Mar 30, 2012
LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE
Bertandang ke St James merupakan tugasan sukar pasukan kita untuk mengutip mata penuh yang mana banyak keciciran sebelum ini. Banyak yang perlu dilakukan oleh Kenny dan para pemain untuk mencapai tahap yang ditunjukkan seperti di Anfield sebelum ini. Kemenangan 3-1 keatas mereka di awal musim tak boleh diambil kira. Prestasi terkini sedikit membimbangkan kerana ketandusan penyudah membuatkan pasukan kita sedang dalam keadaan tertekan untuk menapak tangga Liga. Ditambah pula persembahan yo-yo unit pertahanan kita yang suka bolos disaat akhir.
Saya tak nampak keputusan memihak kepada kita jika masih setia dengan beberapa pemain liabiliti yang hanya memenuhkan kesebelasan utama. Tindakan drastik mengolah pertahanan disamping mengetengahkan pemain muda perlu dilakukan kerana itu saja jalan yang ada. Harapan masih ada untuk menang kerana Liverpool masih berbisa cuma tiada bernasib baik kebelakangan ini. Kalau menang, seri atau kalah sekalipun , saya harap berikan tentangan sengit sebelum wisel penamat ditiupkan.
Mar 29, 2012
HARAPAN MASIH ADA
Secara optimis 8 perlawanan Liga dalam kategori boleh dapat mata penuh dan Piala FA kira macam takda hal. Lawan yang hebat macam Arsenal, Spurs, Man U, Man City tak lupa QPR kita dah tewas pun takada hal, sebab memang dah dijangka.
- 1 April Newcastle - pelawat
- 7 April Aston Villa - tuan rumah
- 10 April Blackburn - pelawat
- 14 April Everton -Wembley
- 21 April West Brom - tuan rumah
- 25 April Fulham - tuan rumah
- 28 April Norwich - pelawat
- 5 May Chelsea - tuan rumah
- 13 May Swansea - pelawat
Baki perlawanan yang ada jika menang semua 24 mata , setakat boleh dapat no. 5 maksimum, itupun jika Newcastle dan Chelsea buat taik. Saya masih yakin jika ada perubahan drastik yang positif macam yang hangat diperkatakan oleh peminat, paling cikai pun sasaran 21 mata boleh dapat. Masih ada sisa harapan kerana pasukan kita masih punyai kualiti cuma perlukan tuah dan sedikit bantuan dari pengadil macam Man U selalu dapat.
Mar 28, 2012
ALASAN KEMUNDURAN LIVERPOOL
1. Ketiadaan Lucas
Tengok statistik dibawah dan bandingkan dengan pemain pasukan lain. Ketiadaan Lucas menyebabkan kestabilan pasukan jadi tak tentu arah.
3. Serangan yang mati pucuk.
Gandingan Carroll dan Suarez dibantu Bellamy dan Kuyt masih belum benar-benar menunjukkan wibawa. Musim depan kena ikhtiar cari opsyen lain.
Tengok statistik dibawah dan bandingkan dengan pemain pasukan lain. Ketiadaan Lucas menyebabkan kestabilan pasukan jadi tak tentu arah.
2. Gandingan Skrtel dan Agger.
Awal-awal masa gandingan ini bersama pasukan kita memang mantap. Tapi bila Agger masuk rumah sakit, digantikan dengan Carragher, malas nak cerita.
3. Serangan yang mati pucuk.
Gandingan Carroll dan Suarez dibantu Bellamy dan Kuyt masih belum benar-benar menunjukkan wibawa. Musim depan kena ikhtiar cari opsyen lain.
Mar 27, 2012
PENAMPILAN RAHEEM BUAT RAMAI TERUJA
Mar 26, 2012
TAKTIKAL LIVERPOOL MUDAH DIBACA
Saya pernah ulas awal musim ini tak silap, pasal kesebelasan Liverpool musim ini sangat mudah dijangka permainan mereka. Jika saya pengurus lawan saya amat jelas nampak bagaimana hendak membendung Liverpool dengan skuad sedia ada. Pengurus lawan tak payah nak tengok OPTA atau apa2, pergi Stadium bila Liverpool lawan, sekadar bawa pen dan kertas pastu catit.
Jika kesebelasan dengan Suarez dan Carroll diatas, mudah sahaja dengan menggandakan pemain jaga Suarez dan kalau boleh 3 orang jaga sekaligus, tapi biar seorang bek menjaga Carroll dengan rapat. Tengok pulangan gol Suarez memang ciput tapi dia boleh buat dajal bagi bek lawan kena tipu, dan memang kena matikan pergerakan Suarez dan masalah selesai. Bab Carroll bahaya bola tinggi saja, tapi jangan biar bola lama kat kaki kiri dia, rembatan padu dia bahaya.
