Jun 10, 2017

SALAH TAK BERSALAH


Kes Mat Salah berlanjutan dan masih tiada kata putus. Rasanya terma dengan pemain dah setel, cuma sekarang topik harga perpindahan yang merawit sampai berminggu-minggu. Pihak AS Roma bertegas mahu jumlah  £35juta Pound tak boleh kurang. Manakala Liverpool mahu diskaun sikit lagi sebab mereka hanya nilaikan pemain Negara Firaun itu dalam lingkungan £25-28juta sahaja. Kenapa jadi begini pasti kita yang tak tahu apa bingung sebab apa perangai pihak FSG macam siyal kebelakangan ni. Dahlah kes Van Dijk pun cacamarba jadinya.

Dari sumber-sumber boleh dipercayai, rupa-rupanya Liverpool cuba main kasar dengan cuba ambil kesempatan masalah kewangan AS Roma. Korang takkan percaya yang Roma dalam keadaan terdesak terpaksa selesaikan "Financial Fair Play Rules" sebanyak £28juta Pound dengan FIFA. Oleh kerana itu Liverpool sengaja lengah-lengahkan masa untuk beri tekanan kepada Roma. Sekarang ni Roma yang terdesak mungkin bakal mengalah, cuma kita takut jika ada orang pergi sailang Salah dari kita dengan harga yang Roma mahu, melepaslah lagi.

Sebab itulah Liverpool cuba cari alternatif lain seperti Gelson Martin untuk sekali lagi beri tekanan. Padahal ikutnya Salah tu memang pilihan utama Klopp. Memang sampai hati betul FSG punya nak jimat beberapa juta tetapi sanggup ambil risiko kehilangan sasaran utama. Bab Van Dijk kita tak kisah sebab harga teramat merapu, tetapi bagi kita nilai Salah amat berpatutan sebab mana nak cari pemain sayap yang mampu jaringkan berbelas gol dan paling abam kagum ialah Salah jarang cedera. Yang ni kalau tak jadi memang naya sebab kali ni Salah memang tak bersalah macam kes Brendan Rodgers dulu.

SENARAI PEMAIN KEKAL 2017/18


Berikut adalah senarai pemain yang dikekalkan dalam kumpulan yang didaftarkan termasuk pemain belia untuk Liga Perdana Inggeris musim 2017/18. Tapi semuanya bukan bermaksud takda yang dikeluarkan dalam senarai kerana musim perpindahan belum bermula.

ADEKANYE Omobolaji Habeeb  KLAVAN Ragnar
ALEXANDER Arnold Trent  LALLANA Adam David 
AWONIYI Taiwo  LENNON Brooks 
ROBERTO FIRMINO Barbosa De Oliveira  LOVREN Dejan 
BOGDAN Adam  MANE Sadio 
BRANNAGAN Cameron  MARKOVIC Lazar 
CAN Emre  MASTERSON Conor 
CHIRIVELLA Burgos Pedro  MATIP Job Joel Andre 
CLYNE Nathaniel Edwin  McAULEY Glen 
Correia GOMES TONI MIGNOLET Simon 
COUTINHO Correia Philippe  MILAR Liam 
COYLE Liam  MILNER James Philip 
DHANDA Yan  MORENO Perez Alberto 
EJARIA Oviemuno NEVES Alves Paulo Manuel 
FIRTH Andrew Offer  OJO Oluwaseyi 
FLANAGANJonathan  ORIGIDivock Okoth 
FULTON Ryan  Pezzini Leiva LUCAS
JUANMA Garcia Rey Juan Manuel  PHILLIPS Nathaniel Harry 
GEORGE Shamal  RANDALL Connor Steven
GOMEZJoseph David  Rodrigues De Souza ALLAN
GRABARAKamil  SAKHO Mamadou 
GRUJIC Marko  STEWARTKevin Linford 
HART Samuel James  STURRIDGE Daniel 
HENDERSON Jordan Brian  VIRTUE Thick Matthew Joseph 
INGS Daniel William John  WARDDaniel 
JOHNSTON George  WHELAN Corey 
JONES Lloyd Richard  WIJNALDUM Georginio 
KANE Herbie  WILLIAMS Michael Jordan (Extended) 
KARIUS Loris  WILSON Harry 
KELLEHER aoimhin  WISDOM Andre 
KENT Ryan  WOODBURN Benjamin

Jun 9, 2017

DRAMA VIRGIL VAN DIJK KIAN MERAPU



Drama kali ni kian merapu. Lebih merapu dari cerita Sembilu lakonan Zed Zaidi yang sampai beratus episod. Semuanya nampak mudah pada awalnya. Setelah City gibab sebab Van Dijk nak ke Liverpool. Menurut laporan pihak Soton ada bukti Klopp pergi berselingkuh dengan Van Dijk kat Blackpool minggu lepas. Mak Bapak mana tak marah jika nak anak orang tapi tak mai jumpa mereka dulu buat pinangan. Tambah pula anak dara mereka semantap Izara Aishah. Itu contoh. Benda mudah ialah pihak Liverpool kena bida secara rasmi dan baru dapatkan persetujuan Izara, maaf Van Dijk lepas tu.

