Klopp telah lakukan apa yang beliau patut lakukan sekian lama sepanjang musim. Formasi 41212 atau kata lain formasi berlian (diamond) bukan sahaja ubah Liverpool, tetapi bagi lawan kita pening nak susun bas. Apataknya dulu kalau main sorang penyerang, lawan dah tahu nak jaga siapa. Kali ni bila main berdua kat depan, masing-masing kena jaga pasangan masing-masing. Sebab itulah kita tengok Origi dan Sturridge lebih selesa dan nampak lebih banyak pegang bola.
Pemain macam Origi kena hamput sebab statik, kurang kreatif dan tak pandai buka ruang. Malang sekali kita lupa bahawa Klopp sendiri yang silap letakkan Origi main secara solo, padahal mamat tu belum layak nak jadi macam Costa, Lukaku ataupun Kane. Namun apa nak buat itu sahaja pilihan. Bila Sturridge kembali dan turun masa alwan Soton, kelibat beliau yang sempat main dalam 20 minit cukup meyakinkan dari Origi.
Namun kredit diberikan kepada Origi dalam gol pembukaan Liverpool. Dia pacak sebelah kiri tunggu bola, namun Sturridge berlari-lari minta bola. Bila dah ada soerang bek tengah kena jaga Origi, maka ruang untuk Sturridge terbuka. Memang Reid jaga beliau, tetapi jenis pemain camni kalau setakat sekor jaga, memang makanan beliau. Hantaran Coutinho memang gila jauh dari tengah, melewati beberapa pemain tengah dan bek. Dan Sturridge yang padai cilok perangkap Offside berjaya meloloskan diri dan menipu goli WHU dan meledakkan gol pembukan Liverpool.
Sebab itulah sekali lagi abam cakap formasi berlian ni cukup sesuai dengan majoriti pemain sedia ada. Coutinho yang diletakkan dibahagian tengah cukup menjadi sebab dia lebih mudah nak gelecek dan buat hantaran, berbanding kat sayap kiri yang menyekat kebebasan Cou untuk buat apa yang dia suka. Kalau letak kat kiri sayap, Coutinho yang tiada bakat bertahan kena buat kerja bertahan. Sebab itu bila Coutinho bermain diposisi kegemaran memang terserlah kecemerlangan.
Sejurus gol Sturridge, sebenarnya West Ham boleh menggugat kita. Mereka mempunyai peluang keemasan untuk padam kegembiraan dengan gol penyamaan. Hasil sepakan sudut Lanzini, bola dicabar pemain West Ham dan bola menuju kearah Ayew yang pada kedudukan yang sangat mudah nak hasilkan gol. Tetapi macam orang tua cakap kalau dah bukan rezeki depan mulut pun takkan masuk. Ayew bukan sekali menyepak tetapi kantoi dua kali, namun terkena palang dan keduanya berjaya dicekup Mignolet. Jantung kembali berdengup setelah macam berhenti seketika.
Separuh kedua bermula dengan Liverpool masih medahului 1-0. Paten serangan Liverpool masih sama, tetapi West Ham nampak cuba nak cari modal gol. Bila keadaan mula lebih terbuka Liverpool nampak peluang makin cerah nak tambah gol. Hasilnya dari sepakan Mat Gigi yang terkena palang kembali kekawasan depan gol West ham, namun tetiba Coutinho dapat bola mengelecek dari tengah beberpa pemain West Ham dok acuh tak acuh dan melepaskan rembatan padu kepenjuru kiri gol West Ham untuk pelawat mendahului dengan 2-0.
Satu lagi keadaan memihak kepada Liverpool apabila sepakan sudut West Ham berjaya dikeluarkan oleh Mat gigi tetapi dengan menggunakan tangan namun penjaga garisan malah pengadil tak perasan. Dengan sepantas kilat bola dilarikan Coutinho melepaskan kepada Gigi dan kembalikan kepada Coutinho yang selamba badak, mengelecek dalam kawasan penalti beberapa pemain West Ham dan dengan padu melepaskan rembatan menerjah jaring. Rasanya dengan 3-0, West Ham tak mampu nak tolong Arsenal.
Kecaman pada Origi beberapa perlawanan lepas mungkin berikan satu motivasi buat beliau. Dengan tak disangka beliau berjaya jadi penjaring gol ke-4 Liverpool. Padahal hasil usaha, Mat Stur yang melarikan bola dari tengah, Lana yang merembat tetapi dihalang goli West Ham serta Mat Gigi yang menghantar bola kepada Origi nampak lebih banyak bergerak, namun Origi hanya buat satu gerakan yang paling sukar yakni hulur kaki saja dan bola masuk kedalam jaring. Selamat Origi dari kena bahan.
Kemenangan dengan West Ham kembali melonjak ketangga ke-3. Namun berbeza satu mata dengan City yang masih ada baki satu perlawanan. 3 mata yang diraih sangat penting. Cukup bahaya sekarang ialah Arsenal sedang cucuk angin untuk memotong dihujung garisan penamat. Nasib baik pasukan Setan Merah kena tapau dengan Spurs dan harapan mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara melaui pintu belakang, itupun jika menang Piala Europa. Kita masih perlu risaukan satu lagi perlawanan yang mementukan nasib kita sendiri. Jangan ingat Boro yang dah jatuh nak bagi peluang mudah.
Dah habis liga baru jumpa cara nak lawan parking bas.haaiii....last game memang wajib menang sambil mengharapkan city cicir mata.kalau city tak cicir mata,kita jatuh no.4.takut setan main ikut belakang dapat juara europa.pedih woo...
ReplyDeleteya betul..skg ni kita target top 3.. top 4 dah tak selamat sebab setan main final europa.. kalau juara, otomatik no.4 akan diterajang keluar..
DeleteNo 4 pun dh layak ke play off UCL walaupun Man u menang europa cup...
DeleteDpt pergi play off bro ucl bro klau no 4. Tp play off kita sukar le. Akan jmpe team kuat2 mcm napoli ke dortmund ke
Deletesprti yg aq cdngkan d komen sblm ni. ia mmng mnjadi klau jmpa dgn taktik susun bas. .asa kdua sturridge nak buat lagi tapi dah ketahuan oleh pnjaga gol trus maju dptkan bola. player kat perlu mark player kat atas jadi sng nak cross klau diorang redy nak running tanpa offside. aq tngok prsmbhan liverpool bru2 ini sprti awal2 musim. nmpak mnggnas. tahniah tapi dah lewat, cuma prlu cari tmpt 3 atau 4.
ReplyDelete