Tajuk kat atas memang sengaja disensasikan macam akhbar Harian Metro. Harap jangan tersentap sebab itulah cara wartawan sengal nak tarik pembaca. Sepatutnya skema tajuk ialah England hantar Sweden pulang awal. Tapi takut jap lagi ada anon mana plak buat kira-kira yang Sweden masih mampu macam Belanda.
Kenapa Carroll yang jadi modal cerita bukan Gerrard atau Walcott atau penjaring osem macam Welbeck. Ini kerana gol pembukaan ialah gol keramat. Tandukan padu Carroll memang marbeles namun kredit juga kepada Kapten Gerrard yang melakukan hantaran dari tengah memang sempoi mencari kedudukan Mat Tocang macam ada ada signal GPS untuk bola dinavigasi tepat dan terpinga-pinga Sweden terkena serangan Udara British.
Sweden bukan kamjad yang disangka. Melberg membalas kealpaan pertahanan England dengan sepakan deras tapi Johnson berkerja keras untuk menepis telah dapt menjadi penjaring gol Sweden. Sekali lagi bek England buat sewel dengan membiarkan Melberg meniru gaya Carroll dengan menanduk masuk gol pendahuluan Sweden.
Tapi otak Abah Roy memang jalan. Penukaran Milner dengan Walcott menjadi, apabila pemain Arsenal taua bakal pemain Chelsea itu melakukan voli untuk menyamakan kedudukan. Namun sekali lagi Walcott menambahkan minat Chelsea terhadapnya bila menjadi penyumbang kepada gol terbaik kejohanan yang dijaringkan oleh Welbeck.
Walaupun kedudukan England nampak kian selesa kerana bakal bertemu Ukraine yang tewas kepada Perncis 2-0, namun hanrus diingat depan penonton sendiri, pasukan bekas pemain kita Voronin pasti akan tunjuk garang. Namun satu mata sudah cukup buat England untuk layak. Tapi dengan kemasukan pemain simpanan macam Rooney bakal memberikan kegerunan kepada pemain Ukraine bukan kerana kehebatan tapi kerana kehodohan beliau membuatkan pemain Ukraine muntah ijau dan tak ada tenaga nak main.
