Bukan senang nak tapau pasukan Pakcik Rafa Benitez. Menyakitkan hati dan perasaan. Dia punya susunan bas terlalu kukuh dan tegar. Tambahan pula diorang main 5 kat bawah. Kalau setakat main dengan buat hantaran malas, kiri kanan dan belakang balik takkan ada hasil. Disiplin dan sifat bertanggungjawab pemain untuk ikut arahan Rafa punca sampai separuh masa pertama hujung-hujung perlawanan baru ada hasil.
Permainan menguasai bola kadang-kala seronok, kadang-kala menyakitkan hati tengok. Tepi belakang tepi belakang balik. Lawan dah baca camna nak pertahankan kawasan sebab takda kreativiti nak tembus dari tengah. Banyak serangan dari tepi sebab lawan dah bersardin kat tengah. Cuma peluang tetap ada, tetapi penyudah kelaut. Mane hampir dapat seawal permainan. Salah juga hampir tapi ambil masa lama nak bedil.Tandukan Lovren juga tepat dikeluarkan lawan.
Cuma bila serangan dilakukan dengan konsisten, ada ketika-ketika idea segar akan keluar. Itu orang panggil kreativiti nak oiii. Ox bukan lagi pemain lesu dari kelab Meriam, macam mula-mula datang. Walaupun dia tak banyak buat larian pada awal permainan, sebab terlalu berhati-hati takut kantoi bola. Namun pada ketika minit ke-40, bola dipintas Hendo dapat kepad Ox dan larian Ox memang hebat melarikan bola dari celahan pemain lawan dan seurus nampak Salah dia lekas-lekas menjulurkan bola kepada Salah dan Salah berjaya menjaringkan gol sulung malam tadi dan ke-24 dalam Liga.
Sejurus perlawanan separuh kedua bermula Newcastle masih lagi malu-malu kucing nak main buka. Rafa masih mahu kekalkan momentum sama, dan harap dapat gunakan serang balas. Dan juga harapkan Gayle punya Ong. Mungkin tangkal Ong Gayle tertinggal kat kampung. Liverpool pula mengggandakan usaha. Kali ni gerakan hataran pemain tengah dan berakhir dengan Firimino yang melarikan bola dan melepaskan hantaran kedepan untuk Mane masuk mencilok dan melepaskan rembatan padu untuk Liverpool memadamkan badi dengan taktikal Rafa.
Peranan serangan kita nampak dari segi gol. Tetapi peranan orang kat bawah banyak menyumbang tanpa bolos. Rekod 4 perlawanan dari 6 tanpa bolos, kira memang dah meningkat banyak. Karius walaupun tak banyak aksi, tetapi dai menyelamatkan satu percubaan bahaya Newcastle. Semangat itu datang dari mana?, ada kemungkinan cerita pasal Alliosn goli AS Roma atau mungkin pasal Van Dijk yang bawa aura kepimpinan. Sebab apa Van Dijk nampak macam dah lama kat Liverpool, sebab dia boleh bisng-bising kat pemain senior dan suruh itu arah ini. Sampaikan Lovren punya nampak macam Gerrard Pique punya hebat.
kah kah..bab lovren mcm pique tu win!
ReplyDeleteyes..perlawanan bola sepak ibarat satu medan perang...perlukan kapten,sarjan dan seplatun askar yg.saling mengenali,bantu membantu..VDV ibarat sarjan..sementara Mane,Firmino dan Mo.Salah bagaikan penembak tepat..ketika ini.
ReplyDelete