Ini perpindahan paling flip-flop dalam sejarah EPL. Apa tidaknya, kejap Nuri Sahin macam jadi ke Emirates, sebab Wenger boleh bagi peluang main Liga Juara-Juara . Tetiba Liverpool potong kat selekoh cilok sebab Mourinho, Abang angkat Brendan syorkan Nuri ke Anfield sebab dia taknak kuatkan seteru di Liga Juara-Juara. Tak pepasal Wenger gelabah nak Nuri gantikan Song yang berambus ke Nou Camp. Sekarang Nuri dalam dilema, mahu ke Emirates ada Liga Juara-Juara, tapi ada bangsat Podolski kat sana. Mereka ada dendam peribadi di Bundesliga dulu.
Setelah mendengar cakap Lejen Alonso tentang Liverpool dan beliau dengan sepenuh hati ambil peluang untuk bermain secara pinjaman satu musim. Ada yang cakap takda klausa pembelian, namun ada yang bagitau klausa £14 juta. Satu perkara yang mungkin buat Wenger mungkin taknak bersungguh-sunguh ambil Nuri mungkin tak larat nak bayar gaji £85k seminggu.(diskaun 30%). Namun bagi Liverpool, kira berbali nak bayar gaji Nuri berbanding gaji Joe Cole yang ntah-hapa-hapa main tapi dapat £90k.
Bila seorang pemain tengah yang bereputasi tinggi masuk, maka pemain lain yang reput-kasi mesti akan keluar. Pilihan antara Adam, Cole dan mungkin juga Spearing dalam pencalonan keluar. Bagi saya kalau dipilih antara Adam dan Cole, saya rela Adam kekal dan Cole berambus. Sebabnya Adam walaupun main cam gampang, tapi dia masih boleh sihat sepanjang musim untuk jadi bidan terjun jika diperlukan. Tapi masalahnya Cole tak tentu boleh bertahan untuk bermain terus menerus, mesti ada yang akan jadi sebab urat-urat dan otot dia dah hancur sebab dia main takhenti-henti sejak usia remaja.
Datangnya Nuri Sahin ke Anfield tidak menjanjikan apa-apa kerana kemasukan beliau hanya sekadar macam tukar karburator besar tapi enjin stendet. Blok belum korek, masih kena tukar piston dan spoket yang dah haus kena buang ganti spoket simpanan yang ada.
Banyak lagi penambahbaikan dan dahan reput yang perlu dicantas. Dempsey, Gaston,Struridge dan banyak pemain yang lain masih ada desas-desus dikaitakandengan Liverpool. Tapi setelah tengok perlawanan Swansea lawan WestHam semalam, ternyata Brendan kena persetan janji capati denganSwansea. Saya harap dia boleh sambar Nathan Dyer, Ashley William,Wyane Rouledge, dan semua yang memang sempoi kat Swanselona.
No comments:
Post a Comment