1. Henderson nampak Suarez bersedia masuk dalam kawasan Everton. Gerrard mengekori dari tengah sebab Spearing ada dibawah. Kelihatan juga Downing seiring dengan Gerrard disebelah kiri. Dalam pada itu Carroll sekadar memerhati dengan penuh perihatin.
2. Keadaan inilah betapa azabnya menjadi bek yang menghadapi pemain licik macam Suarez. Walaupun nampak Henderson disebelah tengah sedia menunggu hantaran, tapi Suarez tetap Suarez. Dia memilih untuk mengecewakan rakan dan musuh untuk terus mengelecek mara kearah pintu gol.
3. Disinilah keputusan yang bijak bakal dilakukan. Kita ingat mungkin Suarez akan cuba tibai kaki kiri namun amat sukar kerana terlalu rapat dengan Jagielka, Suarez melepaskan hantaran kepada Gerrard. Gerarrd melepaskan rembatan kencang kalau kena muka mahu masuk ICU.
szólj hozzá: ]b2-0gv[Matchhighlight.com]
No comments:
Post a Comment