Kloop cakap dia akan turun barisan terkuat untuk lawan Porto kat Anfield. Mungkin strategi perang saraf kot. Mana mungkin nak ambil risiko sampai camtu sekali. Dah 5-0 kot. Lagipun hujung minggu ni lawan Setan Merah untuk tentukan kedudukan tangga ke-2. Klopp lebih perlukan perlawanan hujung minggu untuk barisan terkuat berbanding Porto yang cuba nak buat kejutan.
Lagipun masa lawan Newcastle haritu ramai pemain macam Emre dan Robertson kita tengok terhincut-hincut kena tibai. Kasi muka sikitlah kat Moreno sebab mamat ni kempunan nak juga main. Pemain tengah macam Emre dan juga Ox kita tak risau untuk rehat sebab Lallana dah cergas dan perlu minit permainan. Milner pula bab perlawanan Eropah memang terbaik dan merupakan pembantu gol terbanyak Liverpool di persada Eropah musim ni.
Karius
Gomez Lovren Van Dijk Moreno
Milner Hendo Lallana
Ings Solanke Mane
Porto juga dengar cerita masih dibelenggu kecederaan teruk. Ramai pemain utama cedera. Mana mungkin misi mustahil nak menang 6-0 jika mereka nak letak barisan simpanan. Sebab pasukan kita bukan tunggul kayu main walaupun menggilirkan ramai pemain simpanan. kecualilah benda pelik berlaku contoh 3 pemain kita dapat kad merah sebab pukul pengadil itu lainlah cerita kan. Cuma harap pemain yang diturunkan tak kira kesebelasan terkuat atau yang tak terkuat fokus dan tak eksyen sebab dah nampak separuh kaki ke pusingan seterusnya.
liv 3 por 1
ReplyDeletelallana jangan nak cekik pemain lawan sudah ha.. ha..
haritu angin kot sbb budak2 x respek otai.. game bawah 23
Delete3-0
ReplyDeleteLawan Porto..kita sebelah kaki dah melangkah..langkah besar ke hadapan..yg.penting lagi..lwn.MU minggu ni..di mana kuatnya..red devil?ketinggalan 0-2 separuh masa..boleh kejar..dan menang 3-2 lwn Palace,.Harap Encik Kulopp dah belajar..jangan bolos lagi...kita mengejar kedudukan kedua..hingga tamat EPL.Kita percaya strategi staff dan kesungguhan pemain ..YNWA. 3-0.
ReplyDelete