Kisah pemecatan Mourinho menjadi carian tertinggi berbanding Star Wars. Begitu sensasi sehingga dapat mengatasi filem Perang Angkasa lepas yang begitu ohsem. Saya taknak cerita nak bagi tribut kepada lelaki spesyel itu, namun kena faham dalam bolasepak kuasa pemain jangan dibuat main-main, mereka boleh jadi sekuat kuasa Jedi. Bila ada pemberontakan, buat rebel pasti akan mengatasi puak Imperial. Itulah kuasa pemain yang menjadikan pengurus hebat macam Mourinho, dari pembawa kejuaraan EPL terus melingkup berada hampir ke zon penyingkiran. Nasib yang sama mungkin bakal diterima Rafa Benitez di Madrid yang sedang menunggu masa nak kena buang.
Kita bernasib baik dapat pancing Klopp awal-awal. Kalau dok buat rileks dengan Brendan, mungkin Klopp mungkin jadi rebutan dengan Chelsea. Perihal prestasi Klopp mungkin ada statistik yang dikeluarkan nampak Klopp tak sehebat mana. Itu terpulang, cara kita nak nilaikan beliau dan bandingkan dengan Brendan. Tapi apa yang saya dapat huraikan bahawa Brendan mewarisi Suarez, Gerrard dan Sterling. Manakala Klopp mewarisi pemain caca-merba, Sturridge-Coutinho yang kerap sakit dan pemain mahal macam Benteke yang memang tak serasi dengan taktikal serta masalah pertahanan termasuk goli yang masih huru-hara.
Fokus Klopp untuk musim ini adalah memperbaiki kapal yang tak stabil, tinggalan nakhoda terdahulu. Mungkin belum januari lagi dah dengar ada pemain yang dalam rundingan. Jadi Klopp memang dah tahu kawasan mana dalam pasukan yang bermasalah. Cuma kita tunggu dan lihat samada Klopp nak bertukang siap-siap Januari atau cuma buat tempelen sementera tunggu sampai tiba musim panas. Gambaran beliau nak beli pemain bagi perkuatkan dalam perpindahan yang akan dibuka belum jelas, kerana sasaran yang kita dengar semuanya untuk musim depan, contoh Grujic dan Matip. Jadinya dengan skuad sedia ada Klopp yakin masih boleh pergi jauh mungkin.
Perlawanan terdahulu, memang Klopp telah salah percaturan meletakkan Benteke. Itu pendapat saya. Walaupun kita tahu ada opsyen lain dengan meletakkan Firmino sebagai penyerang tiruan, ataupun mainkan Origi diatas. Mungkin dengan Benteke, jika kena opsyen yang betul dia masih berguna. Tapi yang tak kena dah lah tiada hantaran dari lintang kepada beliau, pemain yang sedia-ada tak ada kualiti nak buat hantaran lencong yang baik. ini bermakna sia-sialah nak letakkan pemain yang tak sesuai dengan taktikal, tapi masih mengharapkan sesuatu dari Benteke. Nak jadi macam main judi pakau, kalau kena untung, tapi kalau tak kena rugi besar.
Dengan Watford nanti jangan anggap mereka boleh dibelasah macam dulu-dulu. Bukan nak memperbesar-besarkan kehebatan pasukan mereka. Kunci kepada prestasi mereka pengurus yang pernah menang Piala Europa untuk Atletico Madrid, Quique Flores. Jangan dilupa, Atletico berjaya benamkan Liverpool diseparuh akhir, dalam kejohanan itu. Jadi nak cerita yang peranan Flores adalah pemangkin kedudukan Watford yang berada diatas pasukan kita. Permainan Watford bukan main bola tinggi dan fizikal sangat, namun boleh dikatakan ada iras-iras Crystal Palace. Bahaya mereka ialah punyai penyerang berkembar yang lincah Deeney dan Ighalo. Dan lainnya ramai pemain hitam-manis yang laju-laju dibanyak posisi.
Bogdan
Clyne Skrtel Toure Moreno
Hendo Lucas Emre
Coutinho Firmino Lallana
Seperti yang saya letakkan formasi pilihan, tak mungkin sama dengan pilihan Klopp. rasanya dia bakal letakkan Mignolet digawang dan Firmino takkan dapat peluang bermain penyerang macam lawan City, tetapi Benteke akan diberi peranan utama. Mungkin kita punyai andaian tak sama ketika sesi latihan Klopp dengan anak buahnya. Siapa pun yang Klopp letakkan dalam kesebelasan nanti itulah yang terbaik hendaknya. Kita tahu Klopp pun jenis degil, sebab dia memang akan berusaha nak buktikan sesuatu yang diluar jangkaan orang. Macam kes Lovren, kita nampak kelainan dengan aura Klopp. Harapnya Benteke dapat meledakkan gol dengan Watford untuk tutup mulut pengkritik.
Watford 0-3 Liverpool
ReplyDeleteWatford 0-3 Liverpool
ReplyDeleteWatford 1-2 Liverpool
ReplyDeleteWat 1-1 Liv
ReplyDelete-qe7-
Wat 0-4 liv
ReplyDeleteWat 0-4 liv
ReplyDeletewat 2-2 liv
ReplyDelete-cucu mak leha-