Pasukan Perancis memang feberet jika lawan England, sejarah membuktikan sejaka djaman Platini sampai sekarang Le Blues aka Cap Ayam, tak habis-habis meratah daging Singa. Namun perlawanan pembukaan kumpulan D menampakkan England tak mahu mengalah dengan Perancis. England dapat gol awal dari Lescott dan Nasri mendiamkan keseronokan peminat England untuk memberikan keputusan seri 1-1 sampai wisel penamat.
Dari 6 wakil Liverpool, hanya Kapten Gerrard dan Johnson dalam kesebelasan utama, Henderson main juga 15 minit tapi Carroll dan Downing main juga, tapi main hayun telur kat bangku simpanan. Kelibat Kelly tidak kelihatan kerana demam kepialu. Gerrard dan Johnson tak menghampakan kerana antara pemain England yang beraksi cemerlang pagi tadi. Perlawanan selepas ini melawan Sweden yang berada di tangga tercorot ditewaskan oleh Ukraine.
Goyang telur?tu yg takleh tahan tu...hahaha
ReplyDelete