Berita pasal pasukan West Ham yang alami krisis kecederaan ramai pemain utama satu bonus buat kita. Ni peluang baik untuk menindas mereka yang dilanda musibah. West Ham cukup badi sebelum ni bila mereka punyai barisan terkuat. Namun Bilic musim ni macam hilang kesaktian salah satu sebab Hero musim lepas Dimitri Payet dah belah.
Mignolet
Clyne Matip Lovren Milner
Gigi Grujic Emre
Lana Stur Cou
Pasukan kita cuma kehilangan 2 tonggak harapan dari Brazil Firmino dan Lucas. Nak kata panik tak juga sebab ini peluang terbaik untuk ketengahkan Sturridge dalam peranan utama ganti Origi. Origi agak hamlau kebelakangan ni mungkin sebab dok berasa tiada saingan. Sekarang tiba masanya Mat Stur ajar Origi camna nak jadi penyerang utama.
Kita nampak kelibat Grujic pada perlawanan Soton. Nyaris mamat galah tu nak jaringkan gol minit akhir. Kalau Lucas tak sempat cergas , Grujic orangnya calon boleh kemaskan bahagian tengah. Susuk tinggi dan sado harap tak lembik nak bertempur dengan tengah lawan. Sebenarnya abam rasa Klopp bakal letak Grujic sebagai pemain kotak ke kotak bersama Gigi dan Emre ditengah bertahan.
Kat Stadium Olimpik nanti West Ham sebagai tuan rumah. Secara tak rasmi mereka mungkin bakal main susun bas untuk basmi kekuatan kita. Kalau dengan Soton kemain sukar nak lolos, mungkin kalau West Ham main gitu Klopp kena ubah plan lain. Abam tengok banyak pasukan atasan yang tapau mereka main secara lebih pantas dikawasan kotak gol.
Jadi Klopp kena elak main hantaran mudah diluar kubu lawan. Maka kalau boleh buat hantaran kedalam kotak dengan pantas sekerap mungkin. Biar rugi buang bola takpa, kena ambil risiko sikit untuk dapatkan peluang lebih bahya untuk robek kubu lawan. Sebab tu kalau Sturridge main tahap keyakinan peminat ketika dia beri persembahan terbaik lawan Soton berikan sinar harapan.
Klopp dalam misi 3 mata untuk realisasikan posisi 3 atau 4. Klopp sendiri cakap jika tak dapat kelayakan ke Liga Juara Juara, punah harapan nak dapatkan pemain sasaran utama. Ramai pemain yang kita dok usha idamkan pasukan Liga Juara Juara. Sebab itulah bila kita tak layak ataupun sekadar ke Liga Europa tak pasti samada kita dapat pemain idaman atau sekadar dapat gred B. Nasib dikaki sendiri dan pemain perlu berikan sebaik mungkin dalam misi sukar di Stadium Olimpik.
Lineups
ReplyDeleteGoalkeeper: Adrian
Defence: Jose Fonte
Defence: Winston Reid
Defence: James Collins
Midfield: Manuel Lanzini
Midfield: Sam Byram
Midfield: Edimilson Fernandes
Midfield: Haavard Nordtveit
Midfield: Aaron Cresswell
Forward: Andre Ayew
Forward: Jonathan Calleri
Injured: Pedro Obiang
Injured: Andy Carroll
Injured: Michail Antonio
Injured: Diafra Sakho
Injured: Cheikhou Kouyate
Injured: Angelo Obinze Ogbonna
Injured: Mark Noble
Coach: Slaven Bilic
Goalkeeper: Simon Mignolet
Defence: James Milner
Defence: Nathaniel Clyne
Defence: Dejan Lovren
Defence: Joel Matip
Midfield: Georginio Wijnaldum
Midfield: Emre Can
Midfield: Adam Lallana
Forward: Divock Origi
Forward: Philippe Coutinho
Forward: Roberto Firmino
Injured: Sadio Mane
Injured: Danny Ings
Coach: Jurgen Klopp
Wes 2 Liv 5
ReplyDeleteLiverpool 2-0 West Ham
ReplyDeleteaq tngok prlawnn che lwan mddles tempo hari. satu cara nak tembuskan benteng iaitu dgn cara pnyrang sntiasa brsdia nak running utk di pass oleh mdf dan pastikan btul2 x offside. player che bijak buat huru hara benteng dgn cara tiki taka di tengah secara pantas, bkn dgn tenang. My score 2-0. lana dan coutinho.
ReplyDeletewest ham 1 - 2 liverpool
ReplyDelete-stan-
Kito monang 3-1
ReplyDeleteKita menang 1-0
ReplyDeleteabam tikam West Ham 1-3 Liverpool..
ReplyDelete#ynwa
west ham 0 - 2 Liv
ReplyDeletewes 1 liv 3
ReplyDeleteada lg 2 game tinggal, kalo menang dua-dua ni...
boleh seri dengan khairul bell ..he..he..
West 0 - 3 Liverpool
ReplyDeleteKluangman
Kasi betul teka kali ni...
Kita monang 2-1
ReplyDeleteCucu mak leha cuba menyamakan kedudukan untuk teka keputusan last game nie.juara tetap khairul bell.cuma dia juara tunggal atau juara bersama.macam nak menang liga pulak.hahahaha
ReplyDeleteRasanya cucu mak leha x bnyk pun buat tekaan seasons ni berbanding sy yg hanya terlepas 1 game. Bayangkan kalau setiap perlawanan cucu mak leha buat tekaan . Sy rasa juara pasti milik dia
DeleteJangan Lupa bro.. cucu mak leha bekas pemenang edisi tahun lepas. Tapi rasanya Khairul dapat kot kali ni
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteLebih kepada lucky(Liv.) and unlucky West Ham)
ReplyDelete