Disebalik kemeriahan perpindahan dengan beli pemain bagus diposisi serangan dan tengah, Brendan masih tak peka dengan kekurangan pasukan dari segi kualiti pemain pertahanan terutamanya kes Dejan Lovren. Saya antara yang teruja bila Lovren dibawa masuk dari Soton, namun tak sangka pemain itu memang tak ngam dengan taktik Brendan. Bukan nak memperkecilkan kebolehan Lovren, tapi ada yang tak kena dengan beliau dan persembahan yang kurang menyakinkan musim lepas.
Saya tengok perlawanan dengan Malaysia secara ulangsiar di Astro, gol Ronaldinho walaupun puncanya dari Skrtel yang tak menghalang bola awal dari rakan serangan Ronaldinho, tetapi Lovren bukan sahaja lembab mengejar tetapi gagal membaca ancaman penyerang lawan dan natijahnya Bogdan tak mampu berbuat apa-apa walaupun cuba menutup ruang. Hanya itu sahaja kesilapan beliau, namun jangan lupa yang kesilapan sebgitu dah kerap kita lihat musim lepas beliau lakukkan.
Mungkin kita anggap remeh sebab gandingan utama ialah Skrtel-Sakho. Tapi anda silap sebab Brendan dengar khabar beli Lovren sebab nak gantikan Sakho yang kerap cedera. Tapi alang-alang Lovren dah terbeli dan tak berapa bagus seperti yang disangka, Brendan paksa diri juga nak bagi Lovren peluang, manatahu ada peningkatan. Saya bukan nak memandai namun kalau Brendan bagi juga Lovren jadi gandingan Skrtel, dia macam sengaja nak cepatkan pemecatan beliau.
Pasukan kita ada dua pemain muda yang saya rasa lebih sesuai diberi peluang berbanding Lovren. Pertamanya Tiago Llori, dia pantas, agresif dan punyai kelebihan dari segi ketinggian. Yang keduanya ialah pemain baru yang penuh kejutan, Joe Gomez yang nampak kool, main disebelah kiri dan kanan Tetapi harus diingat dia di Charlton adalah bek tengah. Mereka berdua boleh jadi pemain bekap yang lebih diharap dan tak mencemaskan jika main dalam taktik sekarang.
Bercakap mengenai taktik sendiri, disitulah sebabnya kenapa Lovren tak menjadi berbanding ketika kegemilangan beliau di Soton. Liverpool main dengan corak serangan dan menggunguli permainan dengan hampir pemain akan cuba menyerang termasuk dua bek sisi yang dah macam ala Brazil, Cafu dan Roberto Carlos. Kalau Brazil main, mereka ada paling kurang 2 pemain tengah bertahan yang kualiti. Yang kita main musim lepas hanya seorang pemain tengah bertahan itupun ganti-ganti Gerrard atau Lucas atau Xavi Allen.
Saya sungguh harap Brendan tukar taktik jika mahu pemain kesayangan beliau itu main juga. Jika nak letak Lovren juga, kena pastikan bek sisi kiri samada Moreno atau Enrique main secara lebih ortodok, jangan serang ala Roberto Carlos. Main macam Djimi Traore pun dah ok, dari biar kawasan pertahan kiri terdedah untuk penyerang lawan menyusup keistu dan permainkan Lovren yang mesti gabra dalam situasi satu sama satu. Lagi satu letak dua pemain tengah bertahan macam Soton buat dengan Wnayama dan Schneiderlin
Betol tu encik... lovren ni tang fizikal mmg da cukup sifat utk jd cb yg dgeruni...tp msalah tang mana yg wat dia flop masih mnjd tnda tnye..keserasian dgn player or tactcal jd buah mulut pgkritik kpd beliau tp bg aku dia ni kurg kyakinan n fokus.. time dia ade kyakinan time lwn ade certain team.. nmpak mcm leh pegi jauh...mgkin karektor defend yg nk mkn org xde dlm diri dia... yg ade muke ksian kt org je.. kihkih... klo ade karektor tu n pakej fizikal sasa cmfirm leh jd world class dfender. -heify
ReplyDeleteImbas balik game vs Spurs.
ReplyDeleteManquillo-Lovren-Sakho-Moreno
Itulah satu-satunya perlawanan terbaik beliau. Namun lepas partner dgn Skrtel..hancus lingup. Adakah Skrtel & Lovren mmg ditakdirkan ada problem. Atau dirg tak compliment each-others sbb style main sama.