
Sakit hati juga dengar ayat poyo Hodgson semasa sesi temuramah masa dah tamat perlawanan. Dia amat berpuashati walaupun sekadar kutip satu mata. Apa dia ingat kita baru sahaja seri dengan Barcelona atau Inter Milan kot. Kalau permainan cantik tak apalah pula, ini macam caca merba. Serba tak kena dan tak menjadi segala taktik beliau. Sepatutnya dengan reputasi dah tahap otai dia kena memotivasikan pemain, walau kebanyakan mereka bukan anak kecil lagi. Saya tak salahkan dia kerana keputusan, tetapi cara beliau uruskan pasukan amat membimbangkan. Kadang-kadang terfikir juga yang kita lihat di Fulham sama sekali macam orang lain. Jadi kalau macam inilah caranya taktik kita dan tiada perubahan lagi sampai bila-bila, alamat perlawanan yang dianggap macam kacang menentang Blackpool, pun kita boleh kena getah.
Sekarang ini pasukan lain dah anggap pasukan kita hina dina buat masa ini. Kalau dulu, tambah-tambah di Eropah, pasukan Elit macam Real, Barca dan Inter ketar lutut kalau lawan kita. Tapi sekarang dengan kelab cikai yang asyik kena tibai di Liga Belanda tapi mereka main macam diaorang wakil paling hebat disana. Apa sudah jadi ni Pak Cik Roy. Buatlah sesuatu selain asyik dok gigit kuku kat bangku simpanan. Kami sebagai peminat setia Liverpool mahukan komitmen dan semangat serta kepakaran yang ada. Tak perlu nak buat kerja susah macam Rafa dengan menalaah video, youtube, 3gp dan lain-lain sampai tidur tak cukup. Buat macam pengurus British lain buat, mainkan mereka diposisi terbaik masing-masing, bukannya buat eksperimen yang hanya mengurangkan kekuatan sendiri. Lagi satu saya amat terkejut apabila tiada pemain muda selain Kelly diketengahkan padahal Spearing atau Ngog mungkin boleh memberikan kelainan dalam perlawanan itu.
FC UTRECHT (4-4-2): Vorm 6; Cornelisse 6, Schut 6, Wuytens 7, Nesu 6; Duplan 6 (Maguire 69min, 6), Lensky 7 (Nijholt 82), Silberbauer 6, Mertens 8; Mulenga 7, Van Wolfswinkel 6.
Simpanan: Sinouh, Keller, Vorstermams, Van Der Maarel, Demouge.
LIVERPOOL (4-2-3-1): Reina 6; Johnson 6, Carragher 7, Skrtel 6, Kelly 6; Lucas 6, Poulsen 7; Meireles 6, Kuyt 5, Cole 5 (Rodriguez 81); Torres 6.
Simpanan: Jones, Kyrgiakos, Spearing, Jovanovic, Babel, Ngog.
Kad Kuning: Lucas, Meireles, Kelly.
Pemain Terbaik: Dries Mertens.
Pengadil: Duarte Gomes (Portugal)
roy kn member kamceng alex..haha..fhm2 la..x lma lg la liverpool kita ni..
ReplyDeleteCukup keciwa tgk game smlm..
ReplyDeleteMain ngn Utrecht pn x lepas..
Game smlm xder lansung menunjukkan Liverpool nie sebuah kelab yg ramai star dan boleh main bagus.
Lucas - xtau la naper Hodgson leh pilih die.Dah la terlepas bola 3 4 kali, passing x betul. Tengah x kreatif lansung gabungan Lucas-Poulsen.
Kita diserang bertubi-tubi dari tepi.Pihak lawan bleh cross senang2 jek..