Perlawanan bolasepak antara Liverpool dan Stoke jatuh pada Hari Tinju menurut pandangan masayarakt luar. Rupanya masih ada yang percaya Hari Raya Krismas kedua adalah hari peninju, pesilat dan ahli kungfu yang dirayakan oleh rakyat British. Abam pun masa zaman sebelum ada Lebai Google, jahil juga tak tahu. Sekarang rasanya ramai dah tahu yang perlawanan ni sempena hari pemberian dan terima hadiah. Ada setengah cakap hari buka kotak hadiah.
Oleh kerna perlawanan Liverpool paling lambat minggu ni antara pencabar lain, tekanan mungkin dirasai. Chelsea, City, Arsenal dan Menyu semua menang pada malam Krismas. Malah kita juga cuak sedikit dengan Firmino takut masih mabuk lagi, sebab kena tangkap memandu dengan pengaruh alkohol. Namun segalanya nampak ceria bila Si Bobby nampak cergas dengan potongan rambut pendek tanpa tocang. Pemain dari perlawanan Everton semua kekal tanpa perubahan.
Kepulangan Allen, Crouch dan Gelnjo balik beraya di Anfield, memeriahkan suasana walaupun mereka dipihak lawan. Mark Hughes sengaja letak Mat Galah dengan Walters untuk main corak lahabau bola tinggi. Walaupun kita tahu bahaya bakal menanti tetapi pemain kita nampaknya macam tak tumpu perhatian dengan kebolehan lawan. Ya bola tinggi selalu datangkan malapetaka dan kali ini Lovren sedikit ralit dan kelonggaran menjaga Walters mengakibatkan, Mignolet jadi modal makian peminat. Bukan salah beliau tetapi panik beliau masih tak hilang.
Kenapa Allen dijual masih jadi misteri, macam misteri Segitiga Bermuda. Nak kata teruk main sebelum ni tak juga tetapi perlawanan tadi menunjukkan kita Allen memang terbaik dari ladang. Entah berapa kali seluruh pemain tengah kita kena main dengan beliau. Kelicikan beliau nyaris mengakibatkan Stoke menambah jaringan, tetapi Mignolet jadi hero menepis percubaan Allen dan Lovren juga berjaya mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Kalau Stoke tambah gol lagi, nampak gaya makin sukar sebab takut pemain kian panik lagi.
Liverpool macam dapat semangat kembali, mungkin berkat pengorbanan Mignolet tadi. Hantaran jauh dari bawah oleh Milner, mencari Origi. Origi yang berjaya perangkap bola melepaskan hanatran pantas kedepan bilamana Mane mebuat larian. Mane melepaskan hantaran dalam kotak penalti Stoke bila nampak Lallana meluru pantas. Tampanan Lana mulanya kantoi tetapi pemain bek Stoke pula kantoi kedepan Lana dan dengan konfiden Lana merembat bola kedalam gawang Stoke untuk gol penyamaan.
Serangan bertali arus Liverpool membuatkan pihak lawan tak berani menyerang. Kalau serang pun tak serancak awal permainan. Lovren dan Klavan sudah kembali tenang begitu juga Mignolet. Sekali lagi serangan datang dari sebelah kiri dimulai dengan hantaran Milner kepada Lana. Lana menggelecek kearah sayap kembalikan bola kepada Milner dan bola dihantar pendek kepada Firmino untuk main satu dua kononnya. Milner dah lari buka ruang untuk terima hantaran, namun Firmino lebih cerdik dengan acah nak buat lorongan tetapi sekelip mata dia merembat dan bola terkena tiang kanan dan kiri dan masuk untuk gol kedua dan Liverpool mendahului 2-1 hingga tamat separuh masa.
Separuh kedua bermula dengan mod yang begitu selesa. Nampak sedikit ruang diberikan kepada Stoke yang mula naik sedikit untuk buat gerakan. Liverpool menyerap serangan dengan baik. Imbula pemain tengah Stoke, jarang buat silap sepanjang permainan tetapi dia terkantoi dengan menanduk untuk mengeluarkan bola ketengah padang konon untuk rakan tapi tetiba Kapten Hendor yang sambut mendada dan melakukan lorongan kepada Origi yang berada disayap. Origi masuk kedalam dan melebarkan hantaran untuk Mane tetapi bek Stoke terlebih dulu melakukan penyudah untuk bantu Liverpool menambah gol menjadikan 3-1, bertambah selesa didepan.
Klopp taknak 3-1 jadi 3-4 , macam lawan Bournemouth sebab bibit2 kelelahan nampak pada beberapa pemain. Pertukaran Emre dengan Lana serta Sturridge dengan Origi satu percaturan tepat. Sebab apa kita nampak Sturridge memang punyai deria sebagai penyerang berbisa. Boleh hidu lawan nak buat silap bilamana dia tetiba naik terpa kedepan macam tahu-tahu Shawcross nak tolak bola kebelakang untuk goli. Hantaran kebelakang disambut Sturridge dan beliau mengelecek Al Habsi untuk gol sulung beliau musim ni dan ke 100 bagi era Kloppomania. Liverpool menamatkan permainan dengan 4-1 dan kembali naik keposisi ke-2 , masih 6 mata dibelakang pendahulu Chelsea.
Yakin Liverpool juara tahun nie..treble tahun nie FA cup,League Cup,EPL CUP..And yg pling best skli dh confirm msok UCL..Insyaallah..You'll Never Walk Alone...😄😄😄😄
ReplyDeletepunya la banyak liverpool skor musim ni, macam tak caya sturridge baru gol pertama..
ReplyDeletetahniah untuk pemain2 dan jurulatih2... kipidap
gol Firmino tu..punya la baik dribble kaki kanan,tendang kaki kiri..kena tiang kanan,lantun tiang kiri,golek masuk..dia pun tak sangka jadi macam tu..gol sturridge tu..kira dapat freelah..sukanya dia..gaya tariannya yang sengeh tu..memikat..rugi kalau jual..
ReplyDelete