Sebenarnya pihak Soton kecewa sebab City dan Chelsea taknak kacau daun. Diorang nak kalau boleh pembida tertinggi yang dapat merebut Van Dijk, itu motifnya. Jika tadak pembida lain nak deman tinggi sukar terpaksa kawtim dengan Liverpool. Bila dah ada motif Liverpool buat tahik pergi jumpa Van Dijk maka Soton ada modal balik nak pekena Liverpool. Mereka acah nak hadapkan Liverpool kemuka pengadilan dan Liverpool akan kena denda. Puashati mereka dan Van Dijk boleh main lagi semusim dan mungkin harga meroket jadi 100juta.

Liverpoolfc punya pemilik FSG dikepalai Peter Moore terpaksa tebal muka minta ampun kat Soton secara rasmi. Dan nampak lebih mengecewakan sebilangan peminat yang nak tengok Van Dijk ke Anfield terpaksa simpan hasrat sekejap. Kena tunggu dulu tengok permainan ni sampai mana, walaupun ikutnya Liverpool macam tarik diri terus. Kesian juga kepada Van Dijk punya bengang dengan situasi sekarang sampai buang Southamton dari profil Instagram beliau. Itupun ada juga bangang mana suruh Van Dijk buat perangai minta pindah paksa. Lagi bangang kalau dia ikut sebab Liverpool dalam situasi dah berpatah arang.

Bagi Abam pergi mampuslah dengan Soton. Diorang ada hak nak sekat pemain mereka dari dijual padahal mereka berisiko kekalkan pemain dah tadak keinginan nak kekal. Sedar diri yang kelab mereka hanya tahap rumah tumpangan tanpa dapat berikan harapan nak kejar piala atau kejuaraan. Patutnya yang terbaik panggil Liverpool peras ugut secara halus samada nak bayar sekian sekian harga tambahan atau kasi repot sama Persatuan bolasepak Inggeris.

Tapi keadaan sekarang bagi abam pemenang ialah pihak pemilik Liverpool. Mereka selamat dari lebur 60juta dan beri gaji tetinggi. Yang rugi pihak Soton sebab mereka tamak sangat nak lebih dari apa yang sepatutnya mereka dapat. Kalau tak Soton dah jadi rekod penjualan pertahanan termahal dalam sejarah untuk kali ini. Tetapi yang malang ialah peminat Liverpool yang dikelentong oleh drama Van Dijk, sebab dok nampak Michael Keane adalah pemain yang memang sasaran utama selama ini.

Jun 6, 2017

DRAMA VIRGIL VAN DIJK VERSI BARU


Macam cerita tamil betul, mula hero dah mati, tup tup dia hidup balik. Dah ingat pihak Liverpool dah gibab nak teruskan agenda Van Dijk, tetiba berita tergempar dari Liverpoolecho yang cakap kita akan lawan hingga ketitisan duit terakhir. Semuanya kerana satu panggilan Klopp dengan Van Dijk dan ayat-ayat cinta Klopp dah beri keyakinan untuk Van Dijk nak pilih Liverpool tanpa peduli pinangan City dan Chelsea. Memandai betul akhbar The Mirror yang cakap kemenangan dipihak Man City.

Tetapi jangan lupa, setakat risik-risik camni rasanya semua kelab masih ada peluang. Bukan boleh harap sangat mamat yang nak nego bagi pihak Liverpool. Jap lagi dok buat memandai taknak beri apa yang pihak Soton dan pemain sendiri nak kelaut jugalah perbincangan ini. Kita dah kena banyak kali dengan kes Salah (Basel), Konoplyanka dan juga Delle Alli. Dok bincang lama sangat hingga kelab lain sempat masuk jarum dan potong kat kona.

Bagi abam, kalau jurulatih nak pemain tersebut sebagai sasaran No.1 masalah duit kena letak tepi. walaupun dari segi harga sangat mengarut, tetapi abam akur yang Klopp dah tak nampak pemain lain yang dia mahukan selain Van Dijk. Mungkin kita tak perasan yang Liverpool sedang juga nak selit Mamadao Sakho dalam perbincangan ini. Samada secara terus atau tak dalam perpindahan, Liverpool pasti akan jual Sakho dalam 25-30 untuk kurangkan sikit defisit harag Van Dijk. Apa pun jangan anggap berita ni mukatamad. Kita tengok sampai mana drama kali ini.

Jun 4, 2017

DRAMA VIRGIL VAN DIJK DAH BERAKHIR

Imej Bleacher Report
Pengajaran buat sekalian peminat Liverpool. Sehingga saat ini jangan percaya sebarang khabar angin sehingga kelab sendiri sahkan. Beria-ia macam betul Virgil Van Dijk nak ke Anfield dan takkan peduli tentang gaji, bonus dan bla bla bala. Tapi semuanya tak jadi kenyataan bila kelab tak mahu nak teruskan sebab tak mampu nak lawan Man City. Sejak awal lagi dok nampak dah jika City atau Chelsea masuk jarum, Liverpool kena kona cari pemain lain dah. Jangan cakap pasal pemain bangga nak sarung jersi Liverpool. Tetapi kena ingat, zaman sekarang zaman semuanya pasal duit, tak perlu nak nostalgia Liverpool lebih diminati pemain hebat tanpa pakej gaji yang melampau.

