Liverpool nampaknya lebih fokus untuk perlawanan dengan Man City ahad ini dengan merehatkan beberapa pemain utama macam Coutinho, Henderson dan Sakho. Apa yang menarik rombong Cik Kiah ke Istanbul turut disertai oleh barisan pemain remaja yang kita jarang dengar seperti Fulton, Williams, Brannagan, Lussey dan Sinclair. Harap beberapa peamin muda ini diberi peluang sebagai mana Rossiter sebelum ini. Walaupun taktik Brendan membiarkan pasukan yang turun tanpa tonggak utama saya rasa pasukan kita taklah cikai sangat jika beginilah bakal diturunkan. Denan modal kemenangan di Anfield setakat seri di Istanbul dah kira OK untuk layak kepusingan seterusnya.
Feb 26, 2015
PIALA EUROPA:BESIKTAS LAWAN LIVERPOOL
Liverpool nampaknya lebih fokus untuk perlawanan dengan Man City ahad ini dengan merehatkan beberapa pemain utama macam Coutinho, Henderson dan Sakho. Apa yang menarik rombong Cik Kiah ke Istanbul turut disertai oleh barisan pemain remaja yang kita jarang dengar seperti Fulton, Williams, Brannagan, Lussey dan Sinclair. Harap beberapa peamin muda ini diberi peluang sebagai mana Rossiter sebelum ini. Walaupun taktik Brendan membiarkan pasukan yang turun tanpa tonggak utama saya rasa pasukan kita taklah cikai sangat jika beginilah bakal diturunkan. Denan modal kemenangan di Anfield setakat seri di Istanbul dah kira OK untuk layak kepusingan seterusnya.
Feb 23, 2015
LIVERPOOL 2-O SOUTHAMPTON
Feb 22, 2015
LIVERPOOL LAWAN SOUTHAMPTON
Pertarungan 5 penjuru bagi merebut slot Liga Juara-juara amat sengit musim ini. Macam tengok aksi MotoGP pula. Chelsea umpama Marc Marquez, jauh tinggal pencabar yang lain. Man City lebih kurang Valentino Rossi dibawah jauh dari Marquez tapi tak jauh dari grup Lorenzo, Pedrossa dan adik-beradik Espargaro yang potong-memotong satu sama lain hingga kegarisan penamat. Saja nak buat perbandingan sebab saya juga peminat sukan MotoGP. Dalam kesemua pasukan, Southampton adalah kejutan baru musim ini. Kalau tak sebelum ini Everton yang selalu menyibuk.
Southampton atau lebih senang sebut Soton pasukan yang makin mencabar kedudukan pasukan atasan. Kebangkitan mereka diterajui oleh Neil Ardkin. Dia yang bawa Soton dari Liga Bahagian Satu, naik ke Liga Kejuaraan dan kembali ke Liga Perdana. Ardkin dipecat diganti Pochettino dan Soton berjaya ketangga ke-8 musim lepas. Kita tengok betapa mencanak mereka naik. Hasil kerja keras Southampton sekarang makin ranggi dengan pengurus yang lebih mantap, Ronald Koeman. Koeman memang pengurus yang sistematik tetapi beliau nampak lebih fleksibel dalam tatktikal.
Walaupun ketika beliau jadi pengurus, Lallana, Lambert, Lovren, Shaw dan Chambers dijual, ramai rasa Soton bakal goyang. Sebab apa beliau hanya beli Tadic, Pelle, Mane, Gardos, dan Bertrand, dari hasil jualan yang mencecah 100 juta. Yang lebih tokey kelab tibai masuk poket. Namun begitu Soton berjaya sebab mereka masih kekalkan sistem yang sama dengan taktik tak banyak berubah walaupun separuh pemain utama dah blah. Rahsianya juga ialah berjaya kekalkan enjin penggerak utama gandingan Schneiderlin dan Wanyama. Kalau nak tengok Soton lingkup, musim depan kalau dua ekor ni pula kena sailang dengan kelab luar, Soton kena cari pengganti yang setara mereka untuk terus nampak gah.
Persediaan pasukan kita untuk ke St Mary tak terkudis dek insiden berebut penalti. Perkara kecik camtu dah reda bila semua pemain dah setel termasuk Kapten Gerrard yang terlanjur mengutuk Balotelli secara langsung dalam TV. Brendan tak marah secara terus tetapi dia sindir Balotelli dengan bahasa kiasan bahawa Balotelli sedikit malas. Macam seorang bapak, bila ada isu kecil,dia buat-buat nak pukul tapi sekadar pukul dinding, supaya anak yang lain tak nampak berat sebelah. Kalau nak kondem Balotelli sebab kes itu tak berbaloi kecuali kes pergaduhan atau yang lebih berat.
