Feb 15, 2017

CERITA TENTANG PILIHAN TERBAIK

Abam yang berbaju Oren, Topi merah LFC.

Sebenarnya sejak dua menjak tak menulis Abam terlalu sibuk dengan aktiviti riadah. Sejak pergi buat pemeriksaan kesihatan, doktor nasihat suruh kurangkan kolestrol. Apataknya kerja kat Negeri Penang Darul Nasik Kandar, udah lah pemalas nak beriadah tambahan geng sekerja ramai kaki melantak nasi kandar, maka abam pun terjebak sehingga tahap kolestrol atas pagar. Apatah lagi kena pula ada rakan sekerja yang dah kena serangan jantung dan terpaksa masuk spring dalam urat jantung.Sekarang makin kerap ke Gim dan ikut kawan2 naik bukit gunung, sebab nak bakar kolestrol.

Bukan nak jadi pakar kesihatan tetapi cerita pasal insiden sesat dalam hutan yang membuatkan abam rasa ianya ada kena mengena dengan pintu perpindahan Liverpool. Ianya berkaitan dengan pilihan samada meneruskan perjalanan dengan ketiadaan bekalan dengan menanggung azab atau patah balik dapatkan sumber bekalan untuk selamatkan diri. Mungkin benda ni tak berapa nak kena mengena tetapi dalam kehidupan kadangkala keputusan yang tepat pada masa yang sesuai takkan menyusahkan diri dan mengheret pasukan dalam keadaan genting.

Kalau sesiapa yang pernah ke Taman Negara Telok Bahang pasti cakap tempat tu biasa-biasa sahaja kan. Samada ke Pantai Kerachut mahupun ke Monkey Beach. Namun bagi yang terlebih semangat nak ke destinasi tanpa bekalan cukup dan panduan tepat kedestinasi dengan hanya bersandarkan teori dan pengalaman meredah gunung, maka apa yang dapat ialah azab sengsara dan keletihan separuh mati. Memang rancangan asal sekadar nak ke pantai Kerachut dan lepas itu ke Monkey beach nak mandi-manda pada Hari Raya Cina baru-baru ni.

Perjalanan sampai  pukul 12 tengah hari ke Pantai Kerachut dan nak cari trek denai yang kononnya ada ke Rumah Api Muka Head. Tetapi trek yang dicari tak jumpa dan terpaksa turun ke arah pantai dan lalui kawasan batuan tepi pantai. Usia nak sampai 4 Siri, setakat nak redah jalan denai memang takda masalah. Tetapi masalahnya nak melompat-lompat dari batu ke batu yang lain itu memang mengazabkan. Tapi lebih bermasalah jika tak boleh nak pergi ke batu besar sebab terlalu tinggi terpaksa naik ke hutan lalui semak samun dan terpaksa redah duri pokok nibong dan ranting kayu sampai luka dan berbirat.

Ketika dalam rasanya separuh perjalanan lagi nak sampai ke Muka Head, bekalan minuman telah habis. Nak cari bekalan air bersih memang tak jumpa sebab kena panjat naik ke atas bukit dan turun balik kelembah sebalik bukit untuk cari bekalan air. Keadaan agak tegang bila kepala rombongan yang nak teruskan perjalanan sebab dia yakin tak jauh dah destinasi dan buat andaian ada sumber air kat sana. Namun majoriti menolak dan mamat tu agak kecewa dan kami terpaksa patah balik sebab dah pukul 3 petang. 3 jam perjalanan baru separuh jalan dan kalau patah balik pun pukul 6 sampai dan boleh sampai sebelum cuaca gelap.



Kat sinilah pilihan yang tepat kami ambil kerana  dengan tiada bekalan dan hanya berharap dengan persepsi bahawa kita boleh teruskan dengan kudrat sedia ada, misi mustahil ini akan bawa padah. Begitulah juga dengan cerita perpindahan Januari lepas. Keadaan mungkin tak serupa tetapi apa yang Klopp buat ialah penilaian yang makan diri. Berharap dengan sisa kudrat pemain yang terlalu keletihan main dalam jadual Disember yang padat. Maka hasilnya keputusan Januari memang berikan kesudahan yang perit buat pasukan. Dari pengejar Chelsea terjerumus ke tangga ke-5.