Nak kata kesal tak dapat Van Dijk tak juga. Tapi kesal sebab masa dekat Celtic dulu, kelab besar tak pandang pun mamat rambut meggi ni. Padahal Celtic adalah pembekal pemain berpotensi ke Liga Perdana Inggeris. Fraser Foster , Wanyama, adalah contoh terkini selain Van Dijk tetapi semua Soton borong dahulu. Patutnya kita sailang Soton yang jadi orang tengah dan terus kepada pemain dari pembekal. Boleh dapat peamin dengan harga lebih murah sebab tak pakai orang tengah. Macam kes sekarang, jika bahagian pemantau Soton sedang cari sasaran, kita cuba potong mereka kat kona. Soton mungkin duit berkepuk tetapi mereka tak berani bagi gaji tinggi.

Falsafah Klopp juga main peranan sebab tak beli Van Djk kot. Dia tak sanggup nak bedal pemain yang diluar kemampuan dan juga perancangan kewangan kelab. Masuk akal juga sebab 60 juta Pound untuk pertahanan yang belum terbukti di persada Eropah, cuma semusim di Liga Perdana Inggeris amat bahaya kat kita. Dengan harga tu boleh dapat 2 pemain bek yang bagus jika pandai cari. Siapa, dimana dan berapa harga itu biarlah Komiti Perpindahan yang buat kerja. Klopp dah punya peel cari pemain yang tersorok dari pandangan kelab duit banyak. Macam kes Hummels kat Bayern dulu. Klopp naikkan kemahiran pemain sehingga menjadi pemain bintang.

Jadi sekarang, kita dah boleh abaikan cerita Van Dijk dah. Dia berjaya atau melingkup kat City jangan dok ambil kesah. Yang penting Klopp perlu cari sasaran yang setanding Van Dijk dan kalau boleh lebih hebat untuk perbaiki kelemahan pertahanan kita. kalau susah-susah sangat jangan jual Mamadao Sakho, dan bagi beliau pengampunan terakhir. Kita tengok mamat tu kat Crystal Palace kemain meletop, padahal baru main dalam taks ampai 10 perlawanan gitu. Kalau ikut harga nak jual 30juta, takda kelab luar nak berani lebur duit. Bagi pinjam keluar buang masa. Tambahan pula jika Liverpool layak dalam kumpulan Liga Juara-Juara, pengalaman Sakho boleh digunakan. 

Jun 1, 2017

DRAMA RYAN SESSEGNON DAH BERAKHIR


Cerita pasal Liverpool nak Ryan Sessegnon dah bermula sejak Januari lagi. Mungkin ramai tak kesah pasal budak 16 tahun ni. Tetapi drama mengejar bayang ni memang menyedihkan sebab macam Cinta Monyet. Dok taram punyalah lama, mengorat bagai nak rak, tetapi datang Spurs sekali kenyit mata terus sangkut. Liverpool dengan sedih terpaksa tak meneruskan cinta yang bertepuk sebelah tangan bilamana tahu, pihak Ryan dah macam lebih berminat dengan Spurs. Mungkin salah satu sebab ialah London kot. Sebab Fulham dan Spurs dekat.

Ada juga pihak yang kecewa sebab mereka bandingkan kes Ryan Sessegnon dengan Deli Alli. Mungin ada serupa tetapi tak sama juga. Alli memang nak ke Anfield, cuma si Komiti Perpindahan cakap tak berbaloi beli Alli dengan harga £5juta. Bukan nak cakap polisi Liverpool dan Spurs lain. Liverpool taknak amik risiko dengan pemain muda, tetapi Spurs bab beli pemain muda Inggeris memang mereka cukup bisa. Bale, Rose, Walker. Namun banyak pembelian yang haprak, tetapi sekurang-kurannya dapat modal balik.

Bagi Liverpoolkita, samada Ryan bakal jadi meletop di Spurs macam Bale atau Alli. Atau mungkin melingkup macam Bostock dan Dos Santos itu kita peduli apa. Klopp nak pemain bek kiri itu sebab kualiti yang boleh dipertingkatkan untuk masa depan. tetapi fokus Klopp bakal berubah dan rasanya Klopp akan cari sasaran lain yang lebih realistik dan mahu jadi pemastautin Merseyside. Bek kiri utama jadi agenda utama, dan jika Moreno belah rasanya kena cari pemain berpengalaman bukan budak hingusan macam Sessegnon, untuk bersaingan dengan Milner.

