Ramai dok tanya apa hasil pergi ke La Manga selama seminggu jika hasilnya masih sama. Balik kena belasah dengan pasukan bawahan. Klopp beritahu dia cuba kembalikan semangat pemain sebab masih percayakan mereka. Klopp harap pemain yang sama boleh kembalikan kehebatan awal musim. Setakat yang ramai nampak intipati jadual kat sana hanya lepak, minum-minum dan kayuh basikal beserta sesi motivasi.
Bagi saya Klopp mungkin pernah lakukan benda yang sama ketika di Dortmund, namun Liga Inggeris realitinya bukan setakat sikap pemain, tetapi juga sikap pengurus sendiri yang kena cepat belajar. Contoh Don Conte. Sejurus kalah dengan Liverpool, Conte mainkan Chelsea dengan kekuatan sendiri. Tak peduli apa orang cakap main seni kotor Azzuri, tetapi hakikat 3 mata yang dapat, bukan statistik hebat macam Klopp buat.
Bermain dengan lawan yang pengurus baru kena pecat, memang satu kehinaan jika kalah. Lagi hina jika awal-awal lagi ada peminat Liverpool yang mahu teka keputusan kita boleh bantai mereka sampai 5-6 gol. Saya tak cakap yang Leicester masih ada aura sang juara tetapi pemain mereka mungkin ada masalah dengan Raneiri. Jadi pemain yang nampak bebal sebelum ni macam Vardy, mungkin terasa satu kelegaan dan bangkit setelah Ranieri di pecat. Ada pendapat kata Vardy bengang perpindahan ke Arsenal ditolak.
Lagi satu corak kita sendiri memberikan kelebihan kepada semua pasukan yang suka main serang-hendap, bukan sahaja kepada Leicester. Malah dipermudahkan lagi dengan keberadaan Lucas yang diberi pilihan main diposisi bek tengah. Lucas tak salah dia ada kelemahan ketara sebagai bek tengah. Namun Klopp nak juga-juga mainkan dia kat situ. Sebab itulah jika Klopp cakap dia yang harus dipersalahkan, itu memang pengakuan jujur. Kejujuran beliau mungkin kita respek, tetapi lebih kita mahu dia respek bek tengah yang sebenar macam Klavan dan Gomez.
Kita bukan prejudis dengan pemain sendiri. Tetapi nampak gaya Abam Pomade, Emre memang tak menjadi musim ni dan patut pilihan ganti Henderson diberikan kepada pemain yang lebih pakar sebagai DM. Lebih afdal letak Stewart yang boleh dikatakan bila dapat peluang memang main selesa jaga depan bek tengah. Sampai bila kita nak bela Emre jika beliau lebih banyak jadi pemerhati dan tak banyak beri bantuan kepada agnesi pertahanan. Malah kita nampak disebabkan sayang rambut, nak tanduk bola pun cam takut-takut.
Saya pernah buat tulisan yang Klopp kena kekalkan Sturridge sebab dia mungkin bangkit untuk bantu pasukan jika perpindahan januari tiada pembelian. Rasanya saya memang silap dan lemah buat penialain sebab terlalu percayakan Sturridge. Banyak perlawanan dia macam dah tak boleh kembalikan kehebatan zaman SAS dulu. Mungkin Sturridge nampak habat sebab ada gandingan hebat dan pengurus juga faham permainan beliau. Datang Klopp dia bukan kira rekod lama, dia mahukan Sturridge main dengan sistem baru. Memang kelautlah jawabnya.
Masalah ketumpulan serangan saya tak cakap punca Sturridge. Tetapi jika Firmino yang bukan penyerang tulen kena main No.9, memang Liverpool perlu penyerang baru yang boleh berikan lebih dari apa yang Firmino berikan setakat ini. Setakat ni penjaring gol utama ialah Mane tetapi seperti Firmino, Mane bukanlah penyerang tulen tetapi pemain sayap yang sekali-sekala boleh harapkan buat gol. Tapi bila dia pun tak menjadi, hasilnya kebuntuan depan gol tak membantu defisit kelompongan pertahanan yang kerap bolos.
Hampa hampa hampa. Entah la yob. Sejujurnya gegenpressing sang klopp dah di hadam serata dunia. Tp klopp masih tk ada perubahan taktikal, tiada perubahan taktikal bermakna kita tak ckup pemain. Kita perlukan rmai muka muka baru , so bole bg pelbagai impact. Harap januari ni dpt pembelian yg berbaloi. Tk salah berbelanja utk mendapat keselesaan kan?
ReplyDeleteEh januari apaa, mksd sy season baru nnt hahaha
ReplyDeleteoi bro, marah punya pasai sampai lupa bulan plak..hahaha
ReplyDeleteHahaha biasa la perasaan menyulubungi minda kahkahkah. Semakin susah nk dpt top 4 bro. Tk dpt champion kira ok lg, takkan tk dpt top 4 kot season ni. Mahu kene bahan teruk nnt haha
DeleteHmm...tak dapat tengok game sebab bertugas.tapi dari sumber saya yang boleh dipercayai,game macam kamjad.paling tak bleh blah,emre pomade.betul ke?
ReplyDelete