Tengok apa kriteria yang diberikan oleh Brendan Rodgers tentang Dejan Lovren.
"Dia menonjolkan kekuatan dan punyai ciri kepimpinan."Apakah tak cukup kekuatan dan kepimpinan dalam diri Skrtel, Agger, Sakho dan Toure. Jawapannya terjawab jika tengok dan jumlahkan berapa gol yang bolos sepanjang musim lepas. 50 biji yang tembus dalam gawang Liverpool, bukan boleh diambil mudah, kerana ianya tak seimbang dengan kekuatan serangan yang sering membekap kesilapan dibahagian pertahanan.
Nilai perpindahan £20juta pound saya anggap satu kesilapan. Sebab apa semasa di Lyon musim sebelum ini, dia memang sasaran Liverpool, namun Brendan sanggup bayar Sakho £18juta, kerana Sakho lebih glemer dan gempak dari Lovren di Liga Perancis. Setelah Southampton sambar Lovren dengan rega berbaloi-baloi £8.5juta, semua pihak buka mata terutamanya Brendan yang mungkin menyesal sebab tak bersunguh dulu.
Bagi saya gaji yang diberikan kepada Lovren sebanyak £60,000 seminggu memang seimbang dengan jumlah perpindahan. Kira Ok lagi sebab, Menyu lagi bangang sanggup bayar Luke Shaw dengan gaji £120,000 padahal budak kanyiaq (belum mumayyiz) itu baru 19 tahun. Saya anggap Lovren memang mahu ke Anfield sebab nak minta gaji lebih, tapi mahu bersama Liverpool kerana mahu memenangi piala dan medal.
Jika Lovren dibeli untuk posisi utama maka pasti ada diantara muka lama yang bakal kemas pakaian dan ucapkan selamat tinggal kepada peminat. Paling tak selamat ialah Daniel Agger dan Kolo Toure. Tapi apa yang saya dengar ialah Agger mungkin sertai Saurez di Barcelona dan perincangan kedua-dua pihak sedang berlangsung. Manakala Toure juta diintai kelab dari Liga Turki, Trabzonspor.
Hey, great blog. But I have a page that I have to recommend to you, when I was at Tours of London, I met amazing girls in London escort agency - the girls are ... great! - I just recommend you check and add a link so that everyone can see.http://www.courtisane.co.uk/gallery/
ReplyDeleteBang//tiago llori satu//
ReplyDelete