
Musim 2008/09 merupakan musim cemerlang bagi Liverpool. Walaupun sekadar berada ditempat kedua dibelakang Man U, namun itu sudah boleh dibanggakan kita. Ini adalah faktor yang menunjukkan bahawa kesemua pemain tidak kiralah kesebelasan utama atau pemain gantian menunjukkan komitmen dan persembahan yang baik. Salah seorang pemain yang tidak diberikan fokus namun berada dalam kategori antara yang menyerlah musim lalu ialah tidak lain tidak bukan Encik Kuyt si pelari marathon.
Walaupun tujuan beliau dibeli di awal pembabitannya adalah untuk bermain diposisi penyerang utama, namun Kuyt tidak memberikan persembahan seperti yang diharapkan. Hanya sekadar bebrapa gol yang dijaringkan. Ramai yang berharap beliau dapat mengulangi persembahan manatap beliau ketika di Liga Belanda. Walaupun beliau agak menghampakan namun peminat tertanya-tanya kenapa Rafa masih mengekalkan beliau dan menjual Peter Crouch yang lebih menyerlah. Rupa-rupanya tanggapan peminat nampak meleset. Ada sesuatu yang Rafa tahu tetapi kita tidak.
Rafa dan pemain lain sendiri pernah bersuara yang Kuyt antara pemain yang cemerlang dalam latihan. Beliau adalah pemain ideal atau jenis yang Rafa sukai. Susuk tubuh yang mantap beserta stamina yang hebat, tetapi yang lebih penting kecerdasan beliau dalam memahami arahan taktikal Rafa merupakan kunci penting dalam pemilihan Kuyt sebagai pemain utama. Walaupun tidak lagi diletakkan sebagai penyerang utama tetapi beliau masih berupaya menunjukkan kemantapan diposisi baru ialah dibahagian sayap kanan. Persembahan beliau tidaklah sehebat pemain sayap ortodok lain seperti Antonio Valencia, Aaron Lennon atau Theo Walcott, tetapi belisu mampu membuatkan opsyen yang kita ada seperti Pennant dan Bennayoun terhimpit di bangku simpanan.
Musim lalu, Kuyt telah menunjukan semua bahwa tanpa bermain sebagai penyerang beliau mampu menjadi penjaring ke-6 terbaik dalam Liga Perdana dengan 12 gol. Gol-gol beliau kebanyakannya antara yang tercantik dan ada juga yang hadir takkala amat diperlukan. Disamping itu beliau telah mendahului mana-mana pemain sayap lain untuk berada diposisi pengumpan bola dengan iautu sebanyak 6 kali. Tidak hairanlah kita bahawa Kuyt mampu menggalas cabaran diposisi semasa beliau. Faktor kecergasan dan tidak pernah cedera membuatkan jolokan anak emas selalu diberikan kepada beliau kerana telah bermain dalam kesemua perlawanan Liga musim lalu dan mengumpul 49 perlawanan keseluruhan.
Cabaran untuk musim depan ternyata lebih rumit dan mencabar. Tetapi jika ditakdirkan Kuyt masih diberikan tanggungjawab diposisi sedia-ada maka saya rasa beliau mungkin terpaksa bekerja lebih keras lagi. Nak tahu kenapa. Ini kerana posisi dibelakang beliau iaitu Bek Kanan telah diisi oleh pemain bek yang lebih kerap menyerang dan memerlukan bantuan untuk bertahan. Glen Johnson akan menjadi pelengkap bagi Kuyt jika kedua-dua dapat serasikan diri kelak. Saya juga menjangkakan bahawa Rafa akan menggunakan Johnson sebagai pemain sayap untuk melakukan serangan dan tugas Kuyt ialah membuka ruang untuk beliau. Tugas Kuyt macam nampak ringan tetapi seperti biasa beliau pastinya akan menjadi fulbek kedua jika lawan melakukan serang balas dan Johnson sudah berada diluar posisi.
Apapun cabarannya Kuyt telah melekat dihati peminat sebagai pemain yang penting dalam pasukan. Malah jika ada kelab lain yang berminat terhadap beliau, pasti Rafa akan menolak mentah-mentah. Jikalau tidak pastinya musim lepas, Kuyt telah berada di Hamburg bersama Martin Jol bekas pengurus Spurs. Oleh yang demikian semoga Mr. Marathon dapat menunjukkan pengkritik , yang dialah hero tanpa nama kita untuk menjulang kejuaraan musim depan.