Perlawanan nanti saya rasa Sterling dah boleh main dan Coutinho yang keletihan mungkin direhatkan. Lallana bagi saya kena bagi peluang sebab dia nak tunjukkan bahwa dia keluar dari Soton untuk berjaya bukan kejar duit saja. Namun bagi Lambert dan Lovren mereka boleh rehat dulu dibangku simpanan kerana prestasi mereka tak seberapa setelah diberikan peluang sebelum ini. Lovren mungkin sedikit tekanan sebab tag hargs yang mahal, tapi beliau kena sedar jika bekerja keras tak mustahil 1 dari 3 posisi bek tengah boleh kembali dirampas.
Keputusan dengan Soton nanti boleh dikatakan perlawanan tersangat penting untuk kita. Jika menang, kita akan hanya berada satu mata dibelakang Soton, dua dibelakang Setan Merah yang bungkus ditangan Swansea serta 3 mata dibelakang Arsengal. Itu kalau menang, tetapi kalau bungkus, ini bermakna gelap masa depan dan kita kena harap pasukan kat atas kena kalah banyak sikit selepas itu. Dan untuk mengubat duka kena dapatkan Piala Europa sebagai pintu belakang untuk ke-Slot Liga Juara-Juara musim depan.
Feb 20, 2015
PIALA EUROPA : LIVERPOOL 1-0 BESIKTAS
Feb 18, 2015
PIALA EUROPA : LIVERPOOL LAWAN BESIKTAS
Semua peminat mahu Liverpool memang dan menang dan kalau boleh menang apa saja pertandingan yang dapat masuk. Haritu paling hampir final Piala Liga, namun kandas ditangan pasukan kelab dreba bas, Chelsea FC. Piala FA diteruskan dengan mara kesuku akhir itupun tipis saja tibai Crystal Palace dan kena jumpa pasukan Blackburn Rovers. Dan kali ini Piala Europa masih jauh lagi perjalanan baru pusingan 32 dan bertemu Besiktas yang sekarang pendahulu Liga Turki.
Yang mana lebih penting, memburu posisi ke-4 atau menang Piala Europa. Kedua-duanya menlayakkan kekejohanan Liga Juara-Juara jika dapat salah satunya. Dilemanya ialah pasukan kita tak punyai skuad yang besar untuk buat penggiliran pemain. Nak letak pemain muda, saya rasa Brendan bukan jenis suka ambil risiko sebab hanya pemain yang beliau puashati macam Ibe sahaja diberi peluang, itupun setelah beraksi cemerlang dengan Derby.Yang lain macam Rossiter masuk balik dalam skuad bawah 21 setelah diberi peluang sebelum ini.
Pertembungan dengan Besiktas saya anggap taklah mencabar sangat jika pasukan kita main dengan pasukan utama. Tapi jika Brendan rehatkan ramai pemain utama, saya anggap Brendan tak anggap Piala ini sebagai idaman. Perlawanan dengan Besiktas ini bakal berlangsung besok pagi dan selang seminngu lepas itu. Ianya pula berlangsung seli dengan 2 perlawanan penting Liga Inggeris iatu dengan Southampton dan Man City.
Kita pun tak tahu apa yang Brendan bakal sediakan nanti, jika dia pilih jalan mudah abaikan dan fokus kepada Liga sahaja, tapi kalau betul dia memang anak buah sejati Mourinho, kita boleh tengok mesti pulun habis untuk dapatkan Piala ini. Tapi risiko kepenatan dan cedera kena ambil pusing sebab kita dah ada beberapa pemain yang cedera seprti Sterling, Gerrard dan Lucas, tambahan pula Sturridge baru pulih dan masih belum boleh main secara terus-menerus.
Feb 15, 2015
PIALA FA: LIVERPOOL 2-1 CRYSTAL PALACE
Crystal Palace tetap lawan yang mencabar, walaupun pasukan kita berjaya mengatasi mereka dan seterusnya layak ke Suku Akhir Piala FA. Cuma bezanya kali ini pasukan kita tak banyak buat silap. Kesilapan gol awal Palace adalah kurang mesyuarah antara kontijen pertahanan. Skrtel cuba menanduk bola keluar tapi kantoi kebelakang dan cuba ditanduk oleh Gayle. Namun Mignolet pantas menumbuk bola dengan sekadar mungkin, malangnya tertuju ke arah Campbell yang patutnya di kawal oleh Emre Can, dan Campbell melakukan penyudah mantap menewaskan Mignolet yang hanya mampu melihat rembatan padu dari bekas pemain Setan Merah menerjah jaring.