Opsyen yang Klopp nampak macam kepala rombongan kami nampak. Teruskan sebab dia dah biasa dengan pengalaman untuk perjalanan meredah kesusahan lalui detik-detik sukar. Tetapi apa yang orang lain nampak ialah kena buat keputusan yang terbaik untuk elak musibah sebab malapetaka tak dijangka samada kita nak ambil langkah berjaga-jaga. Kalau tak kena tak apa sebab kami ambil pilihan selamat patah balik, yang sepatutnya Klopp ambil gunakan perpindahan Januari untuk kekalkan momentum Disember.

Saya tak anggap Klopp salah sama macam kepala rombongan kami. Tetapi silap langkah boleh mengheret pasukan dalam bahaya. Macam kes kami, kalau dah gelap tak jumpa laluan ke Monkey Beach alamat tidur semalaman dalam hutan atau atas batu. Silap-silap gaya esoknya tanpa makanan dan minuman semalaman kena panggil bantuan Renjer Hutan , JPAM, Bomba dan mesti glemer muka masuk akhbar Harian Metro versi Utara. Hahaha mintak simpang malu ooiii.

Perihal perpindahan ni sebenarnya nak tulis sejurus  lepas balik sebab memang isu perpindahan masih panas. Tetapi sakit-sakit badan selama kat seminggu ditambah pinggang rasa sakit terus simpan idea nak menulis. Tambahan pula orang rumah pula tak berapa sihat dah beberapa minggu dan minggu lepas kena tahan di wad KPJ Penang. Cuma apa yang kami rasai ialah pengalaman hidup sebab buat pilihan yang salah pada mulanya tetapi gunakan waktu yang tepat untuk tidak teruskan perjalanan yang agak mustahil.

Tetapi Klopp memang kental sebab dia tahu risiko yang diambil tetapi masih teruskan dengan juga dengan pilihan yang berisiko. Saya rasa dia tak salah cuma terlalu takut nak minta dana dari FSG sebab dia taknak susahkan pemilik. Sebenarnya tak membazir beli pemain pengganti Mane walaupun Mane cuma pergi selama sebulan. Kita tengok mata yang banyak  terbuang dan terkeluar dari saingan Piala EFL dan Piala FA akibat tiada bekap yang sesuai dan pemain sedia ada yang kehabisan tenaga.

Liverpool boleh bina balik kekuatan selepas kemenangan dengan Spurs baru-baru ini tetapi perjalanan masih berliku dan tak pasti lawan kita akan semudah Spurs atau sama macam laluan berliku januari sebab lawan kita majoriti bukan lagi pasukan 6 teratas. Namun begitu rasanya Klopp akan faham bahawa tragedi Januari takkan diulangi lagi musim depan. Macam itulah geng kembara kami, walaupun masih tak serik nak ke destinasi yang sama hujung bulan ni, persedian lebih rapi untuk kembali ke destinasi yang tak kesampaian tempohari.


5 comments:

  1. kenapa tak naik sampan bro. . .keh. . keh. ..keh. . .

    ReplyDelete
  2. on the way nampak bot lalu lalang..
    dok lambai kt diorang tapi dorag sekadar lambai balik.
    diorg inagt kita just say HI kot..huhu
    lagipun bot takkan nak datang selamat kitaorang
    sebab tempat kitaorang give-up tu batu besar
    bot pon boleh bocor kalau kena hempas..
    kortang belhe cuba laluan cari nahas tu ..hahha

    ReplyDelete
  3. pengalaman yang berguna walaupun pahit..

    bak kata darth vader ketika menentang luke skywalker “YOU UNDERESTIMATE THE POWER OF THE DARK SIDE. IF YOU WILL NOT FIGHT, THEN YOU WILL MEET YOUR DESTINY.”

    apa-apa pun yang penting tuan admin dan team kita selamat

    ReplyDelete
  4. BRO, LU BLEH GUNA PENGALAMAN LU NI UTK BUAT FILEM SERAM SEKUEL RESIDENT EVIL - UNTOLD STORY.RASENYER GUA PUN GIVE UP KALAU TEMPUH APE YG LU DH LALUI..ANYWAY.CONGRATZ SBB SURVIVED..

    maT ravolta

    ReplyDelete

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails