Cuti dah berakhir bagi kebanyakan pemain dan ramai dah lapor diri. Kita peminat pun dah lama sangap nak tengok mereka beraksi. Walaupun hanya Salah dan Solanke muka baru, musim ni persediaan nampak lebih gempak.
Ings yang cuti rehat selama dua musim tak sabar nak tendang bola. Sturridge cakap dia cergas dan bakal beri saingan untuk slot penyerang utama. Gomez ada ura2 nak dipinjam keluar tetapi rasanya tak dibenarkan. Sakho blom pasti kekal cuma tanda harga 30juta Pound tak pasti kelab luar nak pikat.
Lucas pula masih berlatih dan begitu juga beberapa pemain yang dijangka dijual macam Moreno dan Markovic. Sesi ini mereka sekadar mencari kecergasan untuk sementara tunggu pembida. Klopp takkan nak simpan mereka sebab senarai pengganti dah dapat atau tunggu nak sain aja.
Tranmere bakal jadi tuan rumah. Kelab adik beradik kejiranan ni memang selalu dapat peluang main dengan Liverpool. Duit tiket akan beri Tranmere sedikit sumber kewangan nak bersaingan dalam divisyen mereka musim akan datang. Kiranya Liverpool macam buat CSR untuk komuniti bolasepak Merseyside.
Rasanya perlawanan tak disiar dalam Astro. Tetapi kita boleh godek dalam facebook mesti ada siaran haram yang disiarkan secara curi curi sebab dalam Liverpoolfc.tv ada siaran langsung setiap perlawanan persahabatan.
alahai..sayangnya klau xde kat astro. sbb aq x pndai sngt guna facebook ni...instagram pandailah. bagi pluang la pemain yg jrang sngt main trmasuk pemain baru.
ReplyDelete