Keterujaan sejak awal perlawanan dah jadi tersentot dan lidah terkelu serta hati dah tak keruan lagi. Macamana boleh potong stim yang teramat sangat, bila pasukan kita sampai satu ketika punyalah bolot pegang bola sampai 75 persen. Ini bermakna bola sepak bukan sekadar kena ada perancangan taktikal hebat. Pasukan yang main cikai tapi efektif macam Palace, bijak gunakan peluang dan cari kelemahan lawan yang main hensom macam Liverpool. Inilah kita tak gemar dengan Chelsea yang menjadi ikutan tak baik dalam seni bolasepak Inggeris. Orang pergi nak tengok kemahiran dan seni main bola tapi dah main macam susun bas kat Hentian Pudu-Raya. Palace bijak menggunakan Penjagaan Zon dalam taktikal bertahan mereka, membuatkan Sturridge mati kutu kat atas.
Saya ada tweet yang harap Brendan wajib tukar taktik dan masukkan seorang lagi penyerang yakni Balotelli untuk separuh masa kedua. Ini kerana hentian bas Palace bukan sahaja sukar ditembusi kerana tak kebal manapun, cuma bila dah tak ramai yang cuba masuk menyerang ke dalam kotak, maka senang bagi Palace untuk memaksa pemain Liverpool sekadar main hantaran sesama sendiri diluar kotak. Kalau ada pun percubaan dari luar kotak, ianya sekadar macam makan kuaci bagi Speroni yang hensom berkumis dan jambang. Saya juga sarankan yang patutnya Allen kena keluar sebab membazir kapasiti, namun akur yang Allen memang ohsem dan dia pawer betoi sampai dengar kabar pencari bakat dari Barcelona ada di Selhurts Park dok perati saja Welsh Xavi itu.
Markovic digantikan dengan Balotelli. Pertukaran yang tepat dan penuh wawasan. Balotelli tak perlu berbuat apa-apa untuk bantu Liverpool bangkit untuk gol penyamaan. Cuma aura beliu mengakibatkan pertahanan Palace yang pada separuh masa pertama sedikit rileks, kini merasa sedikit terancam sebab Mario nampak bukan lagi Mario yang awal musim. Gerakan Allen dari tengah mencari Kapten Hendo. Kualiti hantaran Hendo boleh dikatakan menyamai Gerrard dan mencari Sturridge yang berjaya meloloskan dari dari bekas pemain Liverpool, Martin Kelly. Dengan sepakan padu tepat kecelahan kangkang, Speroni tak berani ambil risiko pecah telur dan mengakibatkan peminat Palace terdiam dan gamat stadium dengan sorakan pelawat. Paling tak tahan sempat lagi Moreno buat tarian Shuffle bersama Sturridge
Balotelli kali ini betul-betul terbabit dengan gol Liverpool hasil dari sepakan percuma belia yang disudahkan Lallana. Gerakan gol itu bermula bila cuba main satu dua dengan Lallana, tapi dibentes keras oleh bek Palace. Mula-mula macam Kapten Hendo nak ambil, tapi tengok Balotelli beria-ria nak sepak, takut merajuk maka Hendo bagi can kat Balotelli. Sepakan percuma dimabil dengan sepakan leret kencang yang tak mampu ditampan Speroni, muntah keluar dan Lallana yang meluru pantas menyudahkan dengan tenang. Pada ketika inilah Balotelli nampak tersenyum lebar dan kian ceria.
Prestasi terkini tak boleh tidak mengambarkan bahawa Liverpool sedang berada dilandasan yang tepat. Kesemua maslahat awal musim dah kian terlerai. Paling kita patut tabik ialah Mignolet yang bagi majoriti peminat pilih jadi pemain terbaik perlawanan. Sesiapa yang tak setuju mungkin ada pendapat lain samada memilih Sakho atau pemain lain. Kesemua ini takkan terjadi jika Brendan masih mengekalkan taktik lapuk dan mainkan pemain yang tak mencapai prestasi macam Lovren dan Glenjo dalam unit pertahan untuk membantu Mignolet. Kita harapkan kembalinya Toure dapat memberikan saingan kepada trio bek sedia ada untuk naikkan prestasi masing-masing sebab Toure dah beri amaran sejurus menjulang Piala Negara Afrika.
