Setiap pasukan yang ada pemain Liverpool akan diraikan dalam Liverpoolkita sempena Euro12 ini. Memandangkan Kuyt dah jadi pemain Fenerbache, maka Agger menjadi tumpuan dalam perlawanan antara Belanda lawan Denmark pagi tadi. "Flying Ducth" tak berapa boleh nak terbang digasak oleh Agger dan kengkawan. Walaupun Belanda main cun tetapi banyak buang peluang, namun permainan pantas serang balas Denmark serba menjadi. 1-0 jaringan Kron Dehli memang menikan jantung setiap peminat buah limau manderin ini.
Memang bola itu bulat dan macam-macam boleh terjadi. Tapi ingat lagitak Euro92 dulu. Macam inilah kelaku pemain Denmark yang menjuarai Piala Eropah membantai pasukan feberet yang lain. Tapi saya tak cakap yang Belanda tak ada peluang atau Denmark sekarang akan jadi Denmark 92. Cuma pasukan yang pandai ambil kesempatan macam Denmark atau yang banyak mempersia-siakan peluang macam Belanda akan menentukan nasib mereka sendiri dalam kejohanan ini.
Tapi kesimpulannya saya berbangga kerana Agger bermain baik dan harap prestasi ini akan dibawa ke Anfield, itupun kalau Real Madrid atau Man City tak buat sial nak pujuk pemain terbaik kita ini untuk main Liga Juara-Juara.
mantap agger & kjaer semalam.cuma kadang2 defend & keeper boleh buat lawak bodoh nasib baek tak gol.
ReplyDeletehttp://penyokongevertonmalaysia.blogspot.com/
Air durian belanda mmg sedap woo...hahaha
ReplyDelete