Saya takkan nak memaki-hamun Sterling. Budak hingusan itu rasa lebih bagus berada diluar dari Liverpool yang tak kemana. Beliau mungkin tak ingat kisah Michael Owen, Nicolas Anelka atau Shaun Wright Philips, tetapi berasa ambisi beliau mahu menjadi seperti Rooney. Biarkan sahaja, kita doakan yang terbaik buat beliau bukan kerana jasa beliau yang tak seberapa, tetapi memberikan untung laba, setelah menjual kepada Man City £49juta padahal beli sekitar £500k dari QPR.
Pemergian Sterling mungkin tak kehilangan besar. Firmino, Ibe, Lallana dan Markovic boleh ganti tempat beliau. Namun yang ditakuti ialah duit yang dapat dari penjualan bakal lebur oleh pembelian pemain yang ntah-apa-apa macam penjualan Torres dan Suarez dulu. Saya tak kata calon utama, Benteke tak bagus, cuma jika mahu ikut klausa, mintak maaf lah, itu harga mengarut. Namun dengan Brendan yang sukar dimengerti, benda mengarut banyak terjadi dan takut dia tak insaf lagi.
Untuk pengajaran, awasi pula Jordon Ibe. Jangan pula nak bersorak dan angkat tinggi Ibe macam kita buat kat Sterling dulu. Bukan sangsi dengan Ibe atau kesetiaan beliau, tetapi jika terlalu awal berikan peranan sampaikan jadi pemain harapan, ego, sombong dan perasan bagus menguasai diri. Lepas itu ejen akan cari modal nak paksa kelab ikut telunjuk dengan taknak lanjut kontrak. Liverpool kena lebih tegas dan proaktif untuk elak perkara ini berlaku dan terus berlaku.
tengok la dia ni jadi james milner atau scott sinclair
ReplyDeleteSterling overprice..
ReplyDeleteXpower mana pon sebab depan gol selalu kantoi..
Harap br dpt bli player power guna duit jual anak buluh betong..
kita harap dia makan but Sakho bila main di Anfielde. Ameeen
ReplyDelete