May 31, 2017

PEMAIN BARU MUSIM 2017/18 : DOMINIC SOLANKE


Korang tengok foto kat atas pemain muda terbaik Eropah untuk 2 musim lepas. Joe Gomez wakil Liverpool, namun apa yang nak tunjuk ialah bakal pemain kita musim akan datang Dominic Solanke diantara pemain muda harapan. Dalam semua hanya beberapa pemain yang menonjol seperti Mbappe, Tielemans, Tierney, neves  dan Donnarumma sebab main dalam kesebelasan utama. Yang lain macam Gomez,Oxford, Sances, Odegaard termasuk Solanke belum dapat kesebelasan utama.

Jangan cemuh Klopp sebab beli pemain hingusan, bukan penyerang bintang macam Aubameyang atau Lacazette. Solanke dalam kategori pemain yang bakal digilap. Walaupun orang cakap barang rejek akademi Chelsea, namun perkara utama ialah ada juga yang keluar menjadi contoh Sturridge, Matic (Chlesea beli balik). Sebab itulah Klopp nampak Solanke punyai potensi untuk jadi pemain sebaik Sturridge.

Kemasukan Solanke tak terus sebagai pemain dalam perancangan skuad utama. Rasanya skuad bawah-23 paling sesuai memandangkan usia beliau dan masih kurang pengalaman. Lagi meriah skuad bawah-23 dengan kemasukan Solanke untuk bersama Woodburn, Ojo, Ejaria dan lain-lain lagi. Apa yang penting kita dah pintas awal pemain ini sebelum dia meletup, sebab selalunya pemain potensi akan dibeli kelab macam Celtic, dijual kepada Southampton 10juta dan kita pula akan beli dengan 40juta pula.

May 24, 2017

PERLAWANAN PERSAHABATAN DENGAN SYDNEY FC



Karius, Mignolet, Clyne, Alexander-Arnold, Randall, Matip, Gomez, Lovren, Klavan, Milner, Moreno, Lucas, Stewart, Lallana, Wijnaldum, Wilson, Firmino, Sturridge, Origi, Woodburn, Brewster, Gerrard, McManaman, Agger, Carragher.

Senarai kat atas rombongan pemain tua, muda dan selit kot tepi lejen-lejen yang turut serta ke Sydney. Perlawanan makan angin dengan Kelab Bolasepak Sydney, dijadualkan 6 petang waktu kita. Memang sesuatu yang agak janggal tetapi sempoi kerana tak berlaku sebelum-sebelum ni bukan pemain yang didaftarkan dalam kelab main dalam perlawanan rasmi. Namun itulah seronoknya jadi peminat Liverpoolfc. Kitaorang boleh enjoi tengok pemain utama main bersama lejen kelab.

Bagi kita yang tengok lejen Liverpool bantai Real Madrid pasti ingat yang sememangnya Gerrard masih berbisa dan Agger juga nampak main macam orang muda. Tapi Macmanaman agak kelaut sebab dia tua sangat dari Gerrard. Carragher nampak stedi namun nak tengok adakah dia masih bagus sebab dalam tivi kemain hebat bab cerita taktikal boladan dok bahan pemain lain.

May 23, 2017

JUARA TEKA KEPUTUSAN DAN LIGA FANTASY LIVERPOOLKITA




Musim dah berakhir dan begitu juga peraduan teka-teka. Peraduan teka keputusan  musim ni dirangkul oleh Brader Khairul Bell. Manakala bagi Fantasy Premier League pula Encik kaki bangku. Tahniah kepada pemenang. Tetapi abam nak ucap tahniah tak terhingga kepada semua peneka yang tak jemu buat tekaan. Anda adalah pemenang dihati abam.

Insha Allah, musim depan lagi meriah sebab abam sedang ejas nak dapatkan penaja untuk peraduan musim depan. Sebab abam nak banyakkan hadiah. Tapi itu bergantung kepada penyertaan. Kalau ramai yang teka, mungkin sampai tempat ke-3 kita bagi hadiah. Kalau hambar mungkin makin kurang hadiah kot.

Buat pemenang Khairul bell dan kaki bangku. Sila tulis mesej dalam page Liverpoolkita untuk klaim hadiah.


May 22, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 3-0 MIDDLESBROUGH


Musim Liverpool bermula dengan kecewakan Arsenal 4-3 dan berakhir dengan perkara yang sama. Melenyapkan khurafat Arsenal bahawa Liga Juara-Juara hak mereka sejak azali. Abam bukan nak dendam dengan mereka tetapi Klopp kena hindari sifat kedekut nak berbelanja Wenger, sampaikan berpuluh tahun mencuba di arena Eropah, satu habuk piala pun tak hinggap. Liverpool paling koman sepuluh tahun sekali ada juga Piala UEFA 2001 dan Piala Eropah 2005.

Satu lagi abam sentap ialah pot Mapley tempat selalu layan Liverpool pergi buka perlawanan Arsenal dan Everton. Tensen juga tapi apa nak buat kalih belakang, makaih tengok patutlah ramai geng berjersi Meriam kat meja belakang. Ni mintak tukar cenel, silap-silap lauk abam kena bahan. Sebab geng Liverpool yang selalu datang tak nampak muka, ada yang malas keluar sebab hujan. Jadi pasrah buka siaran langsung guna henset. Nak balik rumah hujan lebat, jadi tengok juga perlawanan bodo tu sebab gembira bek Meriam kena kad merah.

