Jika dulu-dulu tonton Liga Juara-Juara, meremang bulu tengkok. Walaupun pasukan kita main taktik tak sempoi bertiki-taka, namun keputusan memang gempak. Zaman dah berubah, kenangan lama dah jadi memori indah sahaja. Rafa Benitez tak macam Brendan yang patut bersyukur dapat majikan yang berhati perut, tak macam zaman Rafa majikan memang hati busuk, nak buat duit tapi bila nak melabur macam-macam alasan bagi, sampai nak beli pemain bagus macam Villa, Alves dan juga Silva pun punya berkira. Tapi Brendan bila dapat duit pergi beli pemain untuk masa depan, habis yang masa sekarang takkan nak tengok kuda tua juga terhegeh-hegeh nak bawa pasukan sentiasa kehadapan.
Saya tak pertikai polisi beli pemain muda yang mahal, meletup berbaloi tapi melingkup masih ada harga. Mungkin mereka anggap macam beli kereta Audi atau BMW, rasa tak sedap harga seken pun tak rugi banyak. Saya lebih suka cara pembelian Mourinho, beli pemain tak kira usia, janji boleh perbaiki sistem yang ada mahal murah lain cerita. Hanya beli Fabregas dan Costa, selesai masalah musim lepas. Tapi Brendan meniru gaya Villas Boas, jual pemain terbaik beli sedozen pemain yang dikategorikan ada potensi bukannya yang sudah mantap. Saya terpaksa ulang-ulang benda ini sebab ianya ada kena mengena dengan kemasukan ke Liga Juara-juara, yang kononya Brendan fikir kena beli pemain ramai untuk kaver waktu kecemasan sebab banyak perlawanan nak hadap.
Saya anggap perlawanan dengan Real Madrid sebagai bagi cukup kalendar perlawanan. Buatlah kejutan dengan pemain simpanan, sebab selepas ini nak hadap Chelsea. Itu perlawanan yang lebih penting dari lawan Real yang perlukan keringat, mental dan nasib melebihi 100 persen. Kalau terlalu fokus dengan benda yang macam tak ada harapan, takut yang dikejar tak dapat yang digendong tercicir. Kita masih ada harapan lepas ini dengan Basel dan Ludogerets jangan bimbang peluang masih ada. Saya harap biarlah kita kekalkan imej bukan pilihan dan main secara serang-balas kerana itu lebih sesuai dengan pemain yang kita ada buat masa ini. Tak ada masalah nak rendah diri dengan Real Madrid kerana bola itu bulat, zaman Houllier yang main negatif pun boleh tibai pasukan kuat-kuat, janji kena perbaiki pertahanan dulu barulah fikir nak buru gol lawan Real Madrid.
Akhir kalam, saya rasa gembira bila rakan-rakan peminat banyak mengkomen dalam blog ini. Rupanya blog ini meriah jika pasukan kita dalam keadaan huru-hara. Ia tak ya juga bila keputusan yang baik siapa nak peduli apa yang Brendan buat. Kita bukan peminat statik dan plastik macam peminat biru, setan atau tadika. Prestasi pasukan naik atau turun, tahap sensitif kita sentiasa kekal ikut perkembangan semasa. Teruskan mengkomen dan berikan pendapat ada secara kritis sebab blog ini mengalu-alukan perbezaan pendapat tanpa rasa prejudis. YNWA
Harap pg ni BR letak BaS utk serangan...
ReplyDeleteTheReds 2-3 Ringgit Madrid
-shah_2134-
dah agak dah kalah tp jgn la kalah lebih dari 4 gol
ReplyDeleteHrp BR pair kan balo dgn borini.
ReplyDeletebagus bagus...sekurang kurangnya blog ni tak kata orang lalang macam banyak page facebook liverpool, asal kritik skit kata lalang ...
ReplyDeleteLovren.pada aku sangat teruk!! Balo kalau teruk pon ada lah maaf lagi...ini teruk mengundah padah 2 kali lima ngan Johnson.. macam lagi konfiden bagi taore main hu!
dah lama aku follow blog ni... best baca... blog Rabun Merah ja yg dah slow banyak,,
ReplyDeleteMengikut firasat saya Liverpool akan buat kejutan pagi esok...Menang 2 - 0
ReplyDeletemidfield x kreatif, malu nk sumbat gol..nak cari satu gol pun terkial-kial. bonus kalo dapat seri.
ReplyDeleteAku memang x sutuju beli balotelli dari dlu sebab aku lebih suka kat falcao..
ReplyDeleteTapi br beli balotelli gak..ape boleh buat..
Harapnya balo main ngan borini malam nie.jangan nak ikut ego dia je.
klu yg turun mcm lawan newcastle hari tu..nmpaknya ronaldo mgkin dapat buat koleksi gol terbnyak sepanjang zaman.
ReplyDeleteKolo toure pun boleh thn main pg td..
ReplyDelete