Maaf kesibukan membataskan abam untuk menulis secoret cerita tentang Liverpool minggu lepas. Apatah lagi langsung tak kesempatan nak tengok perlawanan sehinggalah pagi ini. Segala keputusan yang berlaku minggu lalu dengan Crystal Palace nampaknya sudah dijangka dan peminat dah pasrah yang pasukan kita sedang retak menunggu belah. Saya tak berkata begitu hari ini tetapi sejak berbulan lalu apabila Brendan buat keputusan pelik dan meletakkan pasukan dalam keadaan yang amat teruk. Pemilihan pasukan cakap saja diatas merit, tetapi ada beberapa pemain yang memang main teruk masih kekal, malah menjadi liabiliti pasukan. Saya tak mahu namakan siapa, ramai tahu siapa mereka itu.
Perlawanan dengan Ludogorets dah berakhir dengan sedikit kecewa. Sedikitlah sebab tak kalah, kalau kalah memang tak tahu apa nak cakap dah. Bila cakap benda positif, ianya hanya kerana pemain kita dah reti nak jaringkan gol. Tambahan pula Lambert dah buktikan beliau bukan sekadar pemain picisan dibeli atas sebab nilai sentimental dan juga cuma sekadar pemanas bangku simpanan. Lambert memang pemain yang tersangat mudah dibaca, namun begitu dia ada juga tunjuk dia adalah penyerang yang mahir. Cuma kalau diberi seorang rakan serangan yang pantas dibelakang beliau, saya ingat Lambert bukan sahaja dapat buat lebih banyak gol malah dia dapat berikan peluang untuk penyerang lain, kerana kebolehan mengawal bola dalam asakan lawan.
Tengok Sterling main dengan baik saya kagum. Cuma dia bukan lagi berkoloborasi dengan pemain yang punyai tempo dan kelincahan macam SAS. Banyak kali saya tengok Sterling macam susah nak berinterkasi dengan Lambert dan Gerrard. Bila 2 pemain lembab nak bergandingan dengan pemain lincah, macam tersangkut-sangkut. Nasib baiklah Sterling pandai gunakan kelebihan dengan banyak
bagi lawan buat kesalahan kepada dia. Itu semua ajaran Abam Suarez jangan tak tahu. Taktik camtu nampak macam mengada-ngada, namun dari segi nak elak lutut koyak atau kaki barai memang ianya tren pemain Latin Amerika. Apa pun Sterling dapat juga menjadi pembekal gol kepada Henderson. Kita harap banyak lagi gerakan sebegitu dapat Sterling buat jangan goreng banyak sangat.
Yang negatif memang banyak. Nak senarai semua, boleh pergi 20 perenggan. Lagipun nak tulis banyak nanti ramai peminat yang terlalu taksub bakal terasa. Saya sebenarnya hairan dengan kesebelasan yang diturunkan. Nampak macam tak berapa nak cun. Nak main Gerrard sebagai pemain tanpa posisi yang membatu serangan memang bagus tetapi dibelakang beliau tiada pemain kreatif. Henderson dan Allen walaupun agak agresif tetapi pergerakan kaku. Lucas tak apalah dia memang bertugas membantu pertahanan. Formasi yang saya tengok macam rojak campur tak seimbang dengan keseluruhan pemain yang kita ada. Patutnya Emre dan Coutinho kena ada dalam kesebelasan.
Sebelum ini cakap Mignolet tak salah. Pertahanan tak lindungi dia. Tapi gol pertama Ludogotrets bukan sebab pemain kita tak hadang percubaan lawan dari kotak. Bola yang tepat macam tu boleh kantoi sampaikan lawan ambil kesempatan untuk buat gol. Memang betul cakap Bruce Grobeleaar goli lejen kita. Mignolet adalah satu sebab kita takkan kemana-mana musim ini, malah musim lepas juga Mignolet dari menjadi hero awal musim terus tenggelam pada akhir musim. Jika ada penjaga gol yang berpengalaman macam Cech ataupun Bergovic kelab mereka nak jual, jangan buang masa lagi, sebab mereka lebih nampak ada kebolehan untuk menyatu-padukan pemain pertahanan yang kurang sefahaman.
Sebenarnya gol penyamaan Ludogorets boleh dielakkan dengan pertukaran pemain. Memang betol pemain kita dah kurang angin dan nak kekalkan pendahuluan. Tetapi kenapa kekalkan Gerrard dan Lambert dan tidak tukar seawal 15 minit terakhir samada Can, Lallana atau Coutinho yang boleh main laju untuk tekan pemain lawan yang cuba nak buat serangan kamikaze. Bab kantoi gol sepakan bebas memang lumrah musim ini. tak silap nak dekat 1/3 bolos. Itupun jangan, masih tak perlukan jurulatih pertahanan. Kadang-kala banyak sebab contohnya kehampasan pemain, namun taktik yang terlalu mnyerang juga saya nampak jadi sebab utama musim ini.
Dalam perihal untuk layak dari peringkat kumpulan. Selain Real Madrid, semua ada peluang yang cerah. Dua minggu lagi di Anfield, kita akan menerima kunjungan FC Basel. Ketika itu barulah kemuncak dan kita boleh tengok samada Brendan boleh bangkitkan pasukan yang tidir dan juga penentuan masa depan beliau yang memang dihujung tanduk. Saya masih dipihak atas pagar. Tapi lebih berat kepada untuk kekalkan Brendan. Cuma kesabaran peminat tak sama dengan kesabaran Tokey kelab. Apa-apa boleh terjadi semuanya bergantung kepada prestasi kejuaraan ini juga. Dengar cerita calon-calon pengganti hebat-hebat belaka.