Kalau kita ditempat peminat Chelsea, patut berterima kasih kepada pemain ke-12 mereka yakni Rowan Atkinson. Keputusan penalti kepada Chelsea masih 50-50. Tetapi kalau pemain kita yang kena balun atau bola kena tangan, pengadil buat-buat tak nampak. Keji betul sampai kita tengok statistik yang Chelsea hanya buat percubaan tepat hanya sekali, itupun penalti dari Hazard. Nampak sangat betapa lekehnya pasukan yang kononya bakal Juara Liga, tapi main macam pondan harap bantuan pengadil saja.
Sudah-sudahlah Mourinho. Akal nak main serang-hendap tak menjadi. Gerrard dah tak main kat tengah lagi dan Lucas nkorang jangan buat memain, dia punya kasut but dah letak stut anti gelinciran. Bercakap pasal Gerrard, cara Brendan mengurus lejen kita itu dengan merehatkan dalam perlawanan terdahulu dan masukkan dalam perlawanan penting amat tepat. Malah dengan mengeluarkan beliau dan memasukkan Lallana dipenghujung perlawanan adalah taktik berkesan.
Cuak juga bila main 3 bek bila lawan pasukan yang lebih bahaya serangan. Namun kecuakan sekadar sebelum sepak mula. Lepas main saya lebih risaukan penyerang dari bek dan goli,sebabnya Chelsea dimadulkan dengan pertahanan yang lebih agresif dan ganas. Kebetulan juga sepanjang ketiadaan Glenjo dan Lovren dalam kesebelasan utama prestasi Liverpool mencanak-canak. Harus diingatkan kepada Brendan jangan nak memandai bagi Lovren main jika tiada krisis kecederaan.
Raheem Sterling menjadi penyelamat denagn jaringkan gol penyamaan. Saya harap adik Raheem kena berlatih tubi teknik untuk penyudah sebab dia banyak sia-siakan peluang, yang saya anggap memerlukan Sterling lebih tenang dan cermat untuk memperdayakan Courtouis. Mungkin Brendan tak mahu letakkan Borini atau Lambert sebab dia lebih yakin dengan Sterling yang lebih lincah dan boleh gunakan kepantasan untuk potong bek Chelsea.
Kebangkitan Liverpool bukan omongan tapi kenyataan. Sepanjang 15 perlawanan pasukan kita hanya tewas sekali. Walaupun masih jauh untuk nak main bongkak cam musim lepas, namun dengan hantaran dan gerakan kreatif, dah tak jauh dah tu. Kita masih tiada penyerang yang boleh buat kerja kosong yang ditinggalkan SAS. Sturridge mungkin kembali tak lama lagi, dan nasib kita bakal berubah. Malah kalau camni punya main kat Stamford Bridge dan ada Sturridge plak kot atas, ada peluang nak main di Wembley tahun ni.
ai laik!
ReplyDelete