Downing bagus tapi kena sekat dari dia masuk kedalam sebab dia boleh rembat bila ada ruang. Jika dulu hantaran lintang dia amat bahaya, tapi itu cerita kat Boro dan Villa. Sekarang boleh abai dulu.Henderson dikanan tak ada masalah sangat sebab dia memang tak reti main situ. Bila jadi pak sanggup macam itulah main bagi cukup korum. Kuyt kalau main kat situ lagi mudah bek lawan kena jaga tempat jangan bagi peluang pemain ini menyelinap dan melakukan percubaan.
Ketiadaan Lucas adalah satu bonus bagi lawan. Sebab Spearing belum konsisten dan tambah parah jika Adam main disisi. Kapitan Gerrard memang hebat menyerang tapi bila kena asak dari tengah dia pun tunggang langgang. Jadi lawan akan guna pemain tengah yang laju dan agresif. Tugas pemain tengah lawan ialah menggangu kestabilan pemain kreatif saja, yang lain tak penting.
Oleh kerana bek sisi (fullback), Liverpool agak gabra bila diasak oleh pemain sayap yang tere buat hantaran lintang, maka pihak lawan akan gunakan samada bek sisi dan pemain sayap yang pantas. Apa yang penting mesti laju sebab bek Liverpool terkapai-kapai keseorangan sebab pemain tengah kawasan sendiri pun tak terjaga, apa lagi nak bantu kawan-kawan.
Bek tengah Liverpool amat lemah bila celen bola tinggi. Ketiadaan pengganti Hyypia, amat memudahkan lawan memonopoli keadaan. Jadi pihak lawan pasti buat persediaan latihan intensif menyerang bola sepakan sudut dan percuma mesti dilebihkan dari latihan lain yang memang tak ada guna. Goli Liverpool pun tak payah nak fikir sangat sebab ada macam tak ada.
Itu adalah pemerhatian saya dari menilai kelemahan Liverpool. Dan saya rasa inilah juga cara pemikiran Rafa Benitez, sebelum tengok kelemahan lawan ushar diri sendiri depan cermin. Sebab itulah saya salut Rafa bukan kerana beliau bagus sangat tapi dia nampak kekurangan pasukan dulu dan cuba perbaiki dengan sedaya upaya tapi dengan cara beliau sendiri. Kadang-kadang dia nampak ego dan buat penilaian silap, tapi macam biasa manusia merancang Tuhan tentukan.
Solusi untuk Liverpool menghabiskan episod duka musim ini dengan sedikit keceriaan perlu ada sedikit keberanian dari Tuan pengurus sendiri. Walaupun setiap keputusan kadang-kadang diluar jangka dan diluar kawalan beliau, kena bijak ubah taktik supaya permainan kita lebih cemerlang dan keputusan akan memihak kepada kita. Contoh terbaik dari komentar entri sebelum ini macam pemain utama yang tak menjadi jadi simpanan dan beri pemain muda peluang. Lagipun tiket ke Piala Europa dah tersedia, apa nak heran. Cuma pastikan Piala FA jangan terlepas.
Mar 25, 2012
LIVERPOOL 1-2 WIGAN
Macam saya tulis sebelum ini kekalahan disebabkan oleh keputusan yang tidak tepat awal musim. Pembelian, taktikal, egois, pengadilan, penyudah, rasisma dan macam-macam lagi alasan tak perlu nak ungkit kerana Kenny Dalglish masih bermimpi yang beliau masih berada di era 80an. Adakah kita adil jika kutuk Hodgson haprak tetapi tidak pada Dalglish. Malah rakan sepermainan Kenny sendiri, Alan Hansen saya tengok banyak kali geleng kepala dan tunduk kecewa bila kamera fokus kepada dia. Namun apa yang positif malam ini ialah Kenny beri peluang kepada pemain muda macam Shevley, Flanagan dan Sterling. Sayang sekali Coates tak masuk, sebab Carragher memang liabiliti sepanjang masa.
Mar 23, 2012
LIVERPOOL LAWAN WIGAN
Masih hangat lagi perdebatan dalam komentar blog ini. Bagus ini maknanya peminat Liverpool bukan macam peminat jadian Man U, Arsenal, Chelsea atau QPR. Budaya pemikiran kritis adalah salah satu aspek betapa peminat Liverpool amat serius dalam memperkatakan perihal bolasepak. Kalah, Menang atau Seri pasukan kita tetap peminat setia, tiada siapa boleh pertikai samada anda peminat yang pakai jersi ori dari Liverpool Store mahupun marhaen yang beli jersi siam kat pasar malam. Bolasepak adalah sukan golongan kelas pekerja, jadi ianya adalah aspek sosialisma masyarakat dan ianya lebih manafaat dari kita dok cerita gosip artis kawin, cerai dan lain-lain benda lagho.
