Sepintas lalu saya nak coretkan apa yang saya lihat dan dapat simpulkan tentang perlawanan dengan Bronby semalam. Untuk makluman majoriti pemain yang diturunkan adalah dari skuad simpanan dan ada beberapa kerat pemain utama yang turun kerana tak main di Piala Dunia Brazil. Pembelian baru seperti Lallana, Can, Lambert dan Markovic mungin dapat turun dalam perlawanan selepas ini.
Dah nama pun sesi pemanas badan, main pun bagi panas badan keluar peluh saja, namun keputusan perlawanan dan corak perlawanan buat peminat sikit panas. Saya tak nak komen tentang taktikal kerana pemain muda yang diturunkan masih belum faham corak permainan yang betul. Mereka main agak kucar-kacir mungkin sebab ada pemian muda yang gugup sebab seronok dapat main dalam pasukan utama.
Separuh masa pertama Liverpool main bagus dan paling menghiburkan ialah kemahiran dan trik Coutinho yang mabeles. Ketinggalan sebiji gol saya nampak taklah berapa nak teruk sangat. Bronby guna pemain utama dan pengalaman mereka tak perlu nak pertikai bila hadapi pemain muda Liverpool. Cuma saya tengok Borini tak macam sesempoi dia main kat Sunderland. Mungkin dia dah tahu takda peluang kat Anfield kot.
Separuh kedua, Liverpool salin semua pemain kecuali Goli. Pemain tumpuan ialah Ibe. Dia nampak paling menonjol kerana larian pantas dan gol penyamaan terhasil dari gerakan beliau dan disudahkan oleh penyerang simpanan Peterson. Tapi apa yang membuatkan Ibe masih belum layak menjadi pemain utama seperti Sterling kerana penydah beliau tumpul. Dia punyai dua peluang untuk buat gol tapi sepakan beliau lemah dan tak pandai nak tipu langsung bila 1 lawan 1 dengan goli.
Apa yang kita dapat ambil iktibar dari perlawanan ini ialah Liverpool tak mampu nak gunakan pemain remaja yang sedia ada kerana mereka masih jauh dari mampu nak bersaing dengan pemain utama. Mungkin Ibe dan Suso dah kita kenal lama, tetapi pemain lain perlu lebih menonjol lagi sebab masa inilah mereka boleh tunjuk bakat untuk slot utama nanti.
No comments:
Post a Comment