Crystal Palace tetap lawan yang mencabar, walaupun pasukan kita berjaya mengatasi mereka dan seterusnya layak ke Suku Akhir Piala FA. Cuma bezanya kali ini pasukan kita tak banyak buat silap. Kesilapan gol awal Palace adalah kurang mesyuarah antara kontijen pertahanan. Skrtel cuba menanduk bola keluar tapi kantoi kebelakang dan cuba ditanduk oleh Gayle. Namun Mignolet pantas menumbuk bola dengan sekadar mungkin, malangnya tertuju ke arah Campbell yang patutnya di kawal oleh Emre Can, dan Campbell melakukan penyudah mantap menewaskan Mignolet yang hanya mampu melihat rembatan padu dari bekas pemain Setan Merah menerjah jaring.
Keterujaan sejak awal perlawanan dah jadi tersentot dan lidah terkelu serta hati dah tak keruan lagi. Macamana boleh potong stim yang teramat sangat, bila pasukan kita sampai satu ketika punyalah bolot pegang bola sampai 75 persen. Ini bermakna bola sepak bukan sekadar kena ada perancangan taktikal hebat. Pasukan yang main cikai tapi efektif macam Palace, bijak gunakan peluang dan cari kelemahan lawan yang main hensom macam Liverpool. Inilah kita tak gemar dengan Chelsea yang menjadi ikutan tak baik dalam seni bolasepak Inggeris. Orang pergi nak tengok kemahiran dan seni main bola tapi dah main macam susun bas kat Hentian Pudu-Raya. Palace bijak menggunakan Penjagaan Zon dalam taktikal bertahan mereka, membuatkan Sturridge mati kutu kat atas.
Saya ada tweet yang harap Brendan wajib tukar taktik dan masukkan seorang lagi penyerang yakni Balotelli untuk separuh masa kedua. Ini kerana hentian bas Palace bukan sahaja sukar ditembusi kerana tak kebal manapun, cuma bila dah tak ramai yang cuba masuk menyerang ke dalam kotak, maka senang bagi Palace untuk memaksa pemain Liverpool sekadar main hantaran sesama sendiri diluar kotak. Kalau ada pun percubaan dari luar kotak, ianya sekadar macam makan kuaci bagi Speroni yang hensom berkumis dan jambang. Saya juga sarankan yang patutnya Allen kena keluar sebab membazir kapasiti, namun akur yang Allen memang ohsem dan dia pawer betoi sampai dengar kabar pencari bakat dari Barcelona ada di Selhurts Park dok perati saja Welsh Xavi itu.
Markovic digantikan dengan Balotelli. Pertukaran yang tepat dan penuh wawasan. Balotelli tak perlu berbuat apa-apa untuk bantu Liverpool bangkit untuk gol penyamaan. Cuma aura beliu mengakibatkan pertahanan Palace yang pada separuh masa pertama sedikit rileks, kini merasa sedikit terancam sebab Mario nampak bukan lagi Mario yang awal musim. Gerakan Allen dari tengah mencari Kapten Hendo. Kualiti hantaran Hendo boleh dikatakan menyamai Gerrard dan mencari Sturridge yang berjaya meloloskan dari dari bekas pemain Liverpool, Martin Kelly. Dengan sepakan padu tepat kecelahan kangkang, Speroni tak berani ambil risiko pecah telur dan mengakibatkan peminat Palace terdiam dan gamat stadium dengan sorakan pelawat. Paling tak tahan sempat lagi Moreno buat tarian Shuffle bersama Sturridge
Balotelli kali ini betul-betul terbabit dengan gol Liverpool hasil dari sepakan percuma belia yang disudahkan Lallana. Gerakan gol itu bermula bila cuba main satu dua dengan Lallana, tapi dibentes keras oleh bek Palace. Mula-mula macam Kapten Hendo nak ambil, tapi tengok Balotelli beria-ria nak sepak, takut merajuk maka Hendo bagi can kat Balotelli. Sepakan percuma dimabil dengan sepakan leret kencang yang tak mampu ditampan Speroni, muntah keluar dan Lallana yang meluru pantas menyudahkan dengan tenang. Pada ketika inilah Balotelli nampak tersenyum lebar dan kian ceria.
Prestasi terkini tak boleh tidak mengambarkan bahawa Liverpool sedang berada dilandasan yang tepat. Kesemua maslahat awal musim dah kian terlerai. Paling kita patut tabik ialah Mignolet yang bagi majoriti peminat pilih jadi pemain terbaik perlawanan. Sesiapa yang tak setuju mungkin ada pendapat lain samada memilih Sakho atau pemain lain. Kesemua ini takkan terjadi jika Brendan masih mengekalkan taktik lapuk dan mainkan pemain yang tak mencapai prestasi macam Lovren dan Glenjo dalam unit pertahan untuk membantu Mignolet. Kita harapkan kembalinya Toure dapat memberikan saingan kepada trio bek sedia ada untuk naikkan prestasi masing-masing sebab Toure dah beri amaran sejurus menjulang Piala Negara Afrika.
Hanya beberapa langkah lagi ke Wembley sebab sekarang dah masuk kepusingan Suku Akhir. Jangan tak tahu hari lahir Kapten Gerrard jatuh pada hari perlawanan Akhir Piala FA. Kita harap pemain lain pulun dan kalau boleh berikan Piala FA sebagai hadiah kepada Kapten kita yang akan berangkat ke Amerika musim depan.
dah hampir dah tu. jgn leka, harap2 tak jumpa arsenal,MU je
ReplyDeleteAssalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya katiman dari surabaya kerja tki di malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu..saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang bapak tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Bila butuh angka togel ghaib yg sudah kami buktikan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga KLIK=> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D
Deletekalau perasan la kan, free kick balo tu memang set piece yang hensem. power lallana lari just utk tap in gol tu
ReplyDelete