
Cerita kecewa seri dengan Birmingham mari kita tinggalkan, kita segarkan minda dengan perkembangan mengenai kejohanan di Eropah pula. Perlawanan Liga Europa khamis ini membuka tirai dengan lawan kita dari Romania, iaitu Steaua Bucharest. Mengikut laporan koresponden Buletin Liverpoolkita di sana, pasukan mereka tak hebat sangat pun. Minggu lepas mereka kena titik 0-1 dengan Unirea Urziceni, dan turun ke tangga ke-3 liga. Steaua main lebih kurang kita juga 4411, tapi menggunakan pemain sayap pantas iaitu Christian Tanase dikanan dan kiri pula Mihai Radut. Penyerang mereka, Romeo Surdu juga boleh tahan namun mereka amat berharap dengan Bogdan Stancu yang bermain dalam lubang. Pemain perancang ini dah jaring 6 dari 9 perlawanan. Pemain tengah mereka, Octavian Abrudan dan Stanislav Angelov sekadar macam Poulsen dan Lucas, bertahan dan pecah serangan lawan. Tapi yang menariknya bek mereka yang tak disebutkan kerana amat misteri, adalah liabiliti kepada pasukan. Bak kata orang lubuk serangan. Jadi koresponden disana yakin bahawa kita boleh menang selesa jika main dengan lebih menyerang.
Pasukan kita kalau diikut prestasi Europa, boleh dikatakan membanggakan. Belum tewas lagi sampai keperingkat kumpulan. Walaupun begitu itu hanyalah sekadar bertemu lawan yang kurang setanding. Hero kita dalam kejohanan setakat ini bukan Gerrard atau Torres, tetapi Ngog dengan 4 gol. Dia mungkin perlu turun jika Torres direhatkan. Dan kita pasti mahu lihat Cole serta Meireles main bersama. Kedua-duanya amat kreatif lagi aktif dalam menggerakan serangan. Namun saya pasti Gerrard dan Poulsen direhatkan dan Lucas akan main sepenuh masa. Bagi peluang pulalah kepada Babel dan Pacheco main untuk ganti Jovanovic dan Maxi. Rasanya mereka takkan menghampakan. Kelly, Agger, Sotoridis dan Darby perlu mungkin boleh diletakkan dalam unit serangan serta Jones akan ambil alih tugas Reina yang perlu rehat cukup untuk menepis serangan Man U.
Sepatutnya dah sampai ke format Liga kita kena pulun sehabisnya. Tapi bagi saya, dah tak ada nikmat Piala ini kerana beberapa sebab. Satunya ialah pasukan kita asyik kena main ahad atau isnin sebabkan jadual Europa yang selalu main khamis. Memang hampeh sebab esoknya kena kerja terbarai mata tahan ngantuk. Dan satu lagi peluang cedera adalah tak berbaloi jika berlaku main kejohanan ini dahlah hadiah johan pun murah sangat. Namun saya akur dengan pendapat umum yang mahu kita sedaya upaya dapatkan Piala Europa kerana inilah peluang Pak Cik Roy cari trofi musim ini.
No comments:
Post a Comment