Sebelum kita teruskan kepada perlawanan akan datang, kisah silam dilupa jangan. Bila memang jadikan inspirasi, tapi kalau dah kalah kena siasat tengok apa yang tak kena. Lama dah dok perhati tapi malas nak cakap sebelum ini kerana setiap pemain ada hari malang mereka. Macam falsafah bolasepak "Kelas tetap kekal prestasi hanya sementara". Kita boleh tuduh pemain ini hampeh, pemain tu haprak. Tapi kisah belakang tabir hanya segelintir sahaja peminat, blogger mahupun wartawan yang tahu apa yang jadi masa latihan di Melwood. Saya pun bukan ada sumber dalaman tapi penilaian saya adalah melalui pembacaan serta pengalaman sendiri dalam mengikuti pasukan kesayangan saya ini selama hampir 18 tahun. Ya 18 tahun penuh dengan cerita sedih lebih dari cerita seronok yang datang sekali sekala.
Ok teruskan kepada perlawanan lawan Wigan. Saya takut dah nak buat andaian optimis kerana ada sesetengah peminat yang tersinggung dengan cara saya angkat pasukan pada setiap entri pra-perlawanan. Memanglah, acapkali nak lawan mesti kita ingat pasukan kita sempoi sangat boleh taram pasukan ini pasukan itu, padahal banyak juga kelemahan diri yang belum dinilai untuk buat perbandingan. Bagi semua pasukan Wigan, memang mereka dah nampak lubang nak jatuh ke Liga Kejuaraan dah tak boleh nak elak, namun depa mesti cari jalan nak elak dan kalau boleh nak berpaut tepi lubang sampai habis musim dan lawan tetap lawan. Jadi mereka akan main macam Singa yang luka, dan harap nasib akan menyebelahi kerja keras mereka.
Macam pendapat pengkomen dalam entri sebelum ini, pemain kita akan cemas ketika lawan ambil sepakan sudut. Zaman Rafa ramai kritik pasal sistem jaga zon ketika sepakan sudut, namun hanya sedikit sahaja gol lobos dari situasi itu. Tapi masa Kenny sistem lama dipakai malah lebih teruk pula. Apa yang saya nampak ialah pemain yang mempunyai mentaliti pertahanan ala Lucas perlu lebih dari seorang dalam kesebelasan utama. Nampak sangat dalam keadaan tertekan bila lawan melimpahi kawasan kubu kita, tak ada pemain yang cepat-cepat turun mematahkan serangan lawan, lebih-lebih lagi bola lambung. Trio Gerrard-Henderson-Spearing amat terdedah apabila lawan tukar strategi main mod serangan udara. Jadi lawan Wigan nanti aspek ini jangan diabaikan, kalau tak padah akibatnya.
Untuk itu saya nak biar kita main teruk tapi dapat mata penuh dari main cantik tapi habuk pun takda. Dah tak sampai 9 perlawanan lagi untuk perlawanan liga. Setiap mata adalah lebih berharga untuk elak dipintas oleh pasukan bawah. Kemenangan dengan Wigan sangat perlu tambah-tambah pula lawan kat Anfield. Feberet atau tidak Wigan tak akan bagi pasukan kita memang tanpa bekerja keras. Jadi saya harap biar lah menang 1-0 sampai habis perlawanan, dari mendahului 2-0 tapi lemah syahwat diminit akhir. #YNWA
Mar 22, 2012
LIVERPOOL 2-3 QPR
Apa dah jadi? Tak sampai 13 minit gah dengan 2-0 dihadapan boleh kena hambat 3-2. Memang memalukan kekalahan ini. Optimis peminat dihampakan oleh pemain. Entah apa malang dengan taktikal Kenny serba tak jadi. Saya bukan tahu sangat bab taktikal bolasepak tapi ada tak kena dengan taktik Kenny. Kadang mengena tapi banyak kali menyeleweng. Kesilapan bukan berpunca dari dalam padang sahaja, tapi dari pemulaan musim dari mula beli pemain hinggalah 90 minit wisel berakhir pagi tadi.
Posisi ke-7 belum tentu selamat kerana Swansea dah kian merapati. Seram bulu ketiak tengok permainan anak buah Brendan Rodgers main. Oleh kerana dah terlepas keretapi untuk kedestinasi Liga Juara-Juara, Piala FA adalah sasaran wajib. Tak mahu nak ulas banyak kerana hati masih panas.
