Saya cedok kartun diatas dari web goal.com. Memang tepat bidasan kartunis itu. Skrip yang ditulis oleh pengarah tapi lain lakonan oleh pelakon. Itulah umpamanya keadaan pasukan kita yang diayamkan oleh WBA. Walaupun sasaran dan kritikan kepada pengadil, tapi pemain kita juga ada saham dalam keputusan yang tidak memihak kepada kita. Paling menonjol ialah Kapten Gerrrard yang banyak kali kantoi hantaran. Pertahanan kita juga belum bersedia main lebih atas dalam sistem baru, jadi peluang digunakan WBA untuk melakukan serangan pantas. Suarez banyak peluang yang dipersia-siakan dan saya rasa dia hanya boleh menjadi penggerak serangan bukannya penyerang prolifik.
Banyak lagi ulasan berbaur negatif kalau nak tulis tapi kita semua bersabar kerana masih 37 perlawanan mahu ditempuh. Biarlah ini jadi satu pengajaran buat Liverpool. Dan dilihat dari perlawanan sulung ini, untuk merebut tempat ke-4, Brendan Rodgers perlu keajaiban serta fulus yang banyak untuk menambah baikkan pasukan yang majoritinya masih tinggalan Kenny. Oleh kerana Brendan masih berpeluang membeli beberapa pemain baru sebelum tingkap perpindahan tamat, saya syorkan beli pemain yang mampu main sistem baru ini dan jual pemain macam Adam, Cole dan Carroll untuk mendapatkan dana tambahan.
salam bro,gua rasa suarez patut jd SS la sbb dia kadang2 licik n brani bwk bola dlm kotak penalti tp dr segi nk skor mcm tak brapa nak cun je.kn cr sorg striker yg btl2 tajam dan agak berstatus tinggi sket.ini cuma pandangan gua x taktau apa2 bro..
ReplyDelete-wahap mahbut
Lpas.kiya muncul naib juara dan hanya kalah 2 kali dlm epl mse 2008 xslp aq...lpas xabi kuar...banyak malapetaka yg dtg.....smpai skrg....musim baru kalah lg....aq dah fedup kalau troh gni...xkan sbb sorang kuar..pah ceroh x jmpe pnggnti
ReplyDeleteLpas kita muncul ae...pembetulan
Deletetak blend, player main ikut sistem lama, nampak sgt player keliru,
ReplyDeletedah lah beli ex chelsea( borini) nak sub pon ex chelsea gak( j.cole ) ini sindrom yang aku kureng senangi....
j cole! isk iskkk tak masuk dek akal betul...