Walaupun pemilik QPR seorang warga Malaysia, saya tetap tak bangga dengan situasi ini. Macam yang saya bebel sebelum ini adalah lebih afdal jika Tony membangunkan bolasepak tempatan dengan beri penajaan penuh kepada FAM atau buat kelab Tony Ferdy Ranger di Liga M siapa pun tak kisah. Namun mesti orang cakap duit dia lantak dialah. Namun anda silap, kalau jadi apa-apa kat Air Asia, konpem duit rakyat dari Khazanah Nasional kan digunakan untuk "bailout" Air-Asia yang MAS ada saham dalamnya. Pencerahan ini bukan nak cakap menyentuh hal politik tapi hal konsumerisme.
Menurut rekod sebelum ini QPR sejak djaman 90an lagi tak pernah menang dengan kita. Adalah kot sekali seri, itupun saja nak kasi muka. Musim ini dibawah pemilik hensem ala Amita Bachan, saya tengok ada juga pelaburan pembelian pemain yang kool. Misalnya membeli budak liar Barton. Beli rijek Liverpool, Djibril Cisse dan City, SWP. Beli macam-macamlah pemain yang nampak gempak tapi haprak. Sebelum ini jasa Warnock menaikkan QPR ke Liga Perdana tak dipandang langsung, padahal tak silap saya Warnock memang pakar menaikkan kelab dari Liga Kejuaraan ke Liga Perdana. Mungkin hanya itulah kepakaran Warnock yang lain dia tak reti sebab tu digantikan dengan Mark Hughes.
Prestasi pasukan kita sedang dalam era kebangkitan. Ini disebabkan Kenny mungkin tersedar dengan situasi dan keperluan pasukan, bukannya ego sendiri. Ego beliau sebelum ini adalah bagi peluang kepada Adam yang memang tak masyuk dengan corak permainan dengan tempo pantas dan menekan lawan bila bola tiada dikaki. Tengok, bila gantikan Spearing dengan Adam, semuanya berjalan lancar dan apa yang dirancangkan semua menjadi. Trio serangan Gerrard-Suarez-Carroll makin lama-makin nampak macam dah klik. Malah Downing kian teransang untuk jadi Downing di Villa. Cuma leceh disebelah kanan sahaja tiada calon konsisten. Barisan bek, Kelly-Skrtel-Carragher dan Enrique kian mantap dan kejap.
Kesebelasan Liverpool menentang QPR belum diketahui sebab pihak perubatan Liverpool masih belum dapat memastikan samada Suarez dan Kelly bersedia untuk diturunkan esok. Kedua-dua mereka mendapat saguhati dari pemain Stoke yang memang mengamalkan motto "Tak dapat ambil bola kita ambil kaki". Jadi calon bidan terjun ialah Kuyt ganti Suarez dan Flanagan ganti Kelly. Namun letaklah sesiapa pun kecuali Adam, Liverpool pasti akan mendapat 3 mata kerana kontras antara prestasi terbaik kita dan prestasi flip-flop QPR kebelakangan ini. Cakap banyak tak guna, kalau Suarez main konpom 4-0 tapi kalau dia tak main menang 2-0 pun jadilah.
flanagan ok gak,
ReplyDeleteoh ya, dah lama dah aku perati Liverpool ni kadang2 mula dengan laju berdesup masuk second half dah mula slow down....aku rasa adam tu cepat pancit ler, muka pon dah mcm vateran skit...
ReplyDeletesaya suka pendahuluan tu bang...hidup pakatan rakyat...LIVERPOOLKITA mmg terbaik..harap2 dapat duduk se - teable ngan owner blog ni kat seri putra, bangi..YNWA
ReplyDelete3-0
ReplyDeleteliv/qpr
yakin yakin
secara telusnya.. saya tak sokong pembelian QPR, bukan membangkang, tetapi tiada apa utk dibanggakan. "bangga sbb QPR dimiliki rakyat Msia?" Haha, ramai tak kisah dn xkenal pun siapa pemilik barca, kelab terkuat dunia.. jagn mara.. Liverpool mng 2-0!! YNWA..
ReplyDeleteLiverpool 2 - 0 QPR
ReplyDeleteLFC 2-1 QPR
ReplyDeleteLAWAN TTP LAWAN
QPR 0-3 LFC. :YNWA!
ReplyDeleteLiverpool 2-0 QPR ! ALL THE WAY !
ReplyDelete