Mar 20, 2012
LIVERPOOL LAWAN QPR
Walaupun pemilik QPR seorang warga Malaysia, saya tetap tak bangga dengan situasi ini. Macam yang saya bebel sebelum ini adalah lebih afdal jika Tony membangunkan bolasepak tempatan dengan beri penajaan penuh kepada FAM atau buat kelab Tony Ferdy Ranger di Liga M siapa pun tak kisah. Namun mesti orang cakap duit dia lantak dialah. Namun anda silap, kalau jadi apa-apa kat Air Asia, konpem duit rakyat dari Khazanah Nasional kan digunakan untuk "bailout" Air-Asia yang MAS ada saham dalamnya. Pencerahan ini bukan nak cakap menyentuh hal politik tapi hal konsumerisme.
Menurut rekod sebelum ini QPR sejak djaman 90an lagi tak pernah menang dengan kita. Adalah kot sekali seri, itupun saja nak kasi muka. Musim ini dibawah pemilik hensem ala Amita Bachan, saya tengok ada juga pelaburan pembelian pemain yang kool. Misalnya membeli budak liar Barton. Beli rijek Liverpool, Djibril Cisse dan City, SWP. Beli macam-macamlah pemain yang nampak gempak tapi haprak. Sebelum ini jasa Warnock menaikkan QPR ke Liga Perdana tak dipandang langsung, padahal tak silap saya Warnock memang pakar menaikkan kelab dari Liga Kejuaraan ke Liga Perdana. Mungkin hanya itulah kepakaran Warnock yang lain dia tak reti sebab tu digantikan dengan Mark Hughes.
Prestasi pasukan kita sedang dalam era kebangkitan. Ini disebabkan Kenny mungkin tersedar dengan situasi dan keperluan pasukan, bukannya ego sendiri. Ego beliau sebelum ini adalah bagi peluang kepada Adam yang memang tak masyuk dengan corak permainan dengan tempo pantas dan menekan lawan bila bola tiada dikaki. Tengok, bila gantikan Spearing dengan Adam, semuanya berjalan lancar dan apa yang dirancangkan semua menjadi. Trio serangan Gerrard-Suarez-Carroll makin lama-makin nampak macam dah klik. Malah Downing kian teransang untuk jadi Downing di Villa. Cuma leceh disebelah kanan sahaja tiada calon konsisten. Barisan bek, Kelly-Skrtel-Carragher dan Enrique kian mantap dan kejap.
Kesebelasan Liverpool menentang QPR belum diketahui sebab pihak perubatan Liverpool masih belum dapat memastikan samada Suarez dan Kelly bersedia untuk diturunkan esok. Kedua-dua mereka mendapat saguhati dari pemain Stoke yang memang mengamalkan motto "Tak dapat ambil bola kita ambil kaki". Jadi calon bidan terjun ialah Kuyt ganti Suarez dan Flanagan ganti Kelly. Namun letaklah sesiapa pun kecuali Adam, Liverpool pasti akan mendapat 3 mata kerana kontras antara prestasi terbaik kita dan prestasi flip-flop QPR kebelakangan ini. Cakap banyak tak guna, kalau Suarez main konpom 4-0 tapi kalau dia tak main menang 2-0 pun jadilah.
Mar 19, 2012
PIALA FA: LIVERPOOL 2-1 STOKE
![]() |
| Downing kian menyengat |
Ada rezeki kita boleh pergi sekali lagi ke Wembley. Melangkah ke separuh akhir dengan menang dengan Stoke memang bukan mudah. Dua gol yang seakan sama dari dua pemain berbeza, melengkapkan dominasi pasukan kita. Saya tahu Carroll bukan pertahanan tapi dia sepatutnya cuba celen bola dengan Crouch, tapi reaksi malas dengan membiarkan lawan melakukan tandukan padu mengakibatkan lawan menyamakan kedudukan. Namun pemain kita nampaknya kian meningkat persembahan dan paling ketara ialah Spearing. Maxi masih berguna dan begitu juga Carragher yang tampak bersemangat. Namun sebelum ke Wembley ada satu lagi halangan samada dari Everton atau Sunderland. Saya harap kita jumpa Sunderland kerana ianya peluang untuk balas dendam.
Liverpool 2-1 Stoke footyroom.com by footyroom
Mar 16, 2012
PIALA FA : LIVERPOOL LAWAN STOKE
Suku Akhir dah wei. Kena main betul-betul. Ini sahajalah peluang yang patut dikejar, setelah laluan berliku nak kejar tangga ke 4. Piala FA ialah kejohanan berprestif selepas Kejuaraan Liga Perdana, lebih sempoi dari Piala Donald Duck. Malah pasukan kita masih tak terkejar Man U dengan 4 lagi kejuaraan ini. Peluang inilah patut diambil bagi memastikan Tok Fergie akan sakit jantung kerana makin banyak nak kena buat untuk kejar 41 trofi yang tersimpan dalam rak piala di Melwood.
