Walaupun ramai dah melupakan Rigobert Song, namun bagi saya Song antara bekas pemain yang sentiasa lunak jika memperkatakan tentang Liverpool. Tak amcam El Haji Diof, mulut longkang asyik nak membalun rakan-rakan lama ketika bersama Liverpool dulu. Song walaupun tak lama sebagai pemain Liverpool, namun dia antara ikon awal pemain berkulit hitam luar England yang berhijrah ke Liverpool dan membuka kemasukan pemain berkulit hitam lain. Sebabnya pemain luar cukup takut dengan Rasisma peminat England termasuk kat Liverpool katanya.
Kedatangan Song ke Liverpool hanya sebagaai bekap untuk bek tengah dan kanan. Dia bukan pilihan utama pun pada musim pertama. Bek kanan utama persaingan antara Haggerm dan McAteer, manakala bek tengah Carragher dan Babb serta Staunton. Musim kedua selepas berakhirnya era Evans-Houllier barulah Song dapat tempat. Itupun sekadar bekap kepada Haggem, kerana Rob Jones ke West Ham manakala McAteer belah ke Blackburn. Song yang fasih berbahasa Perancis berjaya memikat hati Houllier.
Masalah bagi pemain Afrika ialah mereka tersangat berbangga dengan Piala Afrika. Yang lain mereka tak peduli .Biar tak main dengan kelab takpa bila AFCON sahaja mesti kena turun. Macam cerita puak tribal, kalau musim pemburuan kalau tak turun bukan anak jantan. Kes Song bukan sangat dengan prestasi beliau dalam pasukan. Tetapi masa tengah dok pukul naik, kebetulan Haggem cedera teruk , si Song pergi ikut pasukan Cameroon ke AFCON. Kalau tengah cergas tak apalah dia pun ada risiko cedera. Mungkin sebagai Kapten Cameroon, malu alah kalau tak turun main dengan negara.
Selepas itu semuanya jadi sejarah. Perangai tak ikut nasihat memusnahkan segalanya. Balik dari AFCON cedera dan Carragher ambil alih tempat beliau sementara disebelah kanan. Kiranya sampai kesudah sebelum kedatangan Markus Babbel dari Bayern. Kedatangan Babbel terus menutup pintu untuk Song menjadi hatta, pemain simpanan. Baru berumur 24 tahun, dengan karier masih panjang Liverpool melepaskan Song kepada West Ham. Kat West Ham lagi dahsyat. Redknapp beli Song sebab nak ganti Rio Ferdinand yang blah ke Leeds. Pengharapan terlalu besar dan Song memang gagal di West Ham.
Tak ikuti sangat beliau selepas keluar EPL dan pergi ke Liga Turki. Rasanya kat Galastaray , Song menjadi Kapten dan idola peminat. Tatpi dia tetap main dengan Cameroon dan jadi pemain paling banyak bermain dengan pasukan Singa Afrika itu. Tetiba dua-hari lepas dikejutkan dengan berita beliau kena strok. Rasanya dah tak ada apa nak tulis menjelang perlawanan antarabangsa. Saya kasi tribut kepada bekas pemain kita. Walaupun tak sehebat dan main lama hanya sempat semusim. Song tetap berada dalam lipatan sejarah kita. Doakan yang terbaik buat Rigobert Song supaya pulih sediakala.
vegard heggem tu pun ramai yg dah lupa. entah kenapa player zmn houliier ramai yg mudah cedera panjang.
ReplyDelete