Siapa yang tengok perlawanan antra Real Madrid dengan Juventus. Saya tak maksud nak samakan Liverpool dengan Real, tetapi dari pemerhatian saya apa yang terjadi dalam perlawanan tersebut adalah semacam dengan persamaan dengan perlawanan Liverpool-Chelsea tempohari. Liverpool semacam Real, punyai permainan yang nampak menguasai permainan dengan hantaran-hantaran kemas, manakala Chelsea-Juventus main banyak kedalam dan cuba dapatkan gol dari serang balas. Natijah bagi pasukan yang main macam Liverpool atau Real adalah kelu bila nak robek lawan yang main tak berani nak ambil risiko.
Tak macam Real yang punyai pemain bertaraf bintang diserata posisi, Liverpool hanya punyai beberapa pemain yang boleh dianggap boleh pergi jauh, tapi bukan boleh bagi banyak bintang lagi. Coutinho, Sturridge, Sterling, Henderson, Emre dan Sakho adalah beberapa pemain yang punyai masa depan cerah, namun mereka perlu diimbangi oleh pemain yang bertaraf antarbangsa bersama mereka. Jika ditolak Gerrard yang bakal keluar. Liverpool bakal ada Skrtel dan Lucas yang boleh dikatakan dapat berikan contoh dalam pasukan.
Secara matematiknya Liverpool masih boleh layak ke Liga Juara-Juara, jika Menyu kalah baki dua perlawanan dengan bolos banyak dan tanpa jaringan dan Liverpool menang semua dan jaring banyak gol tanpa bolos. Belum ada lagi peminat yang saya sembang, masih harapkan Liverpool boleh layak, kerana kita tahu ianya seakan mengharapkan keajaiban macam cerita dongeng pari-pari. Liverpool kena teruskan permaian sedia ada dengan lebih kemas dan bina prestasi baki perlawanan untuk persedian awal musim depan.
Crystal Palace bukan lawan yang mudah. Pasukan merekalah salah satu punca kegagalan Liverpool untuk menjadi Juara musim lepas. Ketika itu Tony Pulis yang kita sedia maklum memang sangat cermat dalam taktikal. Namun begitu pasukan sekarang dibawah kendalian Alan Pardew bekas pengurus Newcastle tetap main semacam sebelum ini. Ini bermakna pasukan mereka dah terbiasa dengan taktik dan setup sedia ada, kecualilah Pep Guardiola yang pegang pasukan itu. Jadi Brendan Rodgers sepatutnya tahu rempah-ratus apa yang perlu disediakan untuk dihidangkan untuk pelawat di Anfield nanti.
Lagi satu saya harap Liverpool pergunakan baki perlawanan nanti untuk ketengahkan muka baru dikalangan pemain skuad simpanan. Kita tahu Sinclair nampak tak berapa kemas bila masuk ganti Lambert, tapi bagi bila main dari awal mungkin lain jadinya. Ada beberapa nama seperti Branaggan, Ojo, Kent dan mungkin Yesil boleh diberikan peluang sebab apa mood pemain muda mungkin lain dari pemain senoir yang dah kurang semangat sebab tiada apa nak kejar dah sebab macam dah layak ke Liga Europa.
Liverpool 2-0 Palace
ReplyDeleteLiverpool 4-0 palace
ReplyDeletekumai..
Liverpool 2- 0 Palace
ReplyDeleteLiverpool 2-0 C.palace
ReplyDeleteMr.Reds Anfield
Palace 3 Liverpool 1. Satu goal offside satu penalti luar kotak. You're welcome
ReplyDeleteakhirnya...quality of liverpool squads
ReplyDeleteklu tukar manager kan bagus..season depan sama jgak rasanya,ambil la mana2 player,mainan still sama.huhu season ni dpt no 5 da kira bagus..sbb ada 2 team kat blakang jarak point dekat2 je.huhu YNWA
ReplyDelete