Perlawanan Liverpool pun masa awal agak bosan. Sebabnya Boro tak beri peluang langsung. Susun treler tak keluar-keluar. Masa anak buah Klopp terkial-kial nak tembus benteng Boro. Arsenal main 10 orang dah tapau Everton 2-0. Man Siti pun didepan dengan jaringan yang sama. Penguasaan bola memang tinggi dan percubaan banyak namun semuanya diluar kotak. Namun kita nasib baik tak bagi Boro penalti bila Lovren pergi tapau penyerang Boro. Pengadil tak nampak kekasaran cuma sentuhan mesra Lovren B2B dengan Bamford.

Kita perasan Sturridge nampak lebih berkesan kat atas berbanding Origi. Firmino yang sempat pulih berganding bahu dengan Mat Stur tetapi dia operasi lebih kebawah.Perolehan gol Liverpool dihujung separuh pertama. Hasil gerakan satu-dua kepada Firmino yang melepaskan kepada Gigi yang merembat padu kesebelah kanan gol Boro. Bukan kita tak hebat tetapi bila main gerakan pantas, lawan tak sempat nak tutup ruang.Maka kat situ lawan tak mampu nak buat apa-apa.

Separuh kedua barulah Boro nak cuba dapatkan gol. Mereka longgarkan sedikit pertahanan. Tetapi serangan mereka hanya main hantaran tinggi dan cuba dari kejauhan. Tak terkesan sebab pertahanan Liverpool cukup suka cara bangang tak bertempat gitu. Tetapi dalam pada saling serang menyerang, pengadil beri sepakan percuma sebab Sturridge kena bantai sebab nak gentel banyak. Coutinho dengan bongkak melencongkan bola cun melantun sekali dan masuk kedalam gawang walapun goli Boro buat-buat nak terjun.

Sedang Boro nak cari gol nak menyawa mereka dapat peluang sepakan penjuru. Tapi terkantoi dan Liverpool pula dapat peluang keemasan hasil serangan kilat. Lalana melarikan bola dari bawah cuba buat hantaran lambung namun sangkut, dapat kepada Gigi yang menaduk kepada Lana dan mamat tu dengan gaya mutu keunggulan menerpa kedalam kotak penalti dan.erembat selamba untuk Liverpool pukul Boro dengan KO 3-0.

Selepas gol ke 3, rasanya perasaan nak tambah gol ada cuma peluang banyak dipersia-siakan. Boro memang nak melawan tetapi mereka tak punyai pemain yang boleh ubah keadaan. Liverpool gantikan Stur dengan Origi. Dan rasanya penampilan terakhir bagi Moreno dan Lucas Leiva yang masuk ganti Milner dan Firmino. Klopp memang jenis berhati perut sebab Lucas mungkin tak dapat perlawanan testimoni secara rasmi dan kita anggap inilah testimoni indah bagi Lucas yang ada peranan dalam membawa Liverpool ke posisi ke-4.

Walapun ramai dok risau pasukan kita kena play-off dengan pasukan kuat bagi abam itu semua cerita musim depan. Sementara ni kita raikan dulu. Biar peminat seteru kutuk layak ke UCL macam menang piala. Bagi mereka itu tak penting sebab kelab mereka duit banyak bleh boros beli pemain termahal. Tetapi bagi Klopp dia nak FSG terpaksa pecah tabung untuk menyasarkan pemain bintang. Kalau tak agak sukar kerana ambisi pemain bagus mereka nak uji diri dipentas terulung Eropah.























May 20, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN MIDDLESBROUGH

Selalunya penutup perlawanan musim-musim sebelum ni hanya sekadar bagi cukup korum pelengkap jadual. Namun lain pula kali ni. Kesemua peminat menantikan detik bersejarah, samada pengakhiran gembira atau kecewa. Atas faktor wajib menang, perlawanan dengan pasukan yang sudah rasmi turun melingkup ke Liga Kejuaraan musim depan, takkan menjanjikan perlawanan pejam mata. Kalau pun Boro memang takda apa nak diperjuangkan namun mereka akan cuba nak main sebaik mungkin dan mungkin mahu jadi tajuk berita "Boro hancurkan harapan Liverpool ke Liga Juara-Juara".

Mignolet
Clyne Matip Lovren Milner
Emre
Lana   Gigi
Coutinho
Origi  Sturridge

Kemenangan tempohari dengan West Ham pembuka lembaran baru kerna Klopp buat pertama kali berikan Coutinho posisi baru ditengah bukan lagi dibahagian sayap. Formasi berlian 41212 memang bukan pilihan Klopp sebelum ni, tetapi dengan ketiadaan Firimino, tak sangka taktikal baru tu membuahkan hasil cukup lumayan. Bukan setakat 4 biji gol, malah pertahanan langsung tak bolos. Mungkin sekali lagi dengan skuad sedia ada, Klopp takkan mengubah taktik terbaik itu ke 433 kembali.