Sebagai Mat Rempit pencen, saya selalu berpesan kepada budak muda yang baru naik bahawa enjin yang dah set cun jangan dikacau apa-apa, tunggu sampai barai atau kena tiaw dengan lawan baru bukak dan kasi taruh toyol kaw2. Begitulah juga dengan pasukan kesayangan kita yang dah main elok dah lawan Everton, tak payah nak ubah apa-apa samada formasi, taktikal dan juga kesebelasan utama. Tiada cacat cela permainan kita, sebab semua dah nampak molek sokmo dan kalau nak ejas sikit-skit boleh tapi kena pastikan tak kacau motivasi dan kesefahaman yang sedia ada.
Stoke dah tersingkir dari Piala Europa. Dan harapan untuk ke Eropah sekali lagi mungkin dengan pintu belakang, yakni dengan menang Piala FA ini lah apa lagi. Kedudukan mereka untuk kejar posisi ke 7 @ 8 agak sukar kerana terpaksa bersaing dengan 8 pasukan lain yang lebih kurang sama mata atau dekat sangat dengan mereka. Mungkin dengan keadaan getir macam ini Stoke akan main sehabis tenaga dan kederat mereka. Tapi mereka macam biasa bukan nak main serang-serang, cuma macam askar taliban, dok berkubu dan serang balas bila musuh alpa dan terdedah peluang untuk dimanipulasi.
Serius cakap saya cukup berdebar jika lawan Stoke. Entah apa makan pasukan Stoke sampai musim ni sampai kita belum merasai kemenangan dengan mereka dalam Liga. Tony Pulis memang pakar bila pedajal Liverpool, sebab bila lawan kita kemain kuat tapi bila lawan pasukan lain terbarai-barai kena belasah. Oleh kerena itu pasukan kita kena main berhati-hati dan penuh dengan semangat macam lawan Toffees. Tak mungkin majik Kapten Gerarrd akan berulang, tapi saya nampak kali ini Suarez mungkin akan buat naya bek Stoke macamaana jadi kat Distin dan Jagielka. Jadi saya rasa Suarez pula akan menonjol dan kita akan membelasah Stoke 3-0 pula. #YNWA
TAHNIAH BILBAO
| San Jose bekas pemain muda Liverpool |
Oleh kerana jati diri dan nasionalisma yang tinggi, pasukan ini kadang-kadang seketika dulu memang hebat, tapi jatuh melingkup sebelum ini kerana ayam tambatan mereka dirembat oleh pasukan elitis lain. Salah seorang bekas pemain kita yang kini kembali bermain dengan Bilbao ialah Mikel San Jose. Ingat lagi tak bek tengah itu yang nampak macam berpotensi, tapi tak dapat peluang mnyerlah di Anfield. Sekarang dia dah jadi kesebelasan utama Blibao.
Kita boleh bandingkan Llorente dengan Carroll, Martinez dengan Adam, Susaeta dengan Downing dan beberapa pemain Bilbao dengan pemain kita. Nampak sangat kualiti pemain Bilbao lebih menonjol bila lawan Man U berbanding kita lawan Man U. Pasukan mereka buat Man U tak bernyawa. Dan strategi mereka amat ampuh dan menjadi untuk memandulkan pasukan Setan Merah itu. Lain kali pasukan yang nak hadapi Man U kena tonton ulangan perlawanan ini sebagai modul latihan pra perlawanan.
Kredit untuk pengurus hebat Argentina Senor Marcelo Bielsa. Dia ini memang kepala hotak bijak dan kemana tempat dia latih, pasukannya jadi sempoi. Saya harap pengurus sebegini yang mempunyai disiplin taktikal serta personaliti bersahaja dapat menjadi pengurus Liverpool dimasa depan. Sebab apa saya nampak Bielsa ini macam Martin O'Neill, malah lebih bagus kerana dia perlu gunakan apa yang ada disekelilingnya untuk bina kejayaan pasukan.
Mar 15, 2012
AKADEMI LIVERPOOL
| Bakal kesebelasan masa depan??? |
Nampak sangat pemain muda mereka matang sebelum dewasa. Dari segi kebolehan individu, pasukan kita tak lekeh dari Ajax saya rasa, tapi malang sekali ketahanan mental pemain kita tak sekental jagoan muda dari kelab Belanda itu. Sebab itulah perancangan Rafa Benitez dengan memperkuatkan staf Akademi dengan mengambil jurulatih akademi Barcelona adalah langkah bijak. Ditambah pula dengan kemasukan pemain serata dunia dalam akademi namun tak lepas pandang dengan pemain tempatan adalah perancangn masa depan terbaik. Sebab apa terbaik, kerana selepas ini UEFA bakal mengetatkan undang-undang kuota pemain tempatan taklah pasukan kita gabra nak ikut.
