepada Perncis 2-0, namun hanrus diingat depan penonton sendiri, pasukan bekas pemain kita Voronin pasti akan tunjuk garang. Namun satu mata sudah cukup buat England untuk layak. Tapi dengan kemasukan pemain simpanan macam Rooney bakal memberikan kegerunan kepada pemain Ukraine bukan kerana kehebatan tapi kerana kehodohan beliau membuatkan pemain Ukraine muntah ijau dan tak ada tenaga nak main.
Jun 14, 2012
DENMARK REBAH KEPADA PORTUGIS
Pasukan Belanda boleh balik bercuti awal setelah dapat telur ayam dari dua perlawanan. Portugal ada ong setelah menang tipis 3-2 ketas Denmark.Jadi Jerman dah boleh bagi pemain simpanan main dan hanya membiarkan Denmark dan Portugal bergocoh sesama sendiri.
Peluang cerah kepada Portugal kerana Belanda sedang dalam mood kebosanan dan hanya main untuk ambil elaun, manakala Denmark pula sedikit tertekan kerana pemain pelapis Jerman memang sebaik kesebelasan utama. Harap Agger lakukan terbaik ketika lawan Jerman.
Jun 12, 2012
SINGA DAN AYAM SAMA KUAT
Pasukan Perancis memang feberet jika lawan England, sejarah membuktikan sejaka djaman Platini sampai sekarang Le Blues aka Cap Ayam, tak habis-habis meratah daging Singa. Namun perlawanan pembukaan kumpulan D menampakkan England tak mahu mengalah dengan Perancis. England dapat gol awal dari Lescott dan Nasri mendiamkan keseronokan peminat England untuk memberikan keputusan seri 1-1 sampai wisel penamat.
Dari 6 wakil Liverpool, hanya Kapten Gerrard dan Johnson dalam kesebelasan utama, Henderson main juga 15 minit tapi Carroll dan Downing main juga, tapi main hayun telur kat bangku simpanan. Kelibat Kelly tidak kelihatan kerana demam kepialu. Gerrard dan Johnson tak menghampakan kerana antara pemain England yang beraksi cemerlang pagi tadi. Perlawanan selepas ini melawan Sweden yang berada di tangga tercorot ditewaskan oleh Ukraine.
Jun 10, 2012
AGGER MAKAN DURIAN BELANDA
Setiap pasukan yang ada pemain Liverpool akan diraikan dalam Liverpoolkita sempena Euro12 ini. Memandangkan Kuyt dah jadi pemain Fenerbache, maka Agger menjadi tumpuan dalam perlawanan antara Belanda lawan Denmark pagi tadi. "Flying Ducth" tak berapa boleh nak terbang digasak oleh Agger dan kengkawan. Walaupun Belanda main cun tetapi banyak buang peluang, namun permainan pantas serang balas Denmark serba menjadi. 1-0 jaringan Kron Dehli memang menikan jantung setiap peminat buah limau manderin ini.
Memang bola itu bulat dan macam-macam boleh terjadi. Tapi ingat lagitak Euro92 dulu. Macam inilah kelaku pemain Denmark yang menjuarai Piala Eropah membantai pasukan feberet yang lain. Tapi saya tak cakap yang Belanda tak ada peluang atau Denmark sekarang akan jadi Denmark 92. Cuma pasukan yang pandai ambil kesempatan macam Denmark atau yang banyak mempersia-siakan peluang macam Belanda akan menentukan nasib mereka sendiri dalam kejohanan ini.
Tapi kesimpulannya saya berbangga kerana Agger bermain baik dan harap prestasi ini akan dibawa ke Anfield, itupun kalau Real Madrid atau Man City tak buat sial nak pujuk pemain terbaik kita ini untuk main Liga Juara-Juara.
Jun 9, 2012
REZEKI CLARKE
Orang Kanan Kenny, Steve Clarke yang baru letak jawatan dari Liverpool dua tiga hari lepas kini tetiba dah jadi Pengurus baru West Brom. Saya teringin benar nak tengok buah tangan Clarke sendiri sebagai ketua bukannya timbalan kepada orang lain. WBA tak banyak berubah permainan mereka namun sejak Hodgson ambil alih nampak mantap dari segi taktikal tak macam masa Di Matteo. Jadi tugasan berat bagi Clarke untuk menandingi Hodgson. Saya kalau jadi Clarke, perkara pertama ialah jangan jual Odewingge dan pinjam Andy Carroll dari Liverpool kalau berani.