Abam sendiri yakin Klopp cukup bersedia untuk perlawanan dengan Boro. Tekanan perlawanan camni macam final. Perlu menang dalam apa jua keadaan. Main kena peka juga walaupun nak serang cari gol. Sebab lawan pun takkan nak mengalah bagi perlawanan menang percuma.Pemain mereka macam Negredo cukup bahaya jika bek kita ralit. Malah pertahanan diketuai Valdes kadang2 kebal juga.

Perlawanan ahad nanti akan berjalan serentak. Selain kita yang mahu ke Liga Juara-Juara, Arsenal pun ada peluang saksama untuk ke sana. Namun mereka bergantung kepada nasib perlawanan kita. Sang Meriam harap kita kalah. Malah City juga yang konpom ke UCL perlu sekurang2 seri dengan Watford untuk elak jatuh ke posisi ke-4. Kiranya perlawanan ke-38 ni memang menarik dan penuh dengan drama.













May 16, 2017

LIGA PERDANA : WEST HAM 0-4 LIVERPOOL


Klopp telah lakukan apa yang beliau patut lakukan sekian lama sepanjang musim. Formasi 41212 atau kata lain formasi berlian (diamond) bukan sahaja ubah Liverpool, tetapi bagi lawan kita pening nak susun bas. Apataknya dulu kalau main sorang penyerang, lawan dah tahu nak jaga siapa. Kali ni bila main berdua kat depan, masing-masing kena jaga pasangan masing-masing. Sebab itulah kita tengok Origi dan Sturridge lebih selesa dan nampak lebih banyak pegang bola.

Pemain macam Origi kena hamput sebab statik, kurang kreatif dan tak pandai buka ruang. Malang sekali kita lupa bahawa Klopp sendiri yang silap letakkan Origi main secara solo, padahal mamat tu belum layak nak jadi macam Costa, Lukaku ataupun Kane. Namun apa nak buat itu sahaja pilihan. Bila Sturridge kembali dan turun masa alwan Soton, kelibat beliau yang sempat main dalam 20 minit cukup meyakinkan dari Origi.

Namun kredit diberikan kepada Origi dalam gol pembukaan Liverpool. Dia pacak sebelah kiri tunggu bola, namun Sturridge berlari-lari minta bola. Bila dah ada soerang bek tengah kena jaga Origi, maka ruang untuk Sturridge terbuka. Memang Reid jaga beliau, tetapi jenis pemain camni kalau setakat sekor jaga, memang makanan beliau. Hantaran Coutinho memang gila jauh dari tengah, melewati beberapa pemain tengah dan bek. Dan Sturridge yang padai cilok perangkap Offside berjaya meloloskan diri dan menipu goli WHU dan meledakkan gol pembukan Liverpool.

Sebab itulah sekali lagi abam cakap formasi berlian ni cukup sesuai dengan majoriti pemain sedia ada. Coutinho yang diletakkan dibahagian tengah cukup menjadi sebab dia lebih mudah nak gelecek dan buat hantaran, berbanding kat sayap kiri yang menyekat kebebasan Cou untuk buat apa yang dia suka. Kalau letak kat kiri sayap, Coutinho yang tiada bakat bertahan kena buat kerja bertahan. Sebab itu bila Coutinho bermain diposisi kegemaran memang terserlah kecemerlangan.

Sejurus gol Sturridge, sebenarnya West Ham boleh menggugat kita. Mereka mempunyai peluang keemasan untuk padam kegembiraan dengan gol penyamaan. Hasil sepakan sudut Lanzini, bola dicabar pemain West Ham dan bola menuju kearah Ayew yang pada kedudukan yang sangat mudah nak hasilkan gol. Tetapi macam orang tua cakap kalau dah bukan rezeki depan mulut pun takkan masuk. Ayew bukan sekali menyepak tetapi kantoi dua kali, namun terkena palang dan keduanya berjaya dicekup Mignolet. Jantung kembali berdengup setelah macam berhenti seketika.

Separuh kedua bermula dengan Liverpool masih medahului 1-0. Paten serangan Liverpool masih sama, tetapi West Ham nampak cuba nak cari modal gol. Bila keadaan mula lebih terbuka Liverpool nampak peluang makin cerah nak tambah gol. Hasilnya dari sepakan Mat Gigi yang terkena palang kembali kekawasan depan gol West ham, namun tetiba Coutinho dapat bola mengelecek dari tengah beberpa pemain West Ham dok acuh tak acuh dan melepaskan rembatan padu kepenjuru kiri gol West Ham untuk pelawat mendahului dengan 2-0.