Kadang-kadang kemajuan dan pembangunan akademi untuk melahirkan pemain masa depan perlukan masa yang panjang dan juga kesabaran. Macam kes Sterling, dia masih mentah, tapi tak salah beri peluang bermain sekali sekala sebagai ruang untuk beri pendedahan. Tengok macam Martin Kelly. Kalau nak ikut, dua musim lepas kita dah nampak potensi dia nak jadi hebat. Tapi pemain muda kalau dibiarkan main awal sangat risiko kecederaan bakal membantutkan perkembangan fizikal pemain muda itu. Lagi satu risiko sindrom Michael Owen pasti berulang. Dok rasa hebat sangat pastu nak berambus kejar duit tempat lain. Tengok macam Arsenal, bela anak ayam sempoi-sempoi tapi bila dah jadi ayam sabung jaguh habis kena rembat.
Mar 14, 2012
DETIK KECEMERLANGAN : GOL # 2 GERRARD
Suka saya mengimbas kembali gol kedua Gerrard. Ini kerana gol ini sangat menarik disebabkan pergerakan pemain dan kebolehan inidividu pemain kita dalam mengolah serangan kilat dan menghasikan gol hasil kerja semangat berpasukan.
1. Henderson nampak Suarez bersedia masuk dalam kawasan Everton. Gerrard mengekori dari tengah sebab Spearing ada dibawah. Kelihatan juga Downing seiring dengan Gerrard disebelah kiri. Dalam pada itu Carroll sekadar memerhati dengan penuh perihatin.
2. Keadaan inilah betapa azabnya menjadi bek yang menghadapi pemain licik macam Suarez. Walaupun nampak Henderson disebelah tengah sedia menunggu hantaran, tapi Suarez tetap Suarez. Dia memilih untuk mengecewakan rakan dan musuh untuk terus mengelecek mara kearah pintu gol.

3. Disinilah keputusan yang bijak bakal dilakukan. Kita ingat mungkin Suarez akan cuba tibai kaki kiri namun amat sukar kerana terlalu rapat dengan Jagielka, Suarez melepaskan hantaran kepada Gerrard. Gerarrd melepaskan rembatan kencang kalau kena muka mahu masuk ICU.
szólj hozzá: ]b2-0gv[Matchhighlight.com]
1. Henderson nampak Suarez bersedia masuk dalam kawasan Everton. Gerrard mengekori dari tengah sebab Spearing ada dibawah. Kelihatan juga Downing seiring dengan Gerrard disebelah kiri. Dalam pada itu Carroll sekadar memerhati dengan penuh perihatin.
2. Keadaan inilah betapa azabnya menjadi bek yang menghadapi pemain licik macam Suarez. Walaupun nampak Henderson disebelah tengah sedia menunggu hantaran, tapi Suarez tetap Suarez. Dia memilih untuk mengecewakan rakan dan musuh untuk terus mengelecek mara kearah pintu gol.
3. Disinilah keputusan yang bijak bakal dilakukan. Kita ingat mungkin Suarez akan cuba tibai kaki kiri namun amat sukar kerana terlalu rapat dengan Jagielka, Suarez melepaskan hantaran kepada Gerrard. Gerarrd melepaskan rembatan kencang kalau kena muka mahu masuk ICU.
szólj hozzá: ]b2-0gv[Matchhighlight.com]
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
Liverpool
(216)
Rumours
(157)
Premier League
(153)
Priemer League
(70)
Steven Gerrard
(40)
Piala Europa
(37)
Champion League
(35)
Luis Suarez
(34)
Fernando Torres
(32)
Rafael Benitez
(31)
Youth
(25)
Kenny Dalglish
(23)
Lucas Leiva
(21)
cartoon
(21)
kontrak
(21)
Dirk Kuyt
(20)
Hari ini dalam sejarah
(20)
Jersi
(20)
Owner
(20)
Player
(20)
komentar
(20)
Isu terkini
(19)
Chelsea
(18)
England
(18)
Lagenda
(18)
Piala FA
(18)
Awards
(17)
Daniel Agger
(17)
Andy Carroll
(16)
Jamie Carragher
(16)
Piala Dunia