Hanya beberapa langkah lagi ke Wembley sebab sekarang dah masuk kepusingan Suku Akhir. Jangan tak tahu hari lahir Kapten Gerrard jatuh pada hari perlawanan Akhir Piala FA. Kita harap pemain lain pulun dan kalau boleh berikan Piala FA sebagai hadiah kepada Kapten kita yang akan berangkat ke Amerika musim depan.
Feb 14, 2015
PIALA FA : LIVERPOOL LAWAN CRYSTAL PALACE
Perlawanan dengan Spurs berakhir dengan pelbagai anekdot. Liverpool bermain baik namun begitu juga Spurs. Cuma yang memisahkan kedua-dua pasukan ialah gol sulung Balotelli yang datang dalam situasi teramat penting. Jangan anggap segala kegagalan Balotelli sepanjang musim dah dimaafkan, sebab satu gol itu. Kalau Balotelli dapat menyumbang lebih, sepanjang ketidaan Sturridge, Liverpool tak perlu nak mengekor Menyu, Arsenal, Soton dan Spurs macam sekarang. Silap-silap sekarang tengah bersaing dengan Chelsea.
Sistem sekarang sekadar menambahbaikkan pertahanan dari tidak bolos banyak macam sebelum ini. Tapi dibahagian serangan masih banyak kena usaha. Perbandingan gol dengan bolos sekadar +6. Tak macam musim lepas sekitar belas-belas tak silap. Perlawanan ini bagi saya peluang untuk ketengahkan Balotelli dan Sturridge bersama. Kita pernah lihat gandingan mereka yang nampak boleh klik ketika lawan Spurs awal musim. Sekarang ini tiba masanya untuk rehatkan pemain macam Coutinho, sebab dia nampak letih dan mainkan Lallana dibelakang penyerang utama.
Satu perkara yang saya rasa semua setuju ialah naikkan Emre diposisi tengah. Disitu dia memang cemerlang ketika lawan Spurs setelah Kapten Gerrard diambil keluar. Lagipun Crystal Palace punyai pemain tengah yang agresif dan pantas. Saya boleh agak yang Crystal Palace akan main 4-4-2, sebab itu trik lama yang berjaya mengecewakan pasukan kita sebelum ini. Saya tak pasti kenapa Pardew berpindah dari Newcastle kepada Palace, cuma kemasukan beliau ke Palace nampak ada stail Tony Pulis. Ialah kalau saya jadi Pardew, sistem dah OK, nak ubah banyak takut tak menjadi pula.
Untuk rekod, dah lama Liverpool tak memang di Selhurts Park. Mungkin kali ini ada peluang nak balas dendam dan menamatkan badi yang dah lama menghantui pasukan kita. Palace memang bakal main pulun sebab mereka juga nampak peluang makin naik kepusingan seterusnya cerah sebab banyak pasukan pilihan dah angkat bungkus. Maknanya pasukan kita kena main hati-hati sebab Palace kalau boleh nak menang ditempat sendiri dan tak mahu seri dan terpaksa adakan ulangan di Anfield,
Feb 10, 2015
LIVERPOOL LAWAN SPURS
Kerugian amat sangat bila seri dengan Everton. Kalau tak, dah boleh jarak mata jadi kurang sikit dengan pasukan kat atas. Everton memang tak boleh blah tapi Liverpool tak pandai ambil kesempatan. Walaupun dah nasib tak boleh menang tapi kesungguhan pemain memang respek habis. Sturridge nasib baik tak turun awal sebab cara Everton main memang bahaya sebab mereka cuba kacau permainan dan tumpuan pemain dengan corak agresif.
Cuma bila tengok Lucas cedera dan Allen pula yang ganti, memang nampak beza kekuatan bahagian tengah dah senang dibuli. Lawan Spurs nanti tak tahu camna nak bayangkan tanpa Lucas jika nak lawan Spurs nanti. Adakah Allen bakal jadi calon otomatik ganti Lucas ataupun Lovren masuk untuk tolak Emre ketempat Lucas. Bagi saya Spurs lagi bahaya dari Everton sebab mereka punyai pemain tengah yang kreatif tapi tak kurang agresif juga. Masa diorang kena tibai 3-0 sebelum ini, beza sangat pemain yang mereka masih kekalkan dalam kesebelasan utama terkini, sebab masa lawan Arsenal tengok lain macam sungguh cara mereka main.