Jun 6, 2012
ENRIQUE DAN SEPANYOL
Kalau Enrique jadi warganegara England mungkin dia bakal jadi pemain ke-7 Liverpool dalam skuad England. Sebab apa Selain sama hebat dengan Ashley Cole, pemain lain macam Baines atau Gibbs bukan tandingan beliau. Namun ramai yang hairan kenapa pengganti Joan Capdevilla untuk posisi bek kiri La Rojas (Sepanyol) ialah Jordi Alba dan Arbeloa sebagai timbalan untuk edisi Euro 2012. Satu teori konspirasi utama ialah Del Bosque tak berkenan nak ambil pemain dari EPL kecuali terpaksa. Tengok macam kes David Silva, sampai dah habis pemain Barca cedera barulah dia dapat main.
Jun 5, 2012
LIVERPOOL DAN ENGERLEN
Jun 4, 2012
SELAMAT JALAN ABAM KUNYIT
Dengar cerita Kebab Turki paling sempoi didunia. Sebab itulah penggemar Kebab, Encik Kuyt atau lebih dikenali Mat Kunyit telah memilih kelab Fenerbache sebagai destinasi untuk beliau pencen. Banyak jasa beliau dengan kelab kita, walaupun dibeli untuk main penyerang atas, tup-tup kena berkorban main sebelah kanan. Oleh kerana Kuyt mangsa pertama untuk revolusi Buck Rodgers diharap pengganti beliau lebih sempoi dan rajin macam beliau. Dengar kata Clint Dempsey ???
Jun 3, 2012
LIVERPOOL DAH 120 TAHUN
Dah 120 tahun rupanya Kelab Bolasepak Liverpool. Itupun kalau tak kerana perebutan kuasa dan politik, Liverpool hanya ada satu kelab sahaja yakni Everton Athletic. Si Abang Long Everton membawa diri dari Anfield ke Goodison. Jadi si John Houlding si pemilik padang dan kelab sukan, menamakan pasukan Merseyside ini sebagai Liverpool sempena nama bandar itu sendiri. Harap maklum jersi asal Biru Putih sejibi macam Everton kerana tak mau boria ditukar kepada Merah sampai sekarang.
TIKI-TAKA BUCK RODGERS
Statistik diatas amat menggembirakan peminat kerana Brendan "Buck" Rodgers telah mencipta rekod musim lepas. Mungkin set pemain kat Swansea sesuai dengan pemainan Tiki-Taka (pass-move). Tapi kita tengok apa yang Buck boleh buat dengan skuad tinggalan Kenny yang menghampakan musim lepas. Tak berani nak cakap yang dia mampu buat macam kat Swansea, tapi dengan pemain yang rata-rata berkelas dunia kita akan tengok siapa yang akan kena.
Jun 2, 2012
SIAPA CAKAP BRENDAN KAKI BANGKU
Ini cerita lama, tapi Brendan memang pernah lawan Liverpool masa remaja, tapi tewas dek kerana kehebatan McManaman. Kalau tak kerana cedera ketika di akademi Reading, Brendan cakap dia main lebih sempoi punya tiki taka dari Xavi atau Ineasta.
BRENDAN RODGERS PENGURUS BARU LIVERPOOLFC
Walaupun dah kecoh lama dah yang Brendan setuju jadi pengurus Liverpool, pihak kami secara profesional tak mahu membuat kenyataan media terlalu awal. Takut bukan apa mau otak seminit dia buat pusingan U disaat akhir tak ke naya. Namun setelah majlis orientasi yang belangsung dan Brendan secara rasminya diperkenalkan kepada umum, maka segala teka-teki telah berakhir dan terjawab sudah. Dia telah mengikat kontrak 3 tahun dan akan membawa orang kuat beliau dari Swansea.