(16)
news
(16)
transfers
(16)
Antarabangsa
(15)
Man U
(15)
Perpindahan
(15)
Man City
(14)
Roy Hodgson
(14)
Xabi Alonso
(14)
Pepe Reina
(13)
Piala Liga
(13)
premeir league
(13)
ulasan
(13)
Alberto Aquilani
(12)
Everton
(12)
Gossip
(12)
Lawak
(12)
Ryan Babel
(12)
cedera
(12)
Arsenal
(11)
Javier Mascherano
(11)
kecederaan
(11)
Pengurus
(10)
ucapan
(10)
David Ngog
(9)
Liverpool tour
(9)
Martin Skrtel
(9)
Newcastle
(9)
Robbie Keane
(9)
Stoke
(9)
ex-liverpool
(9)
Alex Ferguson
(8)
Andrea Dossena
(8)
Joe Cole
(8)
Jose Enrique
(8)
Aston Villa
(7)
Carragher
(7)
Emilliano Insua
(7)
Iklan
(7)
Milan Jovanovic
(7)
Paul Konchesky
(7)
Raheem Sterling
(7)
Raul Meireles
(7)
Sami Hyypia
(7)
Tactical
(7)
West Brom
(7)
anugerah
(7)
Alvaro Arbeloa
(6)
Bolos
(6)
Carling Cup
(6)
Craig Bellamy
(6)
Damien Comolli
(6)
Daniel Ayala
(6)
Fakta
(6)
Goalkeeper
(6)
Jaringan
(6)
Jordan Henderson
(6)
Lawak Basi
(6)
Pemain Terbaik
(6)
SPURS
(6)
Sebastian Coates
(6)
Stewart Downing
(6)
Sunderland
(6)
Wigan
(6)
birthday
(6)
Andriy Voronin
(5)
Blackburn
(5)
Brendan Rodgers
(5)
Copa America
(5)
Fixture
(5)
Fulham
(5)
Glen Johnson
(5)
Jay Spearing
(5)
Liga Europa
(5)
Midfield
(5)
Pemberitahuan
(5)
Pra-musim
(5)
Yossi Benayoun
(5)
pinjaman
(5)
Albert Reira
(4)
Analisis
(4)
Belajar Bola
(4)
Charlie Adam
(4)
Christian Poulsen
(4)
Defender
(4)
Glen Johnsen
(4)
Hull
(4)
Insua
(4)
Jermaine Pennant
(4)
John Henry
(4)
League Cup
(4)
Liverpool vs Arsenal
(4)
Liverpool vs West Ham
(4)
Maxi Rodriguez
(4)
Pacheco
(4)
Rasis
(4)
Reading
(4)
Reserve
(4)
Rick Parry
(4)
Sparta Prague
(4)
Steve Clarke
(4)
Suso
(4)
Warrior
(4)
West Ham
(4)
Wolverhampton
(4)
kontroversi
(4)
opponent
(4)
statistik
(4)
tahukah anda
(4)
winger
(4)
Bek kiri
(3)
Birmingham
(3)
Brad Jones
(3)
Brighton
(3)
Euro2012
(3)
FacebookPages
(3)
Hillsborough Disaster
(3)
IFTTT
(3)
Jadual perlawanan
(3)
Joe Allen
(3)
John Flanagan
(3)
Jonjo Shevley
(3)
LFC TOUR 2014
(3)
Liverpool Youth
(3)
Liverpool vs Man City
(3)
Liverpool vs Man U
(3)
Liverpool vs Southampton
(3)
Liverpool vs Spurs
(3)
Nabil El Zhar
(3)
Owner Liverpool
(3)
Penjaga Gol
(3)
Piala Europa Liverpool
(3)
Piala Europa.
(3)
Polisi
(3)
Pra musim Liverpool
(3)
Primier League
(3)
Totenham hotspurs
(3)
Undian
(3)
akademi
(3)
humour
(3)
loan
(3)
taktikal
(3)
Andre Wisdom
(2)
Anelka
(2)
Assaidi
(2)
Berita
(2)
Brazil
(2)
Carlos Tevez
(2)
Carta
(2)
Conor Coady
(2)
Contract
(2)
Damine Plessis
(2)
Danny Wilson
(2)
Dejan Lovren
(2)
Doni
(2)
Euro16
(2)
Europe
(2)
Fabio Aurelio
(2)
Fabio Capello
(2)
GOL
(2)
Gerrard
(2)
Ian Rush
(2)
Insiden
(2)
Kahwin
(2)
Kargiakos
(2)
LFC TOUR 2013
(2)
Liverpool vs Aston Villa
(2)
Liverpool vs Everton
(2)
Liverpool vs Fulham
(2)
Martin Kelly
(2)
Norwich
(2)
Patrice Evra
(2)
Peraduan
(2)
Player Of The Month
(2)
Rafa Benitez
(2)
Retired
(2)
Rival
(2)
Rumours Liverpool
(2)
Sammy Leee
(2)
Simon Mignolet
(2)
Skuad
(2)
Soroton Perlawanan
(2)
Trofi
(2)
VIDEO
(2)
Wembley
(2)
coach
(2)
formasi
(2)
games
(2)
match report
(2)
queen park rangers
(2)
rekod
(2)
scouting
(2)
staff
(2)
striker
(2)
3-5-2
(1)
Aaron Lennon
(1)
Adam Johnson
(1)
Alan Hansen
(1)
Alex Ferguson kena troll
(1)
Aly Cissokho
(1)
Anfield
(1)
Antonio Cassano
(1)
Arsene Wenger
(1)
BISNEZ
(1)
Beatles
(1)
Bek Kanan.
