Ramai kecewa dengan prestasi pasukan kebelakangan ini. Tewas 3 perlawanan berturut-turut amat menyakitkan hati. Pada perlawanan Man U dan Arsenal, pasukan kita main baik tapi tetap kalah. Itu boleh diterima akal kerana kita lawan pasukan yang lebih mantop dan punyai kualiti disetiap posisi. Namun tewas kepada pasukan cipan macam Sunderland dan permainan pula sangat teruk memang membuatkan ramai peminat tertanya-tanya mengapa ianya terjadi. Adakah pemain dah puashati sekadar julang Piala Liga atau mereka main terlalu konfiden dengan Sunderland.
Bertemu Everton di Goodison Park amat mendebarkan. Apa tidaknya , Toffes dan berjaya tiaw 2 pasukan tangga teratas, Chelsea dan Spurs. Bagus tak bagus permainan mereka itu cerita lain, tapi boleh menang dengan kelab elit walaupun tipis menampakkan bahawa Everton dalam prestasi terbaik mereka. Lagipun perlawanan jiran lawan jiran memang panas dan mungkin banyak insiden dan kontroversi akan terjadi. Jadi pasukan kita kena bersedia bukan sahaja pertarungan fizikal, malah mental juga kena kuat. Sebab sebelum ini tak nampak kekuatan mental pemain dan juga kesefahaman permianan berpasukan.
Hanya seorang sahaja dapat mengubah nasib pasukan, Siapa lagi bukan Dalglish. Dia perlu buat keputusan bijak tentang formasi dan juga taktikal yang tersempoi untuk hadapi pasukan lawan. Pemain macam Maxi amat diperlukan bukan sahaja kerana pengalaman tapi pemain ini punyai sentuhan ajaib dan dapat membantu kurangkan beban penyerang untuk sumbat gol. Prestasi Carragher sebelum ini hambar tapi Coates mungkin akan lebih gugup menghadapi tekanan perlawanan kejiranan, tapi saya tetap harap Coates dapat timba pengalaman pertama dengan Everton. Yang lain tiada perubahan kecuali kalau boleh taknak Adam dalam kesebelsan itu saja.
Harapnya kita main untuk menang, bukan main cantik, hantar bola sana sini tapi tak ada gol. Mungkin kali ini nasib kita tak seperti 3 perlawanan terdahulu. Mudah-mudahan pemain sedia berubah dan Kenny juga dapat kembali sentuhan keramat untuk memastikan kita pulang dari Goodison Park dengan 3 mata bukan 1 atau balik bawa telur. Keoptimisan saya tentang keputusan ini agak samar-samar, tapi saya redah yang pasukan kita akan menang 2-1, dan kali ini Suarez dan Gerrard bakal mengegar gawang The Toffees. #YNWA
king kenny kne bikin formasi yg solid...n penyerang yg turun msti asah ckup2 taji kt kaki masing2 utk bikin gol...kalau carrol main la,wing both side kne function ckit bg crossing2 maut kt kepala mamat toncet tu... (Mr.Berger)
ReplyDeleteLiverpool 2-1 Everton
ReplyDeleteLiverpool 2-0 Everton
ReplyDeleteliv 3-2 eve
ReplyDeleteAdmin, bukan ke liverpool main di Anfield? Bukannya d Goodison Park? Apapun, saya rasa liverpool akan seri aje. Sbb liverpool mmg akan main cantik di anfield tp penyudahnya hampeh. Pemain tengah tidak membantu. Jeles tgk siaran tertunda arsenal lwn newcastle. pemainnya berkualiti dan penyudahnya tajam. apapun, hati kecil saya harap liverpool menang. Walaupun hakikatnya, pemain liverpool hampeh. Kita tak boleh mengharapkan suarez dan gerard aje...
ReplyDeleteLiverpool 2 - 0 Everton
ReplyDeletebandingkan prestasi liverpool sbelum dan selepas ketiadaan lucas. beza bai.. lucas adalah pemain sejati liverpool sebb beliau cipta 'connection between midfield n defender'. itulah kekuatan liverpool mase dapat naib juara musim 2008-2009 dulu.. aku cuma doa mng 1-0 ckup la..
ReplyDeletemain kek anfield ler.. hehe.. macam mana nie penyokong kop..
ReplyDeleteYNWA