Saya taknak cerita banyak tentang perlawanan tetapi rumusan penting ialah Brendan telah sediakan pasukan dengan memandang rendah Stoke. Liverpool gunakan 4 bek tapi sekor pun tak reti nak tampung kebocoran dan serangan Stoke yang nampak biasa-biasa. Bahagian tengah memang tak seimbang dengan Lucas dan Allen. Walaupun dibantu Hendo namun kapten musim depan itu lebih banyak kedepan dan terdedahlah kepincangan tengah yang dikuasai Stoke. Dah tu pula main tanpa penyerang memang jadi lemak bek Stoke. Liverpool tak merbahaya kepada Stoke bermula dari atas dan bila dah jadi camtu kat bawah memang dapat bencana.
Saya tak salahkan Brendan sebab kalah, tapi bila pemain dah main terlampau poyo dan tiada semangat maka kredebiliti kepimpinan Brendan harus dipertikai. Pengurus yang berjaya ialah pengurus yang dapat memenangi hati dan dapat membangkitkan semangat pemain untuk menang dan buat sehabis baik. Macam ada yang tak kena dengan pemain yang semacam nak cari jalan supaya Brendan kena pecat. Itu adalah teori sebab nampak sangat hanya beberapa pemain yang pulun terutamanya Kapten Gerrard yang menghadiahkan diri sendiri gol sempena perlawanan akhir beliau sebagai pemain Liverpool.
Satu lagi kita dah meluat dengan FSG yang ntah apa-apa punya sistem beli pemain ikut sistem kaedah macam main unit saham. Jual seorang pemain terbaik tapi beli beberapa pemain yang bukan pengganti terus kepada belaiu. Konon nak kuatkan keseluruhan pasukan, padahal seorang atau dua pemain bintang dah cukup dari 5-6 orang pemain "berpotensi" untuk jadi hebat, tapi beli dengan harga yang begitu lebat. Pi mai-pi mai rugi balik sebab nak jual tak dapat balik harga yang agak-agak tak rugi sangat. Macam Balotelli, siapa nak beli dengan harga 10juta, silap-silap jadi macam Aquilani pinjam 2-3 tahun sampai habis kontrak.
Bagi yang nak sangat Brendan pergi saya baru dapat berita yang FSG takkan pecat beliau kerana mereka anggap Brendan tak salah kerana pembelian gagal dek kerana Lembaga Pembelian dan polisi mereka sendiri yang membuatkan eksperimen musim ini gagal. Kita tengok adakah berita itu betul dan Brendan diberikan kuasa penuh untuk beli pemain yang bagus dan bermula balik dengan perkara yang sepatutnya dilakukan musim ini dengan duit Suarez. Cuma takut jadi macam kes King Kenny, pemilik cakap dia selamat, tup-tup 3 hari lepas tu dapat surat merah. Kita bagi seminggu baru tahu sahih ke tidak.