(1)
Benayoun
(1)
Bike
(1)
Bilbao
(1)
Bill Shankly
(1)
Blunder
(1)
Bolton
(1)
Bootroom
(1)
Borini
(1)
Burnley
(1)
Cardiff
(1)
Charles Itandje
(1)
Christian Zapata
(1)
Christopher Buchtmann
(1)
Columnist
(1)
Daniel Sturridge
(1)
Danny Ward
(1)
Danny murphy
(1)
David Martin
(1)
David Moores
(1)
David Trezeguet
(1)
David Villa
(1)
Dietmar Hamann
(1)
Dimitri Payet
(1)
Djimi Traore
(1)
Epic Liverpool
(1)
Exeter
(1)
FC Braga
(1)
Facebook Liverpoolkita
(1)
Fan Man U provokas
(1)
Fans
(1)
Fifa
(1)
Fifa12
(1)
Flop
(1)
Gael Clichy
(1)
Gary Neville
(1)
Gerardo Bruna
(1)
Harry Redknapp
(1)
Hatem Ben Arfa
(1)
Hearts
(1)
History Channel
(1)
Honda
(1)
Howard Webb
(1)
Ian Ayre
(1)
Ian St John
(1)
Jack Hoobs
(1)
Jack Robinson
(1)
Jack Wolfskin.
(1)
James Milner
(1)
Javier Manquillo
(1)
Jersi Torres
(1)
Jerzy Dudeks
(1)
Jurulatih
(1)
Keji
(1)
Kesebelasan Utama
(1)
Kevin Keen
(1)
Krisis
(1)
Kristian Nemeth
(1)
Krisztian Nemeth
(1)
Kyrgiakos
(1)
LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG
(1)
Latihan
(1)
Leighton Baines
(1)
Liverpool goal
(1)
Liverpool players
(1)
Liverpool vs Cardiff
(1)
Liverpool vs Norwich
(1)
Liverpool vs Robatnichki
(1)
Liverpool vs Robatnicki
(1)
Liverpool vs Stoke
(1)
Liverpool vs Sunderland
(1)
Liverpool vs Swansea
(1)
Liverpool vs Udinese
(1)
Liverpool vs Wigan
(1)
Majalah Bolasepak
(1)
Malaysia
(1)
Man Marking
(1)
Mario Gomez
(1)
Mascherano
(1)
Midfielder
(1)
Mourinho
(1)
Mouro Pederzoli
(1)
Nostalgia
(1)
Oldham
(1)
Peminat Liverpool
(1)
Penaja Liverpool
(1)
Penampilan ke 100 England Gerrard
(1)
Pengarah Strategik Bolasepak
(1)
Perlawanan Testimonial
(1)
Perolehan pendaptan Liverpool
(1)
Peter Crouch
(1)
Philip Degen
(1)
Platini
(1)
Press Conference
(1)
Ramadhan Liverpool
(1)
Raul Miereles
(1)
Roy Hodgson Tactic
(1)
Rumours Flamini Liverpool
(1)
SAS
(1)
SPUR
(1)
Sakit jantung
(1)
Samed Yesil
(1)
Sammy Lee
(1)
Sasaran
(1)
Sayembara
(1)
Sejarah
(1)
Sidang Akhbar
(1)
Stadium
(1)
Stamford Bridge
(1)
Stephen Darby
(1)
Steve McMahon
(1)
Suarez dan Sturridge
(1)
Swansea
(1)
Sylvian Marveaux
(1)
Testimonial
(1)
Titi Camara
(1)
Txiki Brigistain
(1)
Undang-undang
(1)
West Ham vs Liverpool
(1)
Zonal Marking
(1)
cetusan minda
(1)
children
(1)
cuba teka
(1)
degen
(1)
derby
(1)
diving
(1)
f
(1)
facebook
(1)
fantasy football
(1)
gaji
(1)
galacticos
(1)
goal lfc
(1)
hukuman
(1)
jokes
(1)
klasik
(1)
kolo Toure
(1)
liverpool 4-0 Spurs
(1)
maskot
(1)
pencabar
(1)
persahabatan
(1)
pre
(1)
preseason
(1)
protes
(1)
qpr
(1)
revenue income
(1)
santai
(1)
sayap kanan
(1)
setpiece
(1)
sponsor
(1)
squad
(1)
supporter
(1)
tips
(1)
tour
(1)
twitter
(1)
ulangtahun
(1)
youtube
(1)







