Bila bertembung dengan Aston Villa satu perkara pelik yang kerap berlaku sejak dua menjak ini. Masing-masing garang ditempat lawan. Haritu Villa dengan selamba menang di Anfield, tapi semalam giliran Liverpool tibai mereka di Villa Nabilla. Semua itu bukan kebetulan tetapi adalah faktor tekanan dan juga terlebih konfiden. Malah mungkin ada kaitan dengan sikap Brendan yang lebih peka kepada kritikan dengan membuat keputusan tepat tanpa terbawa-bawa dengan keegoa lampau.
Kalau dengar Abbas Saad dan Paul Parker punya tekaan masing-masing tak bagi peluang kat kita. Abbas hanya bagi seri 1-1 dan Parker punya kebiasan Menyunya cakap kita bakal tewas 2-1 ditangan Villa. Mungkin ada betul cakap Abbas, mereka menilai sama macam kita melalui depan kaca TV, tetapi Brendan dan pemain boleh buat kejutan dengan beberapa benda yang sangat aneh berlaku masa perlawanan itu.
Perkara aneh macamana itu. Jangan hairan, benda aneh ialah bagaimana kaki Fabio Borini dah boleh kenal jaring gol lawan. Nak puji dia banyak sangat pun tak boleh juga sebab dari dekat 5 peluang untuk gol atau peluang untuk hantar gol kepada rakan yang terbuka, itu sahaja yang dia mampu buat. Kalau nak Liverpool main dipertengahan liga, pemain macam ini mungkin dah kira hebat. Tapi jika nak celen kejuaraan Liga ataupun grup Liga Juara-Juara, permainan Borini tak boleh setakat itu sahaja. Dia kena lebih ganas dan cerdik dalam situasi meyerang.
Begitu juga Lambert. Kita tahu dia boleh jadi pemain impak dan sekali lagi kita tengok mengapa pemain yang tak berapa gelemer ini membuatkan Balotelli tak ada langsung dalam senarai pemain simpanan. Jadi kalau Brendan masih mahu kekalkan Balotelli bila ada pasukan lain nak beli atau pinjam keluar Balotelli itu lagilah misteri yang kita tak padat rungkai. Kita boleh tahu niat Brendan yang cuba nak tunjuk eksyen kat Mancini dan Mourinho yang dia mampu latih Balotelli jadi hebat. Namun kita harap niat itu dilupakan sahaja sebab ianya bakal makan diri.
Tiada Gerrard tiada masalah. Kapten Hendo dah ambil alih tugas Kapten dengan bagus walaupun bukan boleh dikatakan cemerlang lagi. Hantaran beliau kemas dan gol pembukaan Borini adalah hasil hantaran cantik mencari ruang mudah untuk Borini menjolok kaki untuk memasukkan bola ke dalam gawang. Kita tengok Hendo bukan sahaja rajin kesana-kemari mengahmbat lawan. Mulut beliau kepoh mengarahkan rakan-rakan buat itu-buat ini. Inilah kapten yang dikatakan bukan sahaja beri contoh untuk rakan dengan pulun gila-gila tetapi boleh bagi arahan yang membuatkan rakan-rakan lebih waspada.
Nak ulas semua pemain boleh sampai 20 perenggan. tapi apa yang kita tengok unit pertahanan dah kemas dan sekali lagi tiada kebolosan berlaku. Mignolet makin cemerlang akibat kemantapan Can, Skrtel dan Sakho yang berhempas pulas mematahkan serangan Villa samada dari udara atau pertembungan fizikal untuk menenggelamkan Benteke yang cukup bahaya jika dibiarkan tanpa dikawal ketat. Moreno dan Markovic amat cemerlang, namun dari segi disiplin pertahanan Markovic jelas kian mampu bermain diposisi yang baru bagi beliau.
Akhir kalam, prestasi Liverpool dah makin cemerlang. Liverpool adalah pasukan yang paling unggul dalam 6 perlawanan terdahulu. Tiada lagi krisis yang diwar-warkan sebelum ini. Kalau adapun itu adalah sekadar badai kecil yang menghentam bahtera pasukan dan ianya dah berlalu dengan membawa sedikit pengajaran bagaimana nak kemudi pasukan bila situasi cemas berlaku. Saya tak nak cakap Brendan dah kembali kepada Brendan yang musim lepas. Cukuplah jika Brendan sekarang dapat kekalkan momentum kecemerlangan sekarang dan tidak lagi membuat khilaf berulang-ulang dengan bagi pemain yang tak boleh masuk dalam sistem main disebabkan faktor nak kaver kesilapan pembelian.
Liverpool dah kembali ke pangkal jalan
ReplyDelete