Saya harap perlawanan ini Sturridge bergandingan dengan Sterling mengepalai serangan. Corak terbaik untuk bantai Spurs dengan main corak pantas. Spurs punya bek tengah memang tak laju walaupun sedikit agresif. Mereka bakal terdedah kerana bek sisi rajin naik menyerang kat atas. Cuma kalau Bantaleb main didepan 2 bek tengah Spurs, sukar juga nak tempus sebab budak ni memang sebiji macam Lucas punya stail. Harry Kane memang bahaya yang menanti bek kita jika tak diambil perhatian serius. Budak ni memang menjadi bila lawan pasukan besar. Kena awasi dan tibai dia awal sebelum dia cuba ambil sepakan dari luar kotak, sebab sepakan padu beliau adalah senjata utama Spurs untuk cari gol
Feb 7, 2015
LIVERPOOL LAWAN EVERTON
Masih terlalu awal untuk Sturridge main 90 minit. Kewaspadaan perlu bergantung kepada situasi perlawanan kali ini. Perlawanan kejiranan memang sangat sukar nak dikawal, hatta oleh pengadil yang begitu cermat. Tempo yang tinggi, sepak-terajang dan bentesan serta terjahan dah jadi asam-garam, tak boleh nak lari. Pemain yang mantap pun boleh cedera , apatah lagi pemain yang baru sembuh. Namun terpulang kepada tuan pengurus Brendan Rodgers untuk buat penilaian masa patut dan tidak.
Yang patut main tidak boleh tidak adalah Abang Long Gerrard. Ini bakal merupakan perlawanan kejiranan dengan Everton yang terakhir sebelum berhijrah ke Amerika. Penghormatan ini perlu kerana dia adalah ikon Merseyside, dan ada dari ahli keluarga beliau peminat Everton juga.Kalau tengok rekod Steven Gerrard tak pernah menghampakan dalam perlawanan besar sebegini. Kalau boleh kita mahu tengok Gerrard buat jaringan terakhir untuk perlawanan ini. Jangan tiru Zidane sudah, hantuk kepala kat orang.
Ketika ini Liverpool punyai rekod pertahanan terbaik, kebetulan dengan ketiadaan Johnson dan Lovren serta taktik 3 pemain pertahanan. Saya masih anggap taktik ini adalah secara sementara, kerana 4-3-3 adalah formasi kegemaran Brendan sejak di Swansea lagi. Sebab apa ada beberapa posisi yang beliau anggap membazir seperti kedudukan posisi Lucas Leiva. Lucas penting dalam pasukan sebab beri solidariti ketika bertahan, namun kekurangan Lucas ialah dia kurang kreatif dan tak punyai kualiti membantu serangan seperti Gerrard diposisi yang sama dulu.
Bila ditanya siapa pengganti Lucas. Jangan buat-buat tak perasan yang Emre Can bukan dibeli sebagai pemain pertahanan. Ia memang Emre boleh letak dipelbagai posisi, namun tempat Lucas sekarang adalah paling cocok. Cuma apa yang Brendan nampak ialah Emre masih kurang disiplin untuk menjadi pemain tengah bertahan buat masa sekarang, sebab baru semusim main, belum faham lagi peranan dan corak pasukan. Kalau betul Emre ditolak keposisi Lucas musim depan, boleh dikatakan memang betul Lucas sekadar anak tiri Brendan musim ini.
Lagi satunya sistem Sayap Belakang atau "Wingback " tak berapa menyengat bukan kerana taktik itu sendiri tetapi set pemain yang kita ada. Moreno memang pantas dan boleh naik sampai kawasan pertahanan lawan. Tapi kelemahan beliau yang saya tengok, dia tak boleh gelecek dan kalut sangat bila pegang bola. Bukan saya nak cakap yang kita perlu beli pemain macam Gareth Bale, tetapi kualiti pemain sebegitu cukup ngam dan cun sebagai Wingback. Markovic bidan terjun diposisi itu tetapi jika dia belum tentu akan kekal diposisi itu sebab dia dibeli sebagai pemain sayap.
Everton zaman Martinez dah tak seperti zaman Moyes. Empayer Everton naik kerana kehebatan Moyes. Sampai satu ketika Everton cuba ambil-alih kedudukan Raja Merseyside dari Liverpool. Dia punya taktik memang merimaskan, sebab corak agresif serta dahulukan bertahan dan serang-balas yang pantas. Pemilihan pemain beliau memang kena dengan taktik, walaupun banyak pemain adalah rejek dari kelab atasan. Namun yang paling nyata Everton tempat buangan pemain Menyu, masa zamna Moyes. Mungkin sebab Ferguson mengenangkan jasa Moyes menjual Shrek kepada mereka.
