Sebelum perlawanan agak berdebar juga. Sebab imbas balik rekod dengan West Brom memang menghampakan sebelum ini. Bukan sebab WBA sahaja ditambah dengan Tony Pulis memang kelab dan pengurus badi buat Liverpool. Selalunya pasukan pelawat akan bersedia untuk main bertahan gila-gila dulu dan cari gol dari kesilapan Liverpool. Itu ada dalam buku panduan "Taktik Susun Atur Bas" hasil karya agung pengurus lajenda, Mourinho.
Liverpool menyisihkan Sturridge, kembalikan Coutinho dalam posisi serangan dan Lana kembali dibahagian tengah bersama Hendon dan Emre. Sturridge memang tak berpeluang nak mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama sebab bila dapat peluang tak main elok-elok. Milner dapat kembali beraksi setelah kecederaan kepala tak teruk mana pun. Kesian dekat Moreno, takda rezeki sebab nyaris-nyaris dia dapat peluang beraksi.
Aksi bermula dengan rancak. WBA pun rancak juga susun bas. Mereka memberikan laluan sukar kepada penyerang Liverpool dengan kepungan yang tersusun. Penguasaan bola milik Liverpool tetapi banyak berlegar-legar dikawasan tengah. Tetapi bila masa dan ketika WBA juga naik menyerang dan nak gunakan bek mereka untuk membuka permainan. Apa yang mereka buat rupanya ibarat pelanduk lupa perangkap, Liverpool hanya menunggu masa untuk ambil peluang bila pertahanan WBA nampak terbuka.
Kat sinilah Liverpool membuka peluang dengan menyerang hendap dengan pantas. Emre melarikan bola dari tengah, melihat kelibat Firmino dia meleretkan bola setelah dikejar pemain WBA. Itu nak cakap betapa kreatifnya mat tocang ni. Dia melakukan hantaran yang sungguh mengelirukan bek WBA dengan melakukan lob melepasi kawasan tengah, rupanya dia dah nampak Mane sedang meluru ke dalam kotak disebelah kanan sayap. Hantaran lambung Firmino diluar jangkauan kepala Nyom dan Mane dengan selamba merembat padu menewaskan Foster. Liverpool mendahului WBA 1-0.
WBA nampak panik dan cuba bermain lebih menyerang. Liverpool menyerap serangan dan serangan WBA sekadar berpusing-pusng dibahagian tengah, nak lepas pertahanan Liverpool pun payah kerana mereka hanya harapkan Rondon untuk melepasi Matip dan Lovren. Namun bila sekali lagi WBA cuba bermain bijak mereka sekali lagi terkena buat kali kedua. Serangan hendap Liverpool kali ini melalui Mane yang membawa bola dari tengah. Dia melepaskan kepada Coutinho, dan Coutinho dengan gaya samba mengantoikan 2 pertahanan WBA dan melepaskan rembatan leret untuk Liverpool kedepan dengan 2-0.
Separuh pertama tamat dengan 2-0. Tetapi patutnya dapat mungkin lebih dari dua gol sebab percubaan Coutinho dan Mane diselamatkan oleh Forster dengan cemerlang. Sebiji ulangan macam De Gea. Faktor kecemerlangan separuh masa ialah bagaimana taktik bermain dengan tenang dapat membuka kunci pertahanan WBA. Pulis juga tak menyangka Liverpool akan bermain serang balas bukan menyerang dengan hantaran pendek sampai depan pintu gol macam selalu.
Liverpool bermula dengan separuh kedua sama macam aplikasi separuh pertama. Cuma kali ini serangan kita memang bertubi-tubi. Peluang banyak tetapi pemain tak dapat meledakkan penambahan gol. Ianya kerana Pulis dah arahkan anka buah perbaiki pertahanan dengan memastikan setiap pemain lebih berwaspada bila serangan Liverpool hampir kekawasan bahaya. Boleh dikatakan bentesan pertahanan WBA majoritinya berjaya mengantoikan rembatan pemain kita. Forster juga menjadi lebih garang menepis percubaan Liverpool.
Liverpool dan bolos berpisah tiada. Rekod bersih hanya lawan Menyu. Tetapi kali ini kesilapan pertahanan mengawal keadaan memang nampak tak berubah. Bila bola sampai ramai pemain menyerbu bola tetapi mereka meninggalkan posisi jagaan mereka. Kesilapan pertahanan diguanakan oleh McAuley cukup bernasib baik bola yang kantoi dikeluarkan pertahanan Liverpool sampai didepan beliau dan merembat gol semangat pelawat. Rasanya itu hanya percubaan kedua WBA dan berjaya hasilkan gol. Setpis musuh utama Liverpool. Klopp kena cari ubat buang trauma itu.
Apapun Liverpool berjaya sekali lagi tewaskan WBA sejak kali terakhir 5 tahun lepas. Memang patutnya kita kenduri gol tetapi macam biasa Forster selalu kalau main dengan kita memang cemerlang senantiasa. Yang penting 3 mata berharga berjaya dikutip dan pasukan kita berkongsi mata dengan pendahulu Arsenal dengan 20 mata. Tentang impian mendapatkan kejuraan liga kita simpan dulu, namun dengan prestasi sekarang slot Liga Juara-Juara adalah sasaran ideal.
Ingatkan masalah liverpool dah ada pembaikan, tapi masih macam biasa. Masa spakan sdut prtama wbm, peminat2 diorang gembira smacam ibarat diorang dah konfom gol. Tapi aq mmng tabik forster wlaupun blos 2, tapi bnyak pluang dpan gol dslmtkan. Karius prlukan pengalaman lgi utk mngubati nervous. Kita naik tangga kedua itu sdah ckup baik x trmsuk prlawnn mc.
ReplyDeleteMingolet kiper confirm tak gol mlm tdi,biasa si mamat Belgium nie memang nk chalange bola udara nie (tumbuk bola keluar)..dia takkan biarkn bola smpai kepala lwn or dpn gawang..silap2 clean sheet dh boleh mng 4,5 gol
ReplyDeleteMasalah sekarang bukan sebab Goli. Dah tukar pun sama. Kita tengok pemain kita pendek2 belaka. Main Man Marking mmg tak mampu, jadi bila main Zonal kena berlatih supaya fokus dan jangan ralit jaga posisi.
ReplyDeleteBos,ulas sikit game chelshit dgn setan bleh?kebangangan dan kesombongan tahap cipan si insan terpilih nie.
DeleteBos,ulas sikit game chelshit dgn setan bleh?kebangangan dan kesombongan tahap cipan si insan terpilih nie.
DeleteMcm mne la bleh miss game nii...xpe,yg penting 3 mata
ReplyDeletekarius kena vokal, marah, bagi arahan bila set pis..
ReplyDeletepujian jatuh pada dia kalo clean sheet jd tanggungjawab dia untuk pastikan nya
:)
Deletesabtu ni lawan crystal palace. benteke ni kalau dia buat tabiat lama dia kat villa dulu, score bila lwn lvpool. mmg nak kena maki big ben tu
ReplyDeleteyup
Delete