Kekalahan dan persembahan buruk pada perlawanan ini segalanya berpunca dari Brendan Rodgers, bukannya kepintaran Alan Pardew. Nampak sangat Brendan dah lupa pada kesengsaraan nak tewaskan Swansea, dengan kembali kepada kesilapan lampau. Masa lawan Swansea Liverpool dah nampak ada stail nak menang percubaan banyak juga, tapi lawan Newcastle boleh kira berapa kali percubaan tepat yang menguji Krul. Malah dengan kembalinya pemain utama bukkannya nak nampak lagi segar, lagi banyak masalah dari kesebelasan yang turun lawan Swansea.
Ada banyak persoalan mengenai cara Brendan mengurus pasukan kita musim ini berbanding musim lepas. Saya malas nak ulang kehebatan musim lepas kerana SAS telah banyak tutup lubang yang bocor musim lepas. Segala yang dirancang tak menjadi untuk meletakkan Balotelli dan Sturridge bersama kerana kecederaan Sturridge. Kalau dengan mereka berdua Liverpool mengganas membelasah Spurs 3-0. Kualiti yang ada pada Sturridge tak boleh digantikan dengan pemain lain yang telah dicuba oleh Brendan. Jadi pada pandangan saya 4-3-3 boleh simpan sehingga Sturridge pulih.
Heran juga dah sebelum ini dengan Hull taktik 4-2-3-1 dah tak boleh pakai, tukar kepada 4-4-2 masa lawan Swansea dah Ok, tiba-tiba main balik 4-2-3-1 dengan Balotelli sorang- sorang kat atas. Berapa Kali nak habaq Balotelli takkan boleh main tanpa rakan penyerang disebelahnya. Lagipun bila Bek Newcastle dah rantai Balotelli tak ada pemain yang ambil peluang masuk keposisi serangan. Ada sekali tu Coutinho melakukan tandukan tapi dah curi ayam. Sepatutnya arahkan Sterling main lebih rapat dengan Balotelli. Ini tak dia melilau disebelah sayap dan hanya buat hantaran kembali ketengah atau belakang sebab Balotelli dikawal ramai bek Newcastle.
Saya sedih tengok trio pemain tengah, Gerrard, Hendo Dan Allen. Tak langsung menggerunkan lawan dek kerana terlalu lembab Dan juga kaku bila pemain tengah Newcastle bawa bola siap boleh sampai kawasan depan kotak D. Yang mereka tahu buat asakan bahaya untuk bagi sepakan percuma . Nasib baik Newcastle takda pakar sepakan percuma. Antara mereka Allen yang nampak paling teruk sampaikan berapa Kali bola kantoi yang membahayakan kubu. Gerrad macam biasa tak banyak membantu pertahanan dan bila menyerang hantaran jauh banyak sangat sampai pertahanan Newcastle boleh agak sasaran beliau. Hendo OK sedikit, namun dia tak banyak tolong Coutinho, dia dah jadi Superman kejar pemain lawan untuk kaver Gerrard dan Allen.
Kenapa Johnson bukannya Manquillo dikanan. Soalan ini buat saya sedikit bengong. Manquillo memang tak berapa nak meyerang, tetapi dari segi bertahan menang dia lebih agresif dan akan buat pemain lawan tak berani nak masuk dan mengeglecek melampau-lampau. Sepanjang perlawanan disebelah Glenjo dijadikan lubuk untuk buat serangan. Stabiliti pertahanan banyak teruji bukan sahaja kesilapan individual tetapi lebih kepada kejayaan bersama 4 sekawan yang memberikan gol tunggal perlawanan.
Bila pemain sayap Newcastle, Sissoko menyerang, Glenjo gostan sampai nak keluar padang. Hendo tak bersungguh nak pintas bola hantaran Dummet kembli kepada Sissoko. Gerrard patut rampas bola dikaki Sissoko tetapi hanya acah-acah. Lovren plak masuk terus, membiarkan Moreno yang buat pandai nak hendtikan bola, namun tindakan kurang cerdik diambil peluang Ayoze untuk jolok bola melewati Mignolet yang memang tak boleh harap nak cuba tepis.
Liverpool mendominasi perlawanan tapi tetap tewas. Lebih kurang 60 peratus kawalan bola kita boleh bangga, namun hanya cipta 5-6 peluang sahaja. Kalau nak kira hantaran, beratus-ratus kali hantaran, tetapi yang pergi sekadar ketepi ketengah dan balik kebelakang. Cuma Coutinho yang cuba nak main dengan Balotelli, tetapi bila dah Balotelli seorang diposisi serangan, dah tu pula kena hurung macam langau hurung bangkai, maka segala statistik yang nampak hebat berbanding Newcastle tak berguna langsung.
Liverpool taklah dalam keadaan panik mana sebab masih ada Januari untuk perbaiki masalah ini dengan perpindahan. Tapi sebelum itu takkan nak cicir mata sementara tunggu Januari. Brendan perlu cari jalan nak rungkaikan masalah yang beliau sendiri cipta. Saya tak risaukan tohmahan peminat yang tak puashati. Tapi dengan pelaburan yang tinggi awal musim, takut-takut John Henry dah hilang sabar, gelap masadepan.

Liverpool musim lepas main dengan corak yg pantas dan ia menjadi, musim ini nampak liverpool terlalu control bola dan penyudah nya terlalu tumpul
ReplyDeleteSekarang siapa lg besar? Brendan Rodgers @ Luis Suarez? Nmpk sgt bru skrg brendan sgt mgesali pjualan suarez... Wk2 nk jual 2... Siap brni ckp g xde y lbh besar dr liverpool... Mmg benar... Tp mlihat situasi skrg plak... Liverpool terlalu lemah tnpa Suarez... Sma2 kta renungkn...
ReplyDeleteDah tertinggal 12 mata pon x cukup panik lg ke..
ReplyDeleteEmm
bang..br n co mcm trkena kejutan budaya main 2 or 3 game dlm sminggu..br msh mentah utk smua ini..kne bg pluang srta support sbb nk blend team yg hilang star mmg ambik masa..suarez bli pun xtrus jd star..someone hrus step up utk guide liv kat pdg..not sg8 yg out of position n slow..maaf ckp tp its the truth..ynwa..
ReplyDeletepengurus ada EGO...pengurus bukan sahaja menguruskan player tapi juga menguruskan egonya...berapa ramai pengurus yang gagal bukan kerana tidak bagus atau bijak tapi kerana terlalu ego
ReplyDeleteBorini dan Balotelli nampak berkesan diturunkan bersama...kita semua boleh nampak tapi pengurus yang EGO susah nak nampak...
sy tgk formation ada allen tu mmg suatu pmbaziran..allen tu xyah masuk aritu ganti dgn borini..supaya partner dgn balo..tgk allen bila ilang bola dia kelam kabut trus tackle kat kwsan bahaya..pastu kluar coutinho masuk lamber..nk watpe smpai 3 org (borini balo lambert) striker kat atas?patutnya kluar coutinho tu masukkn lallana lg bagus..mngapalah BR xpenah blajar dr kesilapan?main dgn swansea dh nmpak better dr main mcm lwn newcastle..
Deleteentahlah...kdg2 kita sebagai fan ni lebih nampak berbanding BR yg balotelli x menjadi sebagai single striker...kenapelah BR x nampak lagi situasi si balo ni????
ReplyDeleteEGO tu jer...
ReplyDeleteAku xtau la nak kate ape. . Rase menyampah pulak tgk BR.. Cube la terima hakikat, balo xle main sorg.
ReplyDelete