Satu lagi keadaan memihak kepada Liverpool apabila sepakan sudut West Ham berjaya dikeluarkan oleh Mat gigi tetapi dengan menggunakan tangan namun penjaga garisan malah pengadil tak perasan. Dengan sepantas kilat bola dilarikan Coutinho melepaskan kepada Gigi dan kembalikan kepada Coutinho yang selamba badak, mengelecek dalam kawasan penalti beberapa pemain West Ham dan dengan padu melepaskan rembatan menerjah jaring. Rasanya dengan 3-0, West Ham tak mampu nak tolong Arsenal.

Kecaman pada Origi beberapa perlawanan lepas mungkin berikan satu motivasi buat beliau. Dengan tak disangka beliau berjaya jadi penjaring gol ke-4 Liverpool. Padahal hasil usaha, Mat Stur yang melarikan bola dari tengah, Lana yang merembat tetapi dihalang goli West Ham serta Mat Gigi yang menghantar bola kepada Origi nampak lebih banyak bergerak, namun Origi hanya buat satu gerakan yang paling sukar yakni hulur kaki saja dan bola masuk kedalam jaring. Selamat Origi dari kena bahan.

Kemenangan dengan West Ham kembali melonjak ketangga ke-3. Namun berbeza satu mata dengan City yang masih ada baki satu perlawanan. 3 mata yang diraih sangat penting. Cukup bahaya sekarang ialah Arsenal sedang cucuk angin untuk memotong dihujung garisan penamat. Nasib baik pasukan Setan Merah kena tapau dengan Spurs dan harapan mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara melaui pintu belakang, itupun jika menang Piala Europa. Kita masih perlu risaukan satu lagi perlawanan yang mementukan nasib kita sendiri. Jangan ingat Boro yang dah jatuh nak bagi peluang mudah.

May 12, 2017

LIGA PERDANA : WEST HAM LAWAN LIVERPOOL

Dengan kemenangan Arsenal keatas Soton, saingan ke posisi 4 terbaik kembali terbuka. Tak semua selesa termasuk City. Menyu dan Arsenal memang akan harap pasukan atas ditimpa musibah. Kita hanya perlu salahkan diri sebab kutip 1 mata dengan Soton. Kalau tak dah tak berapa nak pening nak risau saingan Menyu dan Arsenal.

Berita pasal pasukan West Ham yang alami krisis kecederaan ramai pemain utama satu bonus buat kita. Ni peluang baik untuk menindas mereka yang dilanda musibah. West Ham cukup badi sebelum ni bila mereka punyai barisan terkuat. Namun Bilic musim ni macam hilang kesaktian salah satu sebab Hero musim lepas Dimitri Payet dah belah.

Mignolet
Clyne Matip Lovren Milner
Gigi Grujic Emre
Lana Stur Cou

Pasukan kita cuma kehilangan 2 tonggak harapan dari Brazil Firmino dan Lucas. Nak kata panik tak juga sebab ini peluang terbaik untuk ketengahkan Sturridge dalam peranan utama ganti Origi. Origi agak hamlau kebelakangan ni mungkin sebab dok berasa tiada saingan. Sekarang tiba masanya Mat Stur ajar Origi camna nak jadi penyerang utama.

Kita nampak kelibat Grujic pada perlawanan Soton. Nyaris mamat galah tu nak jaringkan gol minit akhir. Kalau Lucas tak sempat cergas , Grujic orangnya calon boleh kemaskan bahagian tengah. Susuk tinggi dan sado harap tak lembik nak bertempur dengan tengah lawan. Sebenarnya abam rasa Klopp bakal letak Grujic sebagai pemain kotak ke kotak bersama Gigi dan Emre ditengah bertahan.

Kat Stadium Olimpik nanti West Ham sebagai tuan rumah. Secara tak rasmi mereka mungkin bakal main susun bas untuk basmi kekuatan kita. Kalau dengan Soton kemain sukar nak lolos, mungkin kalau West Ham main gitu Klopp kena ubah plan lain. Abam tengok banyak pasukan atasan yang tapau mereka main secara lebih pantas dikawasan kotak gol.

Jadi Klopp kena elak main hantaran mudah diluar kubu lawan. Maka kalau boleh buat hantaran kedalam kotak dengan pantas sekerap mungkin. Biar rugi buang bola takpa, kena ambil risiko sikit untuk dapatkan peluang lebih bahya untuk robek kubu lawan. Sebab tu kalau Sturridge main tahap keyakinan peminat ketika dia beri persembahan terbaik lawan Soton berikan sinar harapan.

Klopp dalam misi 3 mata untuk realisasikan posisi 3 atau 4. Klopp sendiri cakap jika tak dapat kelayakan ke Liga Juara Juara, punah harapan nak dapatkan pemain sasaran utama. Ramai pemain yang kita dok usha idamkan pasukan  Liga Juara Juara. Sebab itulah bila kita tak layak ataupun sekadar ke Liga Europa tak pasti samada kita dapat pemain idaman atau sekadar dapat gred B. Nasib dikaki sendiri dan pemain perlu berikan sebaik mungkin dalam misi sukar di Stadium Olimpik.


