Saya ulangi kembali, bagi yang terlalu mengharap sangat keupayaan Klopp macam kat Borussia Dortmund nak buat kat Liverpool, ketika ini, cuba ambil masa sikit berfikir dengan tenang dan buat kajian tentang sejarah Klopp. Klopp tak mampu buat silap mata, ambil tongkat sakti, tunding kat semua pemain dan tadaaaa.. Liverpool dah macam Barcelona atau Bayern Munich. Kepekaan Klopp mengenai kelemahan Liverpool adalah kunci untuk membangunkan kembali Liverpool sedikit-demi-sedikit untuk menjadi pasukan yang stabil, konsisten dan beri keputusan positif tak kiralah menang, seri atau kalah. Cuma kita masih belum pasti apakah Klopp akan buat pembangunan secara drastik mulai Januari ini atau cuma ambil jalan sederhana gunakan tinggalan pusaka Brendan, cuba perbaiki keadaaan dengan memberikan peluang demi peluang kepada pemain sedia ada.
Dalam tulisan pra-perlawanan dengan Watford, saya telah jelaskan bahawa kebangkitan Watford bukan nasib semata-mata. Mereka main dengan taktik 4-4-2. Rasanya ianya agak pelik dengan karektor Quique Flores, pengurus moden eropah yang selalunya bakal main dengan pelbagai taktikal yang menggunakan ramai pemain tengah. Apa yang saya nampak, beliau cerdik dan cermat macam pengurus Leicester, Cloudio Ranieri. Masing-masing tahu diman untuk Liga Inggeris, tempo pantas dan permainan agresif adalah kunci kejayaan jika punyai pemain sederhana. Maka dengan permainan yang mereka mainkan ikut suka nak main bola tinggi, bola laju atau serang-balas, pasukan lawan bakal terima padah jika tak kaji kekuatan Watford untuk persediaan pasukan untuk kesebelasan yang bakal diturunkan.
Kesebelasan yang diturunkan oleh Klopp memang terbaik. Saya akui ianya memang cun walaupun Bogdan yang main di gawang. Sebab apa saya kata cun macam bedak Mak Cun. Rekod dengan kesebelasan itu memberikan keputusan terbaik. Tapi masalahnya apa yang tak kena dengan semua itu. Ikut apa yang nampak sepanjang 90 minit secara umum. Liverpool terlalu ikut tempo Watford. Watford main laju, Liverpool main laju. Watford main bola tinggi Liverpool pun sama. Nak main agresif pun macam Watford, tapi masalahnya semua tak menjadi sebab nak tiru orang tapi lupa kekuatan sendiri adalah permainan mengungguli tempo. Bila dah kawal keadaan dengan main rileks, buat hantaran cermat, pemain berada diposisi yang menutup ruang Watford untuk main melalui dua penyerang pantas.
Gol pertama Watford menjadi pertikaian, samada ianya kesalahan pemain Watford menerajang tangan Bogdan atau memang Bogdan sendiri gelabah tak bertempat, tak tangkap kemas bola hasil sepakan sudut lawan. Namun hasil dari gol tersebut, bukan semua pemain nampak gelabah dan hilang fokus. Semua yang dibuat tak menjadi, kalut nak seraang sampai tak peduli kawasan sendiri. Nah hasilnya gol kedua Watford menyusul bila Ighalo mengambingkan Skrtel dan melakukan larian menewaskan Bogdan. Dan gol ketiga Watford dan kedua peribadi Ighalo separuh masa kedua dah dijangka kerana Liverpool dah main terlalu keatas dan hasil gerakan serang-balas mudah sahaja Ighalo menanduk masuk gol hantaran lintang.
Saya tak kesal Liverpool tewas, malah suka sebab itu barulah cara untuk Klopp buka mata yang beliau bakal persia-siakan mata jika mahu kekalkan semua pemain dan perbaiki pasukan dengan pemain sedia ada. Taktikal Klopp "Gegenpressing" tak mampu dimainkan oleh ramai pemain yang lembab. Tapi masalahnya mereka nak main sebegitu konon nak tunjuk bagus depan Klopp. Klopp sendiri bagitahu, bukan semua keadaan nak main 130km sejam. Kena pandai-pandailah bila nak brek, dan perlahankan tempo bagi menyesuaikan keadaan lawan. Namun nampak macam apa yang mereka pelajari dalam latihan semua tertinggal kat Melwood, hantam kromo sejak dari lawan Newcastle lagi.
Jika ada kesungguhan dari pemilik FSG, sila beri kemudahan kredit kepada Klopp untuk berbelanja besar Januari ini. Pembelian Januari memang agak sukar nak dapat pemain hebat, tapi jangan lupa yang Suarez, Coutinho dan Sturridge semuanya kita dapat masa itu. Jadi harap FSG jangan halang jika Klopp nak berbelanja besar Januari ini untuk dapatkan sasaran utama beliau, bagi memperbaiki beberapa posisi kritikal iaitu penjaga gawang, pertahanan tengah dan juga penyerang yang bukan sahaja hebat depan gol tapi boleh main dengan falsafah Kloppo. Tapi jika Klopp yang tak mahu berbelanja dan masih degil nak gunakan pemain sedia ada sampai habis musim, sekalian peminat janganlah menaruh harapan terlalu tinggi sampaikan ada yang kata Klopp mampu memenangi kejuraan Liga musim ini, macam undian yang saya buka awal-awal dulu.