Dari segi nilai hiburan, perlawanan yang banyak gol memang orang kata perlawanan hebat. Liverpool dan Palace tak pernah mengecewakan dari segi nilai drama. Musim lepas kesian dekat Palace, kena naya bagi penalti saat akhir dengan kemengan ditangan kita. Kali ini dah macam cerita kombat, lawan tembak-tembak. Gol datang dari pelbagai arah dan paling banyak berpunca dari kesilapan masing-masing.
Liverpool kehilangan naib kapten, Milner. Tapi Moreno dah bersedia sebab dah main masa lawan Spurs dalam EFL. Takda Sturridge dalam kesebelasan walaupun main cantik masa lawan Spurs. Klopp tahu anak ikan Spurs tak sama dengan kereta kebal Palace. Jadi trio Mane-Firmino-Coutinho tak tergugat. Gigi yang baru pulih masih belym dapat main dalam kesebelasan utama lagi. Emre digandingkan dengan Lana dan Hendo.
Cara Pardew letak kesebelasan Palace memang nak main rileks cari seri. Heran tuan rumah nak bagi tetamu buat macam rumah sendiri kot. Liverpool tak bermasalah kerana Benteke jadi kera sumbang, pemain lain tumpukan nak bertahan dan sangat mengabaikan beliau. Jadi Liverpool kerah serangan kaw-kaw fan hasilnya seawal minit ke5 , Liverpool kedepan dengan gol dari Emre. Itupun bagi saya disebabkan bagaimana Liverpool perangkap bek Palace dengan lorongan dari tengah mencari Moreno yang terus melorongkan bola ditengah dan Emre menjolok mudah untuk Liverpool didepan 1-0.
Tak sempat nak raikan gol tetiba dari cerita romantik tetiba jadi cerita komedi. Serangan Palace majoriti mencari Benteke dengan bola lambung. Tetapi tak sampai pun masa insiden lawak bodoh dari Lovren terjadi. Bola lambung cuba ditenangkan Matip dengan tandukan hantaran kepada Lovren. Tetiba Lovren yang otaknya melayang pergi mana entah menyepak lemah gemalai, terkantoi dikawasan hampir kotak D. Semua pemain terkesima, tapi yang tidak adalah McArthur yang meluru menanduk bola kedalam gol walaupun cuba dihalang Karius. 1-1 memang terkesima dengan makian terarah kepada Lovren.
Si mamat Lovren ni memang nampak menyesal. Dia tak sangka aksi badut beliau beri bala kepada pasukan. Saya dah agak kurang sopan dengan cuba nak buka aib lama sejarah zaman Brendan dulu. Tetapi apa yang saya lagi terkesima, ialah bagaimana dari seorang badut telah menjadi wira kembali. Hasil sepakan sudut Coutinho mencari kawasan tengah, dan Lovren dapat mengatasi keperwiraan bek Palace dengan menanduk masuk gol kedua pelawat untuk mendahului sekali lagi dengan 2-1. Marah bertukar sayang dan kesilapan Lovren dah dimaafkan sebab dia tebus balik, kalau tak memang jadi kambing la nanti.
Ingat dah nak redalah keresahan. Tetapi kejap bertukar-tukar siaran, kejap-kejap Suri Hati Mr Pilot kejap Maharaja Lawak Mega. Palace memang dah main satu hala saja. Mereka fokus bola lambung cari kawasan tengah kotak penalti Liverpool. Serangan camtu nampak lurus bendul tetapi jika pemain masih dalam mod gelabah, memang makanan Palace situasi tu. Serangan kilat Palace dari kawasan kiri Liverpool nampak biasa-biasa tetapi hantaran Zaha tak cuba di halang Moreno dia dan hantaran disambar oleh McArthur untuk gol kedua peribadi dan Palace.
Dramatik sungguh kan 2-2. Macam baru nak bahagia dok layan 2-1 ala kegebuan Nealofa tetiba Amir Im Sorry mencelah potong stim untuk 2-2 . Kali ini kesilapan dan kalpaan Moreno nampak macam punca. Dia dok lindung tangan takut penalti padahal pengadil Mariner memang jenih kedekut penalti. Tapi suasana kembali terkawal bila Liverpool sekali lagi mengeksloitasi kelemahan setpis Palace dengan gol dari Matip. Gol sulung Matip memang mudah sebab dia tak langsung dikawal untuk menanduk gol untuk Liverpool didepan lagi buat kali ke-3.
Separuh kedua Liverpool nampak main lebih disiplin. Dah tahu corak Palace nak cari hantaran jauh dan serangan menggunakan Benteke, Klopp ejas taktikal dengan pemain meramaikan bahagian tengah. Palace asyik dok minta penalti. Banyak insiden yang 50-50. Mungkin dengan pengadil lain Palace dapat simpati, tapi dengan Mariner jangan harap lah. Tapi paling kurang kalau insiden yang membolehkan mereka dapat penalti buta, ialah terjahan Matip keatas Benteke. Lovren mencakuk kaki Zaha dan Emre merebahkan Zaha.
Tetapi hasrat Palace nak kejar keputusan semasa 2-3 macam sia-sia. Memang mereka kuasai permainan dengan 57 persen. Apa maknanya jika mereka tak punyai pemain kreatif nak robek kubu Liverpool yang nampak nak susun bas. Tetapi dalam keadaan serangan demi serangan Palace, serangan balas Liverpool memang membunuh impian mereka untuk menyamakan kedudukan. Kapten Henderson melorongkan bola cantik kepada Firmino yang membuat larian dan buat satu lob untuk mengantoikan Mandanda yang meluru keluar. 4-2 rasanya Palace tak mampu melakukan apa-apa hingga tamat perlawanan.