May 10, 2017

MALAM ANUGERAH LIVERPOOL FC 2017

Anugerah rambut cantik (Gol terbaik ) 

 Anugerah khas pekerja otai (10tahun perkhidmatan)

 Anugerah pemain Belia 4B (pemain muda terbaik)

 Anugerah pemain sekolah rendah (pemain Akademi tebaik)

Anugerah Pemain Harapan Umat Liverpool (Pemain terbaik musim 2017)

May 8, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 0-0 SOUTHAMPTON


Nasib baik Arsenal tolong katok Menyu 2-0. Kalau sebaliknya memang Milner akan jadi kambing hitam, macamana Gerrard yang tergelincir dulu. Rupanya memang keadaan musim ni semua pasukan punyai nasib yang tak menentu. Pasukan yang berbelanja besar macam Menyu pun tak setara mana, apatah lagi pasukan kita yang tak punyai skuad yang besar. Corak permainan Southampton sudah dikesan bukan perlawanan semalam, tetapi dah 3 perlawanan sebelum ni kot. Jadi takkan tak boleh agak yang mereka bakal main bertahan dan serang balas.

Suatu pembaziran beri Origi 60 minit. Sumbangan beliau amat ciput. Tak nampak ciri-ciri nak jadi pemain utama. Musim ni rezeki dia sebab Benteke kena jual, Sturridge asyik MC dan Firmino hanyalah saingan utama. Beza kualiti Sturridge dengan Origi jelas bagai langit dan bumi. Kemasukan Sturridge walaupun hanya 30 minit, cukup berikan impak yang terbaik. Sturridge cerdik dan licik tahu nak selit dicelahan sempit pertahanan lawan. Origi begitu statik sangat, mumgkin kurang pengalaman atau sendiri dah tak boleh berubah corak permainan beliau.

Peluang tak banyak sebab lawan main haprak. Itu bukan alasan sebenarnya. Tetapi pemain kita dah takda idea yang segar. Asyik nak main hantaran kiri-kanan depan belakang melintasi ruang pertahanan Soton. Abam ada tengok perlawanan City dan Palace. Nak macam sama Palace main dengan Soton. Tetapi apa yang Pep buat ialah dia beri galakan Aguero duduk dalam kotak tetapi bukan lepak makan kuaci, tetapi alih perhatian lawan untuk mudahkan pemain sayap , tengah malah pertahanan buat percubaan. Nak cakap sekali lagi dengan Origi dia pun buat ramai kat luar kotak. Langsung tak membantu.

Abam memang marah kat Milner sebab sepak penalti tak masuk. Itu sahaja peluang terbaik nak menang dan dapat 3 mata. Tetapi bila muhasabah balik, terlupa plak yang lagi 89 minit pergi mana semua orang. Milner sebelum ni cemerlang ambil penalti semua masuk tak kantoi. Tetapi sekali tak masuk ramai kecam. Bab ni abam paham kerana ramai tak dapat terima kenyataan sebab penalti itu penentu 3 mata. Tetapi manusia ada hari dia ok ada hari dia jatuh. Sebab itu kita tak perlu fokus insiden penalti sahaja yang lain banyak juga kita terlepas.

Abam nampak perlawanan ni Gigi Gandum menghilang dibalik celahan rimbunan bek Soton. Dia mungkin banyak diberi arahan untuk bantu serangan. Bagi Abam patutnya Klopp keluarkan Gigi, Milner dan Lucas sekaligus dan masukkan Moreno sekali bersama Lana dan Mat Stur. Selain cekap main baling botol air, Moreno kalau bab nak menyusup dari sayap boleh tahan dia punya stail. Milner abam suruh keluarkan bukan sebab penalti tak masuk, bukan. Tetapi pilihan untuk pecahkan kubu Soton dari sayap yang sejak awal permainan Milner tak mampu buat.

Lagi satu kalau korang perasan, pengadil memang terlepas pandang atas insiden Mignolet tepis bola kat luar kawasan penalti. Bagi Abam, kalau tak terlindung penglihatan Mignolet bakal kena teruk, kad merah wajib sebab dia menghalang Long dalam situasi bahaya. Itu sebab kita bukan nasib baik tak menang sahaja, tetapi cukup bernasib baik tak main 10 orang. Keberanian Mignolet patut dipuji sebab sanggup ambil risiko besar nak selamatkan gawang. Nampak tak betapa dia dah berubah kearah yang lebih baik.

Akhir kalam perlawanan ini teramat sukar berbanding, Stoke, WBA dan Watford. Lawan lain main ada juga nak naik buat serangan nak cari gol dengan pelbagai cara. Tetapi Si Soton macam tak percaya satu habuk pun percubaan tepat tak buat. Mamat penyerang rambut meggi tu banyak curi ayam dari buat sepakan. Masuk Shane nampak ada sikit bahaya. Jadi Klopp akui dia ambil ikhtibar dari perlawanan haprak ni. Rasanya tak terlambat lagi sebab West Ham dan Boro lepas ni akan cuba cara haprak sebab mereka tahu Liverpool musim ni lemah dengan cara tu. Apapun sekali lagi sayang Pak Wenger ketat-ketat.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails