Lucas Leiva ketika baru masuk ke Liverpool adalah pemain muda terbaik Liga Brazil. Masik ingat lagi rambut ala Hanson, nampak sedikit jambu. Dia dibawa masuk ketika Gerrard, Alonso dan Mascherano jadi tonggak utama. Masa kat Gremio, Lucas main sedikit menyerang dan Rafa nampak mamat ni boleh bersaingan dengan Gerrard kalau ikut potensi. Rasanya setelah Mascherano pergi barulah Lucas dapat peluang itupunn main diposisi tengah bertahan sebab dia mampu main baik kat situ.
Kalau tak kerana cedera dalam perlawanan dengan Chelsea musim 2011, rasanya Lucas boleh jadi pemain Barcelona sekarang. Itulah orang cakap takda rezeki, Lucas kembali dalam pasukan merangkak-rangkak. Kejap ok kejap kena maki sebab beliau memang tak boleh mengambalikan zaman kegemilangan awal 2010 dulu. Sejak kecederaan lutut, Lucas hilang kepantasan dan dia tak mampu nak main agresif macam dulu.
Namun hairan pengurus silih berganti dari Rafa ke Hodgson ke Dalglish ke Rodgers dan Klopp. Lucas masih mampu bertahan selama 10 tahun. Kalau pemain lain mesti sentap minta pindah sebab tiada jaminan nak main. Cuma semua pengurus yang pernah melatih Lucas akui beliau adalah pemain yang dedikasi dan punyai pengaruh dalam bilik persalinan dan sebab itulah Lucas pernah menjadi timbalan ketua kelas sebelum Milner masuk.
Rasanya bukan tanpa sebab Lucas pergi ke Lazio, dia merasakan ada pemain baru yang dibawa masuk untuk posisi tengah bertahan. Malah Klopp dah bagitahu jika kekal tiada jaminan dia boleh dapat masa permainan hatta di bahagian bek tengah macam sebelum ini. Perpindahan berjumlah £5juta Pound ikutnya tak berbaloi sebab Lazio bakal dapat pemain yang masih cemerlang jika diberi peluang kesebelasan utama.
Apa pun kita ucap selamat maju jaya untuk Lucas Pezzini Leiva.
No comments:
Post a Comment