Baru nak tulis tentang pra- perlawanan dengan Fulham, tiba-tiba dapat berita yang perlawanan itu nak di tangguhkan. Mogok kesatuan sekerja Keretapi London, dijadikan alasan oleh pengurusan Fulham. Macam kambing hitamkan mogok tersebut, padahal bas, teksi, prebet sapu bersepah kat London. Dan terkini juga diberitakan yang perlawanan tersebut tetap berlangsung atas arahan FA Inggeris. Fulham nampak sangat terlalu takut ketika ini, sampaikan guna alasan bangang, padahal Arsenal, West Ham dan pasukan lain tak berkudis dengan situasi itu.
Sedikit analisa tentang prestasi pasukan kita dalam 5 perlawanan terdahulu . Macam gelombang harmonik, menang, seri, menang,seri dan menang balik. Patutnya perlawanan dengan Villa dan West Brom ibarat cicahan rojak saja. Wajib menang, tapi itulah masalahnya Liverpool, agak kurang konsisten. Kalau ada ubat nak bagi pemain konsisten dalam setiap perlawanan ada dijual di farmasi atau di Tesco, mungkin Brendan kena beli banyak-banyak dan simpan buat stok sampai habis musim.
Malam pesta gol lawan Adik Tadika Meriam, memang takkan dilupai dalam sejarah kita dan akan mejadi igaun buruk meeka. Tetapi bagi sekalian peminat, jangan terbawa-bawa dengan kenangan semalam, sebab lawan Fulham takkan sama dengan Arsenal. Walaupun Fulham atas kertas adalah sajian ratahan pasukan lain, kejutan tetap ada jika kita main macam lawan WBA. Fulham yang memang dah awal-awal lagi kecut telur pasti akan guna plan B, main kaki buka main bola.
Saya ada tengok sekejap perlawanan Menyu-Fulham yang begitu bosan. Tetapi apa yang Fulham buat pada Menyu ialah mereka bertahan terlampau dalam atau dalam istilah bolasepak, mem"Parkir Bas"kan keseluruhan jentera pasukan. Dan gol-gol mereka terhasil akibat serang hendap ala Gerilla bila lawan mereka terlalu asyik nak buru gol. Benda ini kebetulan pernah berlaku ketika kita lawan Villa, ingat lagi tak? Liverpool main dengan sebelas pemain Fulham yang bukan main dengan sebelah kaki, jadi mereka main lebih berhati-hati.
Aplikasi lawan Everton dan Arsenal memang tak sama macam lawan WBA dan Villa, sepatutnya itu yang Brendan kena fikir jika bertemu dengan set pasukan yang berlainan corak permainan dan mentaliti. Bermain dalam tempo yang pantas setiap masa memenatkan dan pemain kita pancit awal dan jika fizikal lemah boleh akibatkan kecederaan. Agak risaukan lawan macam Fulham dari Arsenal kerana bukan dari segi keputusan perlawanan, tetapi masalah kecederaan bila lawan pasukan yang main robes. Itulah hakikatnya bila pasukan kita sangat nipis.
Fulham 0-3 Liverpool #YNWA!
ReplyDeleteFullham 0-4 liverpool lagend....ckup lh tu kot...hu hu hu...
ReplyDeleteLiverpool 2-0 Foolham
ReplyDeleteLiv 3-ful 0
ReplyDeleteZam
*tu pn klu main mcm main nga asenal
ful 1 liv 6
ReplyDeleteAsfardy Sanusi
fulham 0 - 3 liverpool
ReplyDelete- azlan86 -
dh lame x tpt tekaan nih..
ReplyDeleteTheReds 5-3 Fuhham
-shah_2134-