Macam yang saya poskan sebelum ini yang Arsenal bakal ubah taktikal lawan Liverpool. Ianya memang tepat dan segalanya serba menjadi buat mereka. Wenger bukan pengurus picisan. Dia memang Tuan Guru dalam bidang taktikal selain dari Mourinho. Kalau Cascarino tak tulis dalam ruangan sukan pun Wenger jenis yang tahu nak perbaiki keadaan setelah dimalukan dalam perlawanan liga sebelum ini.
Kesilapan kita adalah terlalu mempersiakan peluang itu saja. Permainan kita nampak macam biasa namun agak terbatas dengan taktikla Arsenal yang sedia menjadi. Dari awal permainan Sturridge dan hampir bagi kejutan tapi sepakan beliau dapat dibaca oleh Fabianski. Peluang kedua juga saya adalah wajib gol tetapi sekali lagi Fabianski sempat menepis bola dari kaki Sturridge. Patutnya Sturridge cip bola itu awal bukan cuba memotong goli. Peluang yang lain banyak juga terutamnaya dari Suarez, tapi musim kemarau gol kian berlanjutan.
Howard Webb sudah diketahui memang cukup tak suka Liverpool. Kalau dah tak suka, apa kebenda yang dia buat pasti akan membuatkan kita gigit jari dalam perlawanan ini. Memang dia bagi penalti awal untuk Suarez dan bagi Liverpool bangkit 1-2. Tetapi yang hampasnya memang si Ox bedal kaki Suarez dan semua pihak setuju ianya penalti termasuklah Graham Poll, otai pengadil di England. Ingat lagi tak masa lawan Chelsea, kes Eto'o yang membedal Suarez tapi tak juga bagi penalti. Kesimpulannya jika Liverpool main dan Howrad Webb jadi pengadil, pasukan kita kena bubuh 4 atau 5 biji baru boleh menang kot.
Benda dah lepas, nak marah pun tak guna. Bagilah peluang kepada peminat Arsenal untuk seronok sebab mereka dah 8 tahun kempunan piala. Dan saya harap mereka boleh membelasah Everton dalam pusingan suku akhir selepas ini
Si kepala botak Howard webb buat hal lagi....tpi xpelh k...yg pting skali YNWA..L.F.C...
ReplyDeletebiarla arsenal mng kali ni pun..dorang bknnye nk mng piala FA ni pun..bg dorang pegi final pn da ckup..sama mcm liga, dpt top 4 pn da syukur.. rugi plak trlpas piala FA kat budak skola ni nmpaknya seronok la MC sbb jmpe team yg taknak kejuaraan..HEHE
ReplyDeleteaku rasa howard web ni coward! Dia tahu itu foul dan penalti... cuma dia berani bagi ker atau tidak...
ReplyDeleteSalah Suarez jgk, selalu sgt jatuh badan(exaggerate) walaupun minimal contact, bila video review adakalanya berlakon. Ramai dah cop dia berlakon sampai pengadil pun konfius genuine ke fake.
ReplyDelete