Liverpool bermula dengan hebat sejak awal permainan menguasai hampir 80 persen penguasaan bola. Hinggakan Skrtel dan Lovren sahaja berada dikawasan Liverpool. Pemain lain dah bertebaran di kawasan WBA. Percubaan tak banyak tapi gerakan hanya berlegar-legar dikawasan tengah dan banyak bergerak dari sebelah kiri Liverpool. Gol pembukaan hadir bila gerakan dari Coutinho melakukan hantaran lintang dari kiri mencari Lallana. Dalam pada itu Henderson membuat larian dari tengah meluru kedalam kotak penalti. Lallana menanduk bola hantaran Coutinho tepat kearah Henderson dan kapten Liverpool itu tak mempersia-siakan peluang merembat melepasi goli WBA, Boaz Myhill. Keputusan 1-0, ramai menyangka Liverpool bakan menghayamkan WBA macam Soton tapi apa bakal berlaku nanti lain pula ceritanya.
Permainan West Brom memang sudah sudah dijangka. Menggunakan kekuatan fizikal dan permainan bertahan sampai kedalam. Tapi apa yang pemain kita buat membolehkan WBA dapat gol yang mereka tak sangka, bila Mignolet keluar konon nak tumbuk bola tapi hanya menghayun angin sahaja. Kalau dah kantoi tak dapat tumbuk bola itu sahaja tak apa, refleksi beliau memang lemah bila tak mampu menampan bola dan membiarkan sepakan Dawson meleret masuk dicelahan kangkang beliau. WBA bernasib malang bila gol kedua jaringan Olson tak dikira kerana curi ayam. Namun separuh kedua Olson sekali lagi melakukan tandukan padu melepasi pertahanan Liverpool yang gagal menahan asakan WBA. Memang kelebihan WBA sebab ramai pemain mereka tinggi-tinggi belaka.
Kecederaan Lovren memang menyedihkan. Geram juga dengan tindakan Gardner yang memang sengaja menempek but kelutut Lovren. Itu bukan tak disengajakan, namun dalam bolasepak itu lumrah sebab saya sendiri pun adakalanya main camtu, ambil bola dengan orang sekali. Lovren dah tak boleh main, pengganti beliau akan dibawa masuk. kejutan bila Klopp tak masukkan Toure tetapi masukkan penyerang yakni Origi. Emre mengambil tempat Lovren dibawah. Origi masuk bermain dibahagian sayap kiri dan keyakinan Klopp diatas taktikal itu membuahkan hasil. Sepakan Origi ikutnya kalau tepat mungkin boleh ditangkap Myhill, tetapi terbias kena pertahanan WBA dan masuk kedalam gawang. Klopp dah macam konduktor okestra, mengajak peminat bersorak sehabis kuat menggamatkan Anfield. Keputusan 2-2 adalah satu kelegaan walaupun hampir nak kalah tadi.
Klopp bagi banyangan dia takkan belanja untuk januari walaupun apa terjadi. Walaupun kita boleh rasa dia sedar yang beberapa pemain warisan Brendan banyak yang tak berapa konsisten dan ada yang tak memenuhi inspirasi taktikal beliau. Klopp nampak macam agak degil sebab masih mahu kekalkan beberapa pemain dalam kesebelasan utama terutamanya Mignolet yang masih ditahap tak memuaskan dan Benteke yang tak sesuai dengan peranan penyerang mobil sebab terlalu kaku diatas. Pengganti Mignolet setakat ini paling sesuai ialah Bogdan, walaupun tak berapa orang kenal. Benteke boleh simpan, dan diganti dengan Origi. Bukan kerana Origi penyelamat maruah kita malam kemarin tetapi corak permainan beliau dah nampak ala-ala Sturridge dan makin lama makin meningkat sejak jaringan Hattrik haritu.
Namun kita kena pandai baca pemikiran Klopp. Dia nampak macam bekap gila-gila pemain yang yo-yo tapi harus diingat secara saikologi Klopp tak mahu pemain makin tertekan bagi persediaan untuk hadapi perlawanan bulan Disember yang padat. Dahlah kehilangan Lovren, nak bagi serabutkan lagi situasi dengan menjatuhkan moral pemain. Jangan risau sampai bila Mignolet nak main teruk, mungkin dia akan kembali normal, cuma harap dia tak usik kesabaran Klopp untuk buat kejutan januari. Kita harus faham juga pintu-tingkap perpindahan Januari bukan senang nak dapatkan pemain idaman. Jadi tunggu dan lihat sebab kadang-kala macam-macam boleh jadi dalam bolasepak.
ni macam ..nak kena panggil groobelaar main semula..atau mignolet kena belajar tangkap bola sama ray clamence..atau dudek.
ReplyDeletesatu saja tentang Mignolet, dia bukan stendet Liverpool.
ReplyDelete