Pada perlawanan kejiranan nanti Everton akan jadi tuan rumah, setelah berjaya seri 2-2 dengan kita di Anfield. Jaringan nasib Jagielka menggagalkan mata penuh. Tetapi bagi saya di Goodison Park Everton bakal main lebih menyerang dan itulah yang kita mahukan. Jika mereka main macam Chelsea letak bas depan pintu gol, memang perlawanan bakal jadi lebih bosan. Sebab perlawanan kejiranan Liverpool-Everton mana boleh bagi orang bosan. Peminat mahukan aksi gol dan balun-membalun serta serangan dari kedua-dua pihak.
Feb 5, 2015
AKSI COUTINHO LAWAN BOLTON
Feb 2, 2015
LIVERPOOL 2-0 WEST HAM
Terasa sangat kehilangan Sturridge. Sampaikan 3 orang pemain tak boleh nak ganti beliau. Sememangnya sistem Liverpool yang mantap ,memerlukan pemain yang bertaraf bintang macam Sturridge. Apa yang beliau ada adalah pakej lengkap untuk main dalam taktik serangan yang memerlukan kepantasan, kelincahan, kreatif dan yang paling penting penyudah yang padu. Pembelian penyerang baru musim ini oleh Brendan boleh dikatakan gagal, sekadar bagi cukup korum. Saya ingat kalau simpan Kuyt, Bellamy atau Maxi pun mereka bertiga lagi boleh buat kerja dari Balotelli, Borini dan Lambert.
Sterling mengambil tempat penyerang utama dari awal sepak mula. Dia makin naik persembahan. Sampai satu ketika pemain West Ham terpaksa angkat geng mengepung beliau, takut terlepas. Ada satu insiden yang rasanya pengadil terlepas pandang bila pertahanan West Ham menjatuhkan Sterling dalam kotak penalti. Memang ianya jelas dalam ulang-tayang sebab Sterling dihadang dalam usaha untuk masuk menyelit kearah depan pintu gol. Kalau Eden Hazard atau Alexis Sanchez yang kena saya rasa konpem penalti tak payah nak bertekak nak minta.
Bila sebut pasal sentuhan gol dari Sterling dan Sturridge, ianya adalah dari gerakan lincah mereka. Namun jangan lupa perancang utama ialah Coutinho yang memudahkan kerja mereka dengan hantaran marbeles. Kita tengok sebelum ini bila didepan Coutinho ialah Borini, Balotelli atau Lambert. Hantaran sebegitu cantik-molek tapi bila dapat kepada mereka, tak boleh nak buat larian untuk masuk kedalam kawasan bahaya. Bagi Borini dia ada kepantasan namun kelincahan dan penyudah memang tahi. Balo dan Lambert memang tak boleh masuk dengan corak Coutinho sebab nak main tukar-tukar hantaran dan posisi macamana sebab mereka main statik dan kurang mobiliti.
Persembahan mantap tak lengkap jika pertahanan kacau-bilau. 3 pertahanan dah jadi satu sistem terbaik untuk mengurangkan kebolosan. Skrtel, Sakho dan Can masing-masing memberikan Valencia dan Carroll ruang yang sukar untuk mereka gunakan serangan udara dan corak agresif mereka. Sampaikan Mignolet dah kembali seperti Mignolet yang kita mahukan. Jujur saya cakap musim depan, sebelum Mignolet buat perangai lagi seorang goli yang boleh bagi cabaran kepada beliau tatap kena beli. Bila pemain tiada cabaran kuat, mereka akan main sambil lewa dan kurang konsentrasi.
Kembalinya Sturridge telah melengkapkan bukan sahaja keperluan penyerang utama tetapi sistem yang Liverpool amalkan sejak musim lalu. Sistem yang baik takkan berfungsi sempurna tanpa pemain yang baik dan begitulah pemain yang baik tapi bila dapat pasukan macam main teruk, dia pun makin lama hilang kehebatannya. Brendan harus sedar keperluan untuk menang ialah punyai kesebelasan utama yang bagus serta pemain bekap yang mampu bersaingan dan masuk terus dalam pasukan. Tak perlu nak pelbagaikan sangat corak permainan, konon nak jadi Masta taktikal dengan beli pemain yang tak masuk dalam sistem macam Balotelli atau Lambert.