May 26, 2015

LIVERPOOL 1-6 BARCELONA



Saya kalau boleh nak tulis peristiwa 6-1 lepas perlawanan. Tapi nasib baik saya lewatkan sikit kerana dalam situasi itu, otak gagal berfungsi dan emosi menguasai jari-jemari. Kalau pembaca yang ikuti twitter Liverpoolkita, pasti tahu betapa saya tak dapat kawal kemarahan dengan tweet serta retweet dari geng "#rodgers out". Kita kena paham situasi dan perhalusi kenapa terjadinya peristiwa memalukan yang menjadi rekod buruk dan diingati bukan oleh peminat tapi akan jadi modal bahan pihak lawan.

Saya taknak cerita banyak tentang perlawanan tetapi rumusan penting ialah Brendan telah sediakan pasukan dengan memandang rendah Stoke. Liverpool gunakan 4 bek tapi sekor pun tak reti nak tampung kebocoran dan serangan Stoke yang nampak biasa-biasa. Bahagian tengah memang tak seimbang dengan Lucas dan Allen. Walaupun  dibantu Hendo namun kapten musim depan itu lebih banyak kedepan dan terdedahlah kepincangan tengah yang dikuasai Stoke. Dah tu pula main tanpa penyerang memang jadi lemak bek Stoke. Liverpool tak merbahaya kepada Stoke bermula dari atas dan bila dah jadi camtu kat bawah memang dapat bencana.

Saya tak salahkan Brendan sebab kalah, tapi bila pemain dah main terlampau poyo dan tiada semangat maka kredebiliti kepimpinan Brendan harus dipertikai. Pengurus yang berjaya ialah pengurus yang dapat memenangi hati dan dapat membangkitkan semangat pemain untuk menang dan buat sehabis baik. Macam ada yang tak kena dengan pemain yang semacam nak cari jalan supaya Brendan kena pecat. Itu adalah teori sebab nampak sangat hanya beberapa pemain yang pulun terutamanya Kapten Gerrard yang menghadiahkan diri sendiri gol sempena perlawanan akhir beliau sebagai pemain Liverpool.

Satu lagi kita dah meluat dengan FSG yang ntah apa-apa punya sistem beli pemain ikut sistem kaedah macam main unit saham. Jual seorang pemain terbaik tapi beli beberapa pemain yang bukan pengganti terus kepada belaiu. Konon nak kuatkan keseluruhan pasukan, padahal seorang atau dua pemain bintang dah cukup dari 5-6 orang pemain "berpotensi" untuk jadi hebat, tapi beli dengan harga yang begitu lebat. Pi mai-pi mai rugi balik sebab nak jual tak dapat balik harga yang agak-agak tak rugi sangat. Macam Balotelli, siapa nak beli dengan harga 10juta, silap-silap jadi macam Aquilani pinjam 2-3 tahun sampai habis kontrak.

Bagi yang nak sangat Brendan pergi saya baru dapat berita yang FSG takkan pecat beliau kerana mereka anggap Brendan tak salah kerana pembelian gagal dek kerana Lembaga Pembelian dan polisi mereka sendiri yang membuatkan eksperimen  musim ini gagal. Kita tengok adakah berita itu betul dan Brendan diberikan kuasa penuh untuk beli pemain yang bagus dan bermula balik dengan perkara yang sepatutnya dilakukan musim ini dengan duit Suarez. Cuma takut jadi macam kes King Kenny, pemilik cakap dia selamat, tup-tup 3 hari lepas tu dapat surat merah. Kita bagi seminggu baru tahu sahih ke tidak.


7 comments:

  1. Klo BR still ade.. maknanye season dpan allen lg la pgang general tengah smpai hbes musim.. oh xavi ku.. hadoi

    ReplyDelete
  2. klu BR tukar dgn top manager,kurang2x dpt tarik player berkualiti sikit..champion league pun xde,nasib baik dpt europe.huhu

    ReplyDelete
  3. ambik balik la pako ayesteran. dia menang liga israel. rodgers 3 tahun tak menang pape pun masih nak bg peluang lagi

    ReplyDelete
  4. macam mana tak salahkan pengurus,

    main formasi tanpa striker bukan Owner atau handerson atau gerrad yang punya idea, ni semua Pengurus punya kerja

    turunkan Allen dan Lucas dalam masa yang sama jelas sebelum game lagi mana mana penganalisa bolasepak boleh agak kemana perginya game tu...kelaut biru lah jawabnya...rasanya ni bukan allen yang syorkan diri dia diturunkan, kerja pengurus ni...

    Emre can dah lunyai dalam bebarapa game lepas bila diletak sebagai RB, Bukan Owner yang suruh letak emre can main RB pon kan...

    dalam keadaan kena tibai setibai tibainya 3-0 yang pantas mana mana pengurus patut dah tukar sistem atau tukar pemain Br lak rileks sampai habis separuh masa sampai dah cecah 5-0 pon rileks lagi...

    ReplyDelete
  5. Aku rase Masa BR dah berakhir... Biar jurgen kloop pulak,Teruk mcm mane pun mesti dapat ke final, dan mgkn jurgen dpt menghadiahkan cup buat dortmund untk kali trakhir.

    ReplyDelete
  6. Sume da tau kenapa liverpool x kemana season ni..season lepas liverpool main gila2x,rupanya striker bkualiti ada..season ni mmg xbleh kemana, sumuanya sbb BR..huhuhu beli player pun berapa je yg bleh pakai..bnyak player yg main bagus pun sbb pmbelian manager2x lama..dgar cite carlo anceloti pun ada dikaitkan jd manager liv season dpn,tp xtau la btol ke x,..tp klu btol,dgn keadaan skrg ni liv mmg perlukan pngurus yg bkualiti.YNWA

    ReplyDelete
  7. kita tahu Sturidge injured hampir keseluruhan liga...kedua Balotelli bukan pilihan BR

    BR ada satu pilihan kalau nak balotelli beri impak ...pair kan dia... nampak Borini boleh main dengan Balotelli

    perkara perkara macam ni terus buat aku pening kepala bila fikir masalah ni menimpa pengurus macam benitez dan